January 25, 2019

Tua Mengejar Kita

Salam Jumaat semua..
Sihat ke? Alhamdulillah. Semoga baik-baik dan ceria-ceria aje semuanya. Bersyukur la kita masih diberi peluang menikmati keindahan hari ini. Makan apa korang arini. Sis sebenarnya jarang makan tengahari, satu nye pasal rushing ambik hadif skola. Tapi lately ni, petang sikit sis rase nak pitam pulak. Mule berdenyut kepala dan sendawa-sendawa. Sis syak pasal tak makan tengahari pasalnya sis test dua ari makan tengahari, ok pulak dia. Kalau tak kemain berpinau kepala, terberk berk mentara kan nak sampai umah tu. Memang saje takmo kasik sis kurus nih ahahaha..


Menu sis tadi, nasi bajet. Stended ler nijam, mana-mana jual nasik cenggini. Jimat sikit banding beli nasik campo kat kedai. Tapi dah murah tu don't expect ayam dapat yag jelite-jelite. Semua legam ler..minyak recycle. Tapi sis ok jek, asalkan pedas sambalnya tu. Sis tak cerewet makan 😁


Halah..halah..halah..nak jugek tu kann. Sibuk sana sini share #10yearschallenge. Haa mai tengok, akak korang pon bagi ler seketul, 20 ploh taon tros akak blanje tau 😝 Nyampah pulak tengok muke sendiri yang bajet-bajet sesuci lebaran taon 1999 tu. Misti sesapa yang tak kenal akak tertipu dengan gambau ini ahahahaha.

Ok jugak seronok-seronok macam ni kan. Boleh ler sedau kan diri kite ni. Ehhh tua dah aku rupanya. Sedikit sebanyak ia mengingatkan kite, jangan lalai. Usia tak menunggu kite sebaliknya mengejar kita. Betul sangat la lagu kak gee nyanyi tu. Cepat betul masa berlalu. Bukan diri kite je malah dunia pon berubah. Dulu tu masa awal-awal Tun bagitau pasal wawasan 2020 tu. Kite ni dah duk bayang kan macam-macam ek. Macam cite back to the future tu kan. Keta terbang-terbang. Banyak benda dikapsulkan. Alih-alih dah 2019 masih segini aje. Teknologi memang makin bertambah baik la kan. Cume yang pelik-pelik takde la ahahaha. Bayangan gurauan ler camgitu ek..kah kah

Terbalik pulak gambau keknye
Saya ni, akceli nak throwback pasal besday saya taon lepas ahahahaha. As usual la kasik melalut dulu separuh page kikiki. Dah tua-tua ni, kita appreciate ler apa yang orang buat untuk kita especially time besday. Walaupun sekadar sebaris ucapan dan sebijik kek. Happy dah saya nih. Tulisan korea kat kek tu, ntah ye ke tak sebutnya tu, μƒμΌ μΆ•ν•˜ 'saeng-il chugha hamnida' gitu le kot, gaya sebut lenggok melayu hahaha. Ade ler sesikit rupe nya tulisan tu, tangan melayu tulih mana nak sama kanπŸ˜‚. Alya ngan Aisyah ler punya keja tu. Gian nak blaja tulisa korea derang tu. Malas mama nak layan kan. 


Nengok tu ucapan mak kite ahahaha...comel nau! Kebetulan tahun ni saya balik kampung. Dapat pulak cuti tahun ni. Biase kan sis kena keja. Tengkiu ler pada semua yang ingat dan wish. Tu pon dah cukup bermakna pada sis. Malu benaunya sis nak celebrate-celebrate nih. Tapi dah orang belikan, sis ok jek. 


Budak kecik ni la paling tak menyabau nak potong kek. Pantang ada orang celebrate besday semua dia perasan macam dia punya kek. Mulanya nak simpan ke petang sebab perot kenyang lagi baru lepas lunch. Mak pulak masak spesel aritu, mengah ler semua orang hihi. Tapi pasal budak ni dah nangis-nangis, layan kan aje laaa, tu yang senyum lebau nau tu haha..



