November 30, 2018

A Day Trip | Zoo Negara

Salam Jumaat
Semoga sehat semua hendaknye ye. Sehari dua ni saya weng sikit. Syaqir demam. Semalam nampak dah ok. Malam tadi panas balik, sekali pakej batuk selsema. Pukul 2 pagi berjaga lagi huhu. Berat kepala rasenya ni. Syaqir ni jarang demam tapi kalau dah demam lambat baiknye. Bertabah aje la mama dia. Tak larat nak melayan renyek dia tu la. Menangis je keja. Hadoiii..

Hokay, let sambung another terobek saya hihi. Ni tahun ni punya cite. Cuti skola bln 3 kot ni, asben saya outstation, jadiknye nak hepi kan anak-anak bawak ler jenjalan. Pi Zoo negara ja pon. Last pergi tak silap tahun 2012 ka 2011. Tak ingat. Pegi ni pon sebab nak melayan kan syaqir. Dia pon seangkatan dengan abang dia yang suke nau tengok hewan. Tapi dia lebih obses kepada dinasour. Menan dia semuanya dinasour. Nak tunjuk yang real pon tak boleh dah sekarang. Dah pupus! hahaha


Macam biasa kena gerak awal pagi. Jauh jugak dari Bangi nak ke Melawati sana. Nijam terasa jauh, dedulu keja Gombak ari-ari lalu takde lak terasa kejauhannya tu 😛 Breakfast sesiap, beli gak la bekal, roti-roti ngan air, sana mahal nak beli-beli makan. Kemain stemet mama dia ni. Maklum ler menteri kewangan tak ikut kene le berjimat haha. 


Sampai sana around 9 lebih rasenya. Tiket pon dah mahai nijam pasal dah disekalikan dengan tengok Panda. Mungkin sebelum ni kurang orang nak masuk umah panda tu. Kalau wat gini, semua pon akan masuk. Tiket saje dah beratus ko. Dewasa RM43, kanak-kanak RM16. Hadif dapat ler diskaun, ikut rege tiket kanak-kanak. Time ni ler nak amik kesempatan gune keistimewaan kad dia tu hik hik. Tram bayau lain. Mulenya nak berjalan je tapi Syaqir nak naik, maka kena ikut kata dia hihi.


Sebelum pape, tengok la dulu map yang disediakan. Senang nak plan turun tram kat mana. Budak kecik tu la yang memantau, semua kena ikut mana dia nak nak pegi dulu. Hentian pertama, turun kat Savanah. Tengok ler hewan-hewan ala-ala safari la jugak. Rasenya banding ngan tahun dulu-dulu tu, dah banyak la improvement. Hewan pon dah banyak. Menarik! Dan bersih!

Hadif gaya patah tengkuk hahaha

Masuk rumah panda tu, banyak syarat-syaratnya. Yang paling penting, jangan buat bising. Panda ni sensitip ler konon hahaha. Asek ler kena kontrol si syaqir. Budak kecik cemana nak tahan dia bercakap kan hihi. Masa kitorang masuk tu tengah membute dedua ekor tu. Mujur sorang tu mangkit awal. Baru nak hai-hai rupenya mangkit nak berak, Alya kemain ler rakam video sekali dia membelakang kan kite, melabur ahahaha. Suwey! Membazir je bayau tiket takat nak tengok dia tido ngan berak tu hahaha. Apa ntah nama dua ekor tu, lupa lak.


Ada la jalan beberapa tempat lagi, tengok beruk, ulau, burung, ghimau, singa, gajah, zirafah. Banyak nau lak gambau nak letak sini. Ghimau tu pon dah tak heran kat kite yang tengok dia nih. 


Petting zoo pon menarik. Dapat ler bebudak ni bagi-bagi makan. Syaqir tu penakut, dia nak tengok je. Suh dekat pegang-pegang tak mo. Sempat gak ler tengok show anjing laut. Tu yang kena masuk awal-awal pasal banyak aktiviti. Lama gak ler kitorang duk sana, bile dah tengah ari mule ler dah kepenatan dan kepanasan.Air bekal semua habis hihi.


