Pernah tak anda mengalami mata kanan atau kiri berkelip secara tiba-tiba. Kata orang tua-tua andai kerlipnya di sebelah atas kanan maknanya kita akan bertemu dengan seseorang. Andai belah kiri akan berlaku sesuatu yang sedih yang akan menyebabkan kita menangis. Sejauh mana kebenarannya saya sendiri kurang pasti. Atas pengalaman saya sendiri, tak kira lah kerlipan tu di sebelah kanan atau kiri tapi asal berkelip je selang beberapa hari saya akan menangis. Tapi pada saya itu semua adalah kebetulan. Setiap kali ia berkerlip saya cuba untuk tidak memikirkan yang ia merupakan tanda kepada sesuatu namun sehingga kini saya masih tidak boleh lari dari memikirkan sesuatu.December 31, 2008
Mata berkelip
Pernah tak anda mengalami mata kanan atau kiri berkelip secara tiba-tiba. Kata orang tua-tua andai kerlipnya di sebelah atas kanan maknanya kita akan bertemu dengan seseorang. Andai belah kiri akan berlaku sesuatu yang sedih yang akan menyebabkan kita menangis. Sejauh mana kebenarannya saya sendiri kurang pasti. Atas pengalaman saya sendiri, tak kira lah kerlipan tu di sebelah kanan atau kiri tapi asal berkelip je selang beberapa hari saya akan menangis. Tapi pada saya itu semua adalah kebetulan. Setiap kali ia berkerlip saya cuba untuk tidak memikirkan yang ia merupakan tanda kepada sesuatu namun sehingga kini saya masih tidak boleh lari dari memikirkan sesuatu.December 29, 2008
December 28, 2008
Akhirnya....
Sejak akhir-akhir ini keadaan kesihatan abah bertambah baik, berkat doa anak-anak dan saudara mara. Di samping meneruskan kaedah perubatan moden kami juga masih tidak putus-putus berikhtiar perubatan tradisional. Sejak bertemu dengan seorang sahabat pak cik pada jumaat lepas alhamdulillah abah tidak lagi diserang sesak. Jika benarlah seperti apa yang diramalkan harap-harap kali ini abah benar-benar sembuh dari 'diganggu'. Biarlah Allah saja membalas atas segala perbuatan mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki sesama manusia.
December 24, 2008
Masih binggung
Alhamdulillah setelah seminggu berada di hospital, abah dibenarkan pulang petang semalam. Lega sikit hati saya. Belum sempat lama lega saya, mak hubungi saya ditengah malam semalam memberitahu abah alami sesak kembali. Menurut mak pada petang sebelum abah dibenarkan pulang, keadaan dia dah pulih sepenuhnya. Jadi, apakah punca sebenar penyakit abah ni? Terasa macam ada kuasa magic pulak. Tak sempat abah sampai ke rumah, abah diserang kembali. Binggung saya di buatnya dan saya seboleh-bolehnya tidak mahu mempercayai yang abah di aniaya orang. Di dalam kebinggungan saya masih tercari-cari....semoga Allah menemukan jawabannya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