Kite celebrate kecik-kecik je, potong kek, ambik gambau....sudah. Ala kadar. Adik saya dak ayie tu janji nya nak balik. Hapa pon tarak..janji capati! Dah lama jugak tak jumpe dia. Raya pon tak jumpe. Susah nau nak jumpe mamat tu nijam. Ntah ape le yang dia sibukan tu. Kalau mesej, pon tak berjawap. Gorom den! Eksen nau kau yek..πŸ˜”

Hokay la, sis berundur dulu. Nak sesiapkan diri. kejap lagi nak balik keja dah. Ari jumaat kalau lambat klua, keta dah banyak. Nak parking keta kat sekolah pon payah. Dulu sekolah agama kasik keta parent masuk pasal senang nak angkut beg bagai especially pada yang duk transit. Nijam dah tak boleh, sesak nau dalam sekolah tu. Tu yang guru besau suh katup pintu paga. Saya ni yang leceh nye nak pimpin syaqir ngan bawak beg, keta lak bukan reti pelan. Lalu kawasan sekolah pon tak reti nak pelan. Tahu ler semua nak balik cepat. Sabau je le, terbebel pulak sis kat sini ahahaha. Orait, i c u when i c u. Take care and hepi wiken πŸ™‹πŸ˜ƒ 

January 11, 2019

Bersesak Di Pusat Sains Negara

Salam Jumaat semua...
Semoga kite semua sentiasa dalam rahmat Allah..aminnn
Tapi masalah saya arini mata nak terkatup jek. Tetibe rase ngantuk nau. Overload makan ke? Ishh tadi tu sikit je bekal bihun goreng. Gune tapawe kecik je pon. Takpe ler, kita bagi senaman tangan sikit. Kot la membantu kann 😜 Sesambil tu layan Dbilique live yang tu ari #ArtisMasukBilik Zamani. Dah 3-4 kali ulang pon πŸ˜…πŸ˜… Ce perati dak fafau tu ahahahaha. Kalau sis ler, misti camgitu gak, terpegun weii dengau sore Zamani live 😍


Terobek lagi la yek. Aritu bosan-bosan sempat la sorting balik semua folder gamba kat dalam PC ni. Nak bekap benaunya tapi tak sempat lagi. Banyak rupanya. Nak kena antau print ni, kalau tak kang ilang camgitu jek. Dah beberapa kali kejadian hilang tu. Sayang weii. Masa kitorang pegi ni cuti sekolah gak. Kebetulan kena ngan coti Hari Keputeraan Sultan Selangor. Tahun tu syok sebab banyak cuti jatuh ari isnin. Best kann 😎


Pusat Sains masa tu, baru bukak semula lepas renovate, so free entrance! Kalau bayau pon takde ler membebankan benau. Ingatkan pegi time Selangor cuti takde ler sesak. Huiii silap besau!! Jem nak mampssss hahaha. Kt hiway tak jem, tiba sana tu yang tak leh tahan nengok keta. Bersusun keta. Ada la dalam 4-5 kali tawaf mencarik parking. Padahal waktu tu takde ler lewat mana, baru kul 9 lebih camgitu.


Kalau ikutkan ati saya yang kurang sabau ni, nak je patah balik, tension pulak nengok keta banyak camgitu. Mulut pon tak berenti berleter. Marah kan sape ntah ahahaha. Tapi tak sampai ati lak tengok Syaqir dah eksaited nau nampak dinasour. Tak sabau na dia nak turun keta. Tepi-tepi jalan tu pon orang dah parking. Akhirnya saya nekad je parking tepi hiway. Tawakal je la. Kena saman tu ok lagi kot ada yang tergesel ke langgau ke tak ke haru. Sebab tengok banyak keta park situ, tu yang saya letak gak.  Punya la jauh nak menapak ke pintu masuk PSN tu. 


Belum masuk ke dalam pon dah letih berjalan. Dah ler ramai umat manusia. Tempat pertama tuju, kat patung-patung dinasour tu ler, Taman Prasejarah. Tu sebenaunya motip utama datang pon. Hadif tak ikut masa ni, dia kan duk ngan atuk cuti-cuti sekolah. Kesian lak. Tapi nak tunggu dia ntah bile dapat pegi. Amik kesempatan pegi time papa outstation. Kalau ada papa derang confem tak kan sampainya sini. Jauh-jauh damansara ni. Akak jugak ler yang rajin melayan pi tempat-tempat camgini. 


Dah puas belek dan pegang-pegang dinasour tu baru la masuk ke dalam. Nak ke bangunan kubah tu pon jenuh menapak hahaha. Dah ler membukit grrr longgau lutut akak oii. Menarik nampak bangunan tu. Boleh tengok kat web Pusat sains Negara kalau nak tahu lebih detail pasal struktur bangunan dan apa yang ada di setiap tingkat. Pada saya memang interesting tapi saya tak pegi semua tempat. Tengok-tengok bahagian yang budak-budak ni suke aje. Ada jugak tempat main-main tapi ramai nau kekanak. Takut pulak nak lepaskan syaqir masuk. Kang tak perasan dia kemana-mana. Bahaya..dah ler dia tu boleh tahan ligat. 