Dah keletihan tu, berjalan pon cam kekure. Nak angkat kaki pon berat. Syaqir dh setat nak suh dukung. Uiii memang tak la. Mama pon dah sakit lutut, nak drive balik lagi. Derang sedap ler membute nanti lam keta. Lapau pon ye gak tu tapi memang dah bagitahu awal-awal nak makan kat luar dari zoo. So tahan ler korang hahaha. Overall derang happy la. Adlise takde ler cuti terbiau gitu jek.


Sesekali dapat peluang jalan kat tempat-tempat camni best gak. Sesekali je la. Selalu kopak...Mahai oii! Anak-anak saya kire semua pon melayan lagi la. Walaupun dah ada yang remaja tapi mereka masih suke pegi tempat-tempat cenggini. Ok la, tu je terobek untuk arini. Nanti ada kelapangan sambung lagi. Seronok gak buat cenggini. Bukan apa daripada terlupa begitu je. adlise ada ler memori derang nak baca-baca balik nanti. Ok, bai bai! 🙋 

Sebelum tu, tengok ler slide gambau-gambau yang kena pakse beli ahahahaha...pon mahai jugak 😂Cekik darah betul! Hahahaha..

November 27, 2018

Fakhri & Shahira | Part 2 [Alor Gajah]

Salam
Ok seperti yang dijanjikan, saya teros kan je la ye. Mahap semalam tak sempat saya nak sambung, petang-petang tu ada pulak urgent job. Pagi ni saya settlekan dulu. Biru-biru ler mata korang pagi ni. Petang kang nak bawak Hadif terapi. Ok mari kite....

Lencun peluh budak nih hihi
Alhamdulillah pada hari majlis berlangsung, cuaca sangat bekerjasama. Cerah dan panas. Terserlah kaler biru baju-baju kami. Tema ni dipilih atas persetujuan semua. Pengantin apa kesah. Dia sediakan diri jek haha. Baju ditempah khas dari kelantan. kemain kan! Lelaki kemeja, pompuan bagi kain ela, ikut suke nak buat baju cemana pon. Saya pilih jubah je la, senang nak lelari. Sebab dah berhajat cenggitu memang tu je la keja sepanjang ari. 


Dari pagi saya dah kehulu kehilir, tak menang tangan. Baru nak bersiap, ade je yang manggil, nak itu la ini la. Sudahnya bersiap lambat. Member ofis dah sampai, saya tak mandi lagik ahahaha. Lepas sesiap jumpe derang, terus tegur kata saya nampak wangi. Konghasam! hahaha.


Ni ler tetamu saya yang pertama sampai tu. Adik-adik manis, terima kasih datang! Majlis dimulakan dengan acara berzanji dari grup makcik saya, orang-orang taman ni jugak. Mendayu-dayu dengar dari rumah. Tetamu mula datang dari jam sebelas lagi. Tapi sebab dah pakai katerer takde le penat nau nak serve kan. Menu tambahan dari kami, cousin saya handle.
     



Antara menu of the day adalah nasik beriyani bersama lauk-lauknya la. Kuih muih, buah potong, laksa dan rojak. Juga ada gerai roti canai dan cendol. Tak jumpe lak gambau mamat yang teba ghuti tu hik hik. Gambar-gambar ni kredit pada cousin saya Fatihah dan Filzah (FIY) merangkap jurukamera majlis. Caterer saya dah tak ingat tapi mereka didatang kan khas dari Batu Pahat. Untuk penebar roti dan cendol pon saya tak tahu uolss. Maaf sangat! Maklum la dah berusia, mana nak ingat semua 😜




Gamba saya sendiri tak banyak, macam yang saya katakan. Ramai nau yang memanggil saya. Dalam ramai-ramai baju biru-biru tu, suke lak derang ngan saya. Apa je tak kena atau nak suh ambil kan pape semua panggil saya. Hongeh acik oiii. Banyak masa saya duk ulang alik ke umah daripada duk kat padang tu. Tapi alhamdulillah untuk tetamu saya, sempat la saya jumpe dan layan. Pada yang lain, mungkin kenalan lama saya yang tinggal setaman, maaf la kalau ada yang saya tak sempat jumpe. Terkilan jugak sebenarnya.








