March 26, 2012

Step Back


Malas nak update. Tetiba macam nak berehat sementara sehingga ada posting yang baru hiks.  So sorry reader (in any) 'hati ini' masih belum berjaya untuk men'discharge' all negative aura T_T



#SantapanMinda#

Disebalik senyum dan tawa, seseorang insan itu mungkin dilanda kepahitan dan kekecewaan yang tidak diketahui orang lain.

Hati yang gembira boleh diwajahkan dengan wajah yang gembira tetapi wajah yang gembira tidak semestinya mempunyai hati yang gembira.

Published with Blogger-droid v2.0.4 

March 19, 2012

Discharge the negetive aura



Salam,

Minggu sudah bermula dengan bermacam masalah. Masalah kerja, family, anak macam-macam la. Dan memang mengundang stress yang amat tak terbendung umpama membawa batu yang besau dan tak termampu menggerakkannya. Namun zahirnya saya tetap sama, saya masih mampu menceriakan semua orang, masih mampu tersenyum, ketawa dan meten comel. Sebabnya itu adalah sifat semulajadi saya. Biar pon di malam hari menangis sampai bengkak mata namun esoknya tetap cool. Tu pon kalau tak de sapa perasan mata bengkak le :-P

So wiken adalah proses men' discharge' semua sel-sel negetif dalam hati dan alhamdulillah telah kembali tenang. Walaupun masih tidak sepenuhnya. Terima kasih teman sekeliling yang banyak membantu. Semua nasihat meresap tros ke dasar hati. Arigato gozaimass, kamsahamida, xiexieni, TERIMA KASIH!

Baiklah..mari bekerja semua! Aura positif sedang berlegar dalam diri saya. Moga berterusan.

Bulan depan ada appointment dengan auditor maka semua kerjaan perlu diberesi dalam masa 2 minggu ini berkuatkuasa sertamerta. Aja-aja fighting ^_^

Published with Blogger-droid v2.0.4

March 18, 2012

Inside the World of an Autistic

Salam,
Oleh kerana segala tugasan di hari minggu telah berjaya dibereskan makanya saya akan ada sedikit masa terluang. Sementara piya tidur saya mula la menggugel-gugel pasal autisme. Mungkin tak semua pembaca blog (ada ke..heh) yang tau dan terkesan yang saya ada anak autisme. Ye..ada. Hadif dah sebelas tahun pon. Bukan saya tak nak bagitau atau berniat nak sembunyikan cuma kadang-kadang saya macam malas nak terangkan kepada mereka terutamanya yang tak tau pasal autisme ni. Tak melampau sangat kot. Saya pon kekadang macam tak reti nak explained cemana. Kalau ada yang terasa nak tahu cuba tengok video armankhodaei ni.

Arman Khodaei is a 26-year-old individual on the autism spectrum who helps empower autistic individuals to reach their fullest potential.

Arman is working towards positively shifting the perception of what autism is on a worldwide level through his blog, YouTube videos, empowerment groups, memoir, and speaking engagements. His desire is for everyone involved in the autism community to accept, understand, and communicate effectively with each other.

Arman Khodaei has completed his memoir, A Boy in Wonderland, and speaks to audiences worldwide about his experiences living with autism and what the inner thought process is like for someone on the autism spectrum.

Sumber: http://www.empowerautismnow.com/

Admired and Inspired

Ha..kenal tak kenal tak? Dia adalah Onizukasensei atau nama sebenar Takashi Sorimaci. Hero The Great Teacher Onizuka. Dulu memang saya tersangat menggilai j-drama ini. Tak silap dulu setiap hari ahad ke sabtu, memang tak tinggal punya lah. And always be my favourite drama.

Motif: He remind me with someone who I always admired and inspired ^_^"

Seefood




Kalau dah berjanji, haruslah ditunaikan. Plan asal nak bawak kanak-kanak gi tengok movie ni ari jumaat tapi tah cemana mama boleh terlupa plak nak apply cuti. Tu pon booking ticket malam ari jumaat. Nasib baik ada lagi kalau tak jenuh le nak menjawap ngan derang nih.

Ceritanya tu biase2 aje. Jalan cerita pon slow sangat. Kalau tak slow masakan papa derang boleh sodap tertido plak hahaha. Aisyah pon dari awal sampai sudah macam restless. Macam kurang minat la ke dia tak paham.  Hanya happy sebab dapat tengok kat layar lebar.

Published with Blogger-droid v2.0.4

March 15, 2012

Sharing moment

Bercerita dengan seseorang yang mendengar, memahami dan mengalami lebih menenangkan dari yang hanya mampu mendengar tapi kosong.


March 14, 2012

From Taiping with love


Percutian kami, eh percutiaan ke..ok bukan. Ni umpama acara bulanan yaitu balik kampung. Kalo dulu balik kampung adalah senang. Maksudnya sekali jalan. Biasanya jumaat balik singgah alor gajah esoknya tros ke segamat. Tapi kini tak boleh disekalikharungkan. Kena balik lain-lain. Kenapakah? Yee sebabnya adalah sebab...hehehe

Disebabkan keadaan kesihatan mak dan pak mertua saya kami adik beradik sepakat men'transfer' sementara mereka berdua ke taiping rumah abang ipar yang kebetulannya sudah pencen. Nak suruh dia balik tinggal di kampung pon sukar jugak sebab anak dia masih bersekolah. Maka dengan itu bermulalah pemindahan kampung kami buat sementara. Jadik orang tepen pulak na. Hahaha

Kebetulannya cuti sekolah maka bolehlah kami extent sket coti. Plan asal sampai selasa tapi kami ada lagi plan lain secara tetibe maka cukup sampai senin. Dapat duk lama sket dah la sesekali je dapat balik kan. Tak macam melaka sat je dah sampai. Bebile teringat laju je balik hahaha. Sangat tidak adilkan.

Dah kami adik beradik semua balik abang ipar pon buatlah kenduri kesyukuran sket. Dan paling tak best piya adalah domam. Aduhai..leteh la mama ko ni. Asek merengek je. Tak mau  berenggang. Mujurlah paklong pakai catering je kalau tak tak ke dikatakan mengelat sebab asek kelek anak dan malas hahaa.Sudahnya mood mama sokmo swing-swing. Dah la dengan melayan alya, aisyah dan hadif yang totally out of control. Penat mama menten tahap kesabaran. Mereka itu memang amat menduga kesabaran.

Ikot perancangan mak abah akan balik semula segamat tapi adik ipar yang sepatotnya bawak mak abah balik tak mai pulak. Demam. Dan tak jadilah mereka pulang. Jadiknya kampung masih lagi di tepen o_O.


Majlis khatam anak buah. 

Hadif macam peel biasa..ada aku kesah ;p

Makan time..ganehnya aisyah haha

Piya ngan kakak aisyah mengetest ketahanan pelamin abang pais ^_^


Published with Blogger-droid v2.0.4

March 6, 2012

Cool sangat

Salam, minggu ni adalah minggu peperiksaan alya ngan aisyah. Seperti biase mereka buat cool aje. Papa macam biasa cool jugak.


Mama: kakak tak ulangkaji ke kak?

Kakak: x payah ma..blaja kat sekolah je dah cukup.


Emmm gitu le..cool sangat!


Published with Blogger-droid v2.0.4