Nak jugak try masuk kat 'Survive the bunker' tapi budak bawah 7 tahun tak leh masuk pulak. Offer alya aisyah. derang tu mama tak masuk tak mahu nye masuk. Penakut! Padahal bukan apa pon, cume nak test tahap phobia kite je. Rasenya la macam ok ok kot. Tak masuk tak tahu apa dalamnya tu hihi. Panjang jugak orang beratur nak masuk. Yang ni ada tiket lain. Afiya ngan syaqir tak teruja sangat kat pameran dan galeri. Dari sampai tadi dah perasan ada water plaza kat luar nun. Gelisah je ler nak kesana hihi. Memang awal-awal dah stanby baju nak mandi manda tu. 


Keluar dari pusat sains lalu la Nature Garden ngan Playground sebelum sampai water plaza tu. Adventurous gak menurun ke taman tu hahaha. Tak sempat nak amik gambau, ramai na nak turun masa tu. Kang melambatkan perjalanan pulak hihi. Lagipun langit macam nak menurunkan hujan je di kala itu. Dah mule ada rase nak kecewa dah Afiya kalau ujan turun. Nanti tak dapat la dia mandi hihi. Hujan turun jugak akhirnya. Boleh tahan lebat. Lepak ler tepi kolam tu dulu. Mujur gak berenti cepat. Rezeki bebudak ler ni nak mandi. Ada la gerimis sesikit. Mama kasik can la korang main ujan sesekali kann. 


Dekat sejam gak la melayan kan kekanak dua orang ni main air. Itu pon payah nak ajak balik. Mama bukan apa kang petang-petang mama ngantok nak drive nak oiii. Syaqir tu mama dia je yang pandai distract dia bile dia nangih. Yang lain tak jalan haha. Anak mak kata kan. Ok la jugak jenjalan sini especially kalau suke bab-bab sains ni kan. Anak-anak saya macam saya gak math sains tak seberapa hahaha. 

Sekian aje la cite jenjalan kami. Kalau ada kelapangan boleh datang lagi sini. Tunggu syaqir besau, lagi 4-5 tahun ke. Mungkin masa tu baru datang keterujaan dia pada benda-benda sains dan tekno ni kan. Ok la...jumpa lagi nanti. Sebelum tu, ni haaa...Sempat jugak syaqir pau mama dia binatang nih...hadoiii!! Tiga ploh hengget sekor. Mujur makan dipujuk, amik sekor jek. Dia dah pegang 2-3 ekor. Mati lanakkk, mahaiii oii πŸ˜‚

January 10, 2019

Digamit Memori

Salam
Ada ni...ada ni. Alhamdulillah, sihattt walapiattt ni haaa πŸ˜…πŸ˜…


Saya sedang menyesuaikan diri dengan rutin harian yang baru. Kejap je kan dah seminggu berlalu tahun 2019 ni. Saya pon dah setat keja balik. Minggu sudah-sudah tu keja gak tapi main-main jek. Datang ikut suke, balik ikut suke gak hihi. Bos panggil, datang la, settle keja, balik. Wah wah..berbahagia nau ek. Dah bos yang bagi arahan camgitu. saya polo jek hihi. Tapi minggu ni dah back to normal.


Tengok budak ni, 1st day kemain pis pis. Hari kedua ketiga dah mule buat malas ahahaha. Mama nak take picture pon dia tak nak. Dia pon dalam proses sesuaikan diri gak. Ye la selama ni mana ada terikat ngan peraturan. Main aje tahu. Ni dah kat sekolah, semua berjadual. Dia belum boleh bekerjasama kata ticer. Lari sana sini ahahaha.


Korang makan apa rini? Ni saje ler saya nak show off sikit bekalan saya hihi. Mak-mak gini ler. Pepagi kena sediakan makan anak-anak. Alang-alang tu, mama pon tumpang ler membekal. Takde ler ari-ari amik gambau. Amik time rase nak eksen kat member whatapp, nak kasik derang meleco hahahaha. Tapawe tu dah betul la portion, suku suku separuh tapi isik nya yang salah bahagian ahahaha.
  