Gembire rasenya semua yang kite rancang, berjalan dengan baik. Alhamdulillah makanan pon mencukupi. Ada lebih-lebih sesikit kami sedekah pada jiran tetangga. Di kesempatan ini, saya ucapkan terima kasih pada semua yang banyak menyumbang kepada kelancaran majlis. Tak kire la apa jua sumbangannya.  Andai ada kekurangan maaf dipinta. Tak sabau nak tunggu next event, sape ler yang nak dulukan ni. Tunggu je la...

Barisan sepupu pompuan...
Sekian je la selesai nya posting saya ni. Gambau pon tonggang langgang. Maaf la ye. Asal boleh jek ni hihi. Caption pon takde. Saya pon dah ingat-ingat lupa dah benaunya. Hokay la..saya nak siapkan ABC chart Hadif pulak, nak hantar kat terapist. Patut kena hapdet ari-ari chart tu tapi mama dia kan memang rajin. Petang nak gi terapi, pagi baru buat ahahaha. Ok la. I'll c u when I c u 🙋 😃


Ohh ohh ye..sat sat...kesempatan ni jugak saya nak ucapkan  Selamat hari lahir kat kawan lama saya. Mana dia pegi agak nye, lama tak nampak hihi. Dah lama jugak saya tak tanya kaba berita dia. Semoga dia sihat di mana jua berada, berbahagia di samping yang tersayang dan sentiasa dalam rahmat Allah. Aminnn. Hepi Besday Cik!! 😊 

November 26, 2018

Fakhri & Shahira | Part 1 [Alor Gajah]

Salam
Mood ari senin...alah tak perlu nak salah ari la, diri sendiri tu yang malas benaunya. Macam saya ni tetiap ari pon mood sama jek. Dari senin sampai ler jemahat. Tambah-tambah keadaan sekarang ni. Well..petanda ler tu kan. Ntah ler. Wait n see aje 😎


Sebelum menginjak ke tahun 2019, baik saya settlekan cerita pasal wedding reception Ayie. Dah setaon lebih simpan hihi. Majlis berlangsung pada 29 Julai 2017. As usual saya balik awal dua ari tolong apa-apa yang patut sebelum majlis. Disebabkan alya dan aisyah sekolah, papa derang tak kasik monteng, terpaksa la balik asing-asing. Sempat lagi saya singgah pi beli air mineral dan paper bag untuk goodies.


Sticker kat paper bag pon buat sendirik. Kakak dia kan kretip ahahaha. Ubah-ubah dari templete kad jemputan je pon. Persediaan lain semua macam dah ok dah. Sikit-sikit je tinggal, macam bungkus telo ngan isik goodies. Bab-bab tu tak yah risau, ramai kakitangan yang merewang. Sepupu sendiri pon dah ramai. meriah ler. Lagi pon dah lama takde mejlis besau cenggini. Semua eksaited!


Walaupun dah booking catering tapi mak tetap nak buat sikit menu tambahan. Mak berhajat nak masak laksa ngan rojak. Layan kan aje la kan. Kenduri anak bongsu lagipon kan. Jumaat tu bawak ler mak pi beli barang. Hambek ko penuh troli. Bukan satu, dua lagi. Penuh keta kecik saya tu. Mujur tak bawak ramai. Syaqir jek ikut.


Majlis kali ni buat kat padang bersebelahan surau taman. Tak jauh pon dari rumah, jalan kaki jek sampai. Kire dekat penghujung jalan la. Luas sikit kawasannya. Senang nanti tetamu nak parking keta. Paham-paham je la umah taman cemana sempitnya kan. Lagipun takde la menghalang lalu lintas kan. Saya suke gak takde ler umah berkecah nau hihi. kes malas nak kemas le ni 😜 Doa-doa jugak la tak hujan, Kalau hujan memang berlecak ler. Tanah merah tu. Abih baju pantin kang hik hik.



Saya saje je pecah dua cite ni. Padahal tak de ler apa nau pon. Bukan apa kalau di sekali kan terasa menjela nau. Nanti petang-petang sikit lagi saya up pulak part 2. Eh tapi ni pon cam dah petang kan haha. Petang ni energy berlebih lak, tu yang terlebih rajin. Kalau takde maknenya tak sempat ler tu, esok-esok la yek. Sabau je le. Ok, jumpa lagi!