About

Friday, November 11, 2011

Saling mengingati (^_^)

Tiada apa-apa keistimewaan pada tarikh 11.11.11. Aqidah Islam bukan terletak pada nombor. Berhati hatilah dan jangan terpengaruh dengan hal sebegini. Jangan meletakkan sesuatu yang tidak bermakna sehingga merosakkan aqidah,na'uzubillah. (RT: ShamKamikaze)

Selingan:
Maksud firman Allah:
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami kejalan yang lurus. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) yang sesat. (Al Fatihah:1 - 9)

Nota kaki: Bertuah atau tidak kita tak bergantung pada nombor. Pada saya setiap hari adalah bertuah kerana masih di beri peluang bernafas.

No comments:

Post a Comment