Arini birthday Datin. Tetibe terkenang kisah tahun lepas. Pepagi lagi opismate dah cite pasal ni. Ni adalah antara momen-momen terakhir kami dengan arwan dato. Masa ni dia dah mula sakit-sakit dan jarang ke ofis. Dia jugak la yang beria suh kami plan buat seprais untuk datin 😩. Aduii sedih pulak bile terkenang. Kalau boleh mai pagi-pagi katanya. Sarapan kat umah dia. Siap bagi duit untuk beli apa-apa. Kedai kek bukak lambat lak pagi tu, kul 9. Masa dah on the way tu berkali-kali gak la dia call tanya kat mana πŸ˜… Dia takut datin dah naik atas mandi. Nanti jenuh nak tunggu hihi. Boleh tahan lama gak kalau nak tunggu datin bersiap tu. Bak kata arwah dulu, selagi  tak bau minyak wangi dia tu, maknanya belum siap la 😜 



Pelan-pelan kami suh PA datin masuk dulu, bagi salam. Datin langsung tak saspek apa-apa. Dia ingatkan ada surat ke nak kena sign sampai Atikah datang pagi-pagi. Lepas tu kami yang pompuan terus ler serbu..sepraisss sambil nyanyi lagu besday. Gamba awal-awal tak leh share, tak proper πŸ˜„ Lepas tu tunggu datin sesiap sikit. Dah pesan jangan lama pasal kitorang lapar ahahaha. Alhamdulillah misi seprais kami berjaya. Pagi tu sempat laju-laju kitorang beli nasik lemak berlauk dan kuih muih selain kek tu. Sape sangka ni la terakhir kali dato sesama kami sambut besday Datin. Al-fatihah buat arwah dato. Semoga tenang di sana dan di tempatkan dikalangan mereka yang dikasihi Allah. Aminnn πŸ˜”

January 2, 2019

Tahun Baru 2019

Salam
Selamat tahun baru semua. Alhamdulillah. Semoga apa yang kalian azamkan telah tercapai. Saya macam biase tiada azam yang khusus, cukuplah dengan setiap hari berazam menjadi yang lebih baik dari semalam kan 😁
Syaqir- 2019
Arini sesantai aje di rumah. Semua anak kecuali hadif dah ke sekolah. Syaqir 1st day kat tadika. Aduii cemana ler agaknya dia kat sana. Pagi tadi mama hantar, rilek je dia. Masuk laju, tak toleh mama dah huhu. Semangat nau! Harap berkekalan la camgitu jangan nanti separuh bulan macam-macam drama datang. Siap ler nanti haha.

Afiya- 2014
Syaqir masuk tadika yang sama dengan kakak-kakak dia dulu. Generasi tadika ABC lagi. Ada jugak la survey beberapa tadika yang lain. Mana-mana yang dah ada branding macam Little Caliph, CIC memang agak mahal. Tu pandangan saya yang dari golongan pertengahan ni. Tak mampu lak rasenya. Sini pon bukan la murah sangat tapi masih mampu laπŸ˜„Lagipon lokasi memang sangat strategik. Senang petangnya nak jemput Afiya pulak. Sejalan! Ada lagi ke orang yang suke mencatat dalam buku, planning atau note. Asben saya kata saya old skool, orang tak pakai dah buku-buku nih hahaha. Ehh.eh..biau ler kan, dah saya memang suke camgini. Tak puas rasenya letak note kat fon. Walau secanggih mana pon teknologi, ni la cara yang paling saya selesa. Patut la henbag berat cam ada batu πŸ˜†


Semalam dah hantar aisyah balik. Awal pagi kena daftar dah. Tapi dia macam biase la, carik alasan nak klua dulu. Memang warden bagi kelonggaran pon ari pertama. Boleh klua dan balik semula sebelum pukul enam. Rumah pulak dekat nau, memang dia ikut balik dulu la haha.  Silap-silap minggu ni balik lagi πŸ˜… Tahun ni dapat dorm tingkat dua, dah senior kata kan. Beria nak awal sebab nak rebut katil bawah. Mujur ada kawan tolong cop kan..tak aci betul kan..shhhhh πŸ˜‚


Hokay la..kakak nak masak jap. Kejap lagi nak jemput Syaqir ngan Afiya. Tengahari tadi makan lite-lite jek. Nak setat diet, konon!! Tak sabau lak nak denga cite budak berdua tu pasal sekolah. Memang rutin harian bercerita ngan mama. Berebut..Syaqir memang cemburu kalau afiya sembang ngan mama haha..


Saje tak pi ambil awal, nak ikut timing biase macam hari kerja. Kalau awal tetap kena tunggu afiya. Dia lambat klua, kul 6.35. Kang lama kena tunggu, berkire nau mama dia nih hihi. Syaqir suke tunggu afiya sebab nanti berebut kawan afiya nak main dengan dia. Bajet femes dia tu hahaha. Nanti dia buat-buat la berlari bile dikejar. Gedik! Orite jumpa lagi nanti. Baii...c u!