Showing posts with label Tadika ABC. Show all posts
Showing posts with label Tadika ABC. Show all posts

January 9, 2021

Syaqir Graduation

Assalamualaikum

Hello hai semua...Tetibe muncul pulak yek. Lama juga bertapa hihi. Salam tahun baru juga untuk semua. Semoga tahun baru ini memberi sinar harapan baru buat kita semua. Walaupun kita masih lagi berhadapan dengan pandemik Covid-19 namun kita masih tetap kena teruskan kehidupan. Paling utama jaga la keselamatan diri dan keluarga, SOP jangan diabaikan. Kalau takde keperluan duduk aje la kat umah dendiam. 


First event kami di tahun 2021 ini adalah konvokesyen Syaqir. Macam tak percaya je dia dah nak ke sekolah rendah. Masih nampak kecik molek lagi. Aduhaiii...


Walaupun takde sambutan seperti tahun-tahun sebelum namun kami tetap rase berterima kasih pada teacher-teacher yang mengusahakan sesi pengambaran drive thru ni. Kami datang cuma untuk ambil scroll dan bergambar je. Mujur sempat tengok Syaqir buat persembahan tahun 2019. Merasa la juga Syaqir suasana konsert tadika tu. Bermula dari zaman Alya hingga Afiya memang kami tak pernah miss hadir majlis akhir tahun ni. Tapi itu la, nak buat macam mana kan, hujung-hujung tahun tu ari kes mendadak naik. Paling tidak dulu selepas diisyhtihar PKPP teacher dah ada juga plan untuk konsert tu. Tapi tak ngapa la. Kami terima aje. Apa pon, kami amat berterima kasih pada semua teacher! Ini pon sudah memadai. Adlise ada juga kenangan. 

Sepanjang PKP, PKPB, PKPP & kembali ke PKPB, Syaqir sempat bersekolah selama 3-4 bulan je. Selebihnya online dan mobile. Tak boleh nak harap kan dia excell sangat pon di peringkat ini. Tahu-tahu je la pembelajaran online macam mana kan.  Lagipon perkembagan setiap anak kan berbeza. Syaqir menamatkan pre-edu dari Tadika yang sama juga dengan kakak-kakak dia. Saya bersyukur ditemukan dengan Tadika ini. Alhamdulillah, bagi saya tiada cacat cela nya. Dimana-mana pon pada saya sama je, cume saya selesa anak-anak saya disini sebab dah kenal dengan teacher lama. Senang nak berkomunikasi. Lepas ni takde dah anak tadika 😁. Terima kasih atas segalanya. Semoga Tadika ABC terus maju jaya. 

Himpunan aktiviti tadika dari tahun 2008 - 2020 buat kenangan anak-anak saya. 

Sekian dahulu buat kali ni. Insyaallah akan kembali menulis apabila ada masa. Melihat anak-anak seronok baca cerita mereka dulu-dulu, buat saya rasa ada semangat nak menulis 😊 

Take care semua. Ingat, kini kita la frontliners! Wassalam

May 16, 2019

Ramadhan Kali Ini

Salam
Selamat berpuasa semua. Alhamdulillah dah 10 ari kita semua menjalani ibadah puasa. Semoga kita semua terus bersemangat menjalani ibadah puasa. Cuaca pon tak menentu sekarang. Kalau panas tu memang terik nau rase. Macam kite-kite ni keja dalam ekon, takde la terasa nau kan, selalu teringatkan anak-anak yang kat sekolah tu je. Kesian nya...harap mereka dapat bertahan. Afiya pon dah 9 tahun, tak banyak hal la kena berpuasa. Hadif pon ok. Dia lagi excited nak puasa. Aritu asyik ler membelek kelendar bagitau Mei nanti puasa. Suke nau dia puasa. Alhamdulillah....
Puasa-puasa pon kena kerja ye πŸ˜ƒ

Tahun ni ada jugak merancang nak latih Syaqir berpuasa. Sebelum mula puasa kemain bersemangat. Ari pertama sahur pon dia bangun tapi setengah ari pon tak sempat πŸ˜„Tak leh nak kontrol bile kat sekolah. Lagipun dia ni antara paham ngan tak puasa tu camne. Sabau je le nengok kat peel dia, macam-macam alasan dia bagi haha. Sudahnya sampai ke arini tak dapat lagi berpuasa sehari pon...Insyaallah sikit-sikit la train kann. Dulu Afiya senang je, 4 tahun dah setat puasa selang-selang. Lain anak lain ragam nye ye tak hihi. Memula puasa sempat ler memasing share menu buka puasa. Memasing share menu wajib ari pertama puasa setiap kali bulan puasa hahaha.


Awal-awal puasa tu ari saya sakit gigi, gusi lak membengkak.Aduii duii.. tak leh nak makan apa. Waktu berbuka tu minum ari aje la. Nak makan seksa rase tapi gagah jugak ler telan, makan makanan yang lembut-lembut jek. Betul la orang kata sakit gigi/ gusi ni paling sakit antara semua sakit. Memang tak bleh tahan. Mujur je bulan puasa kena tahan sabau. Tak leh silap sikit, mula ler nak naik angin. Orang tengah sakit kata kan πŸ˜›. Alhamdulillah dah ok dah bengkak tu tapi sesekali tergigit tulang atau daging liat, sakit jugak tu huhu. Nanti la sesenang baru nak pi klinik gigi. Seriau rasenya hihi.

  
 
Arini sekolah Syaqir ada buat sambutan hari guru, anak-anak lain awal dah sambut. Sebelum puasa lagi. Anak-anak sekarang memang suke ek bagi hadiah. Bagus la. Tu tanda derang pandai menghargai cikgu derang. Biasenya takat sekolah rendah jek, Alya Aisyah sejak menengah tak de dah pulak minta nak beli hadiah. Ke derang beli sendiri tak tahu la. Seingat saya zaman-zaman saya dulu, paling hebat pon buat kad je. Tu pon buat masa subjek lukisan ahahaha. terok nau perangai ek. Ni kire first time la syaqir sambut hari guru, dulu sambut ngan mama aje ahahaha. So mama pon kasik la dia hepi-hepi buatkan hadiah untuk teacher. Tu yang muke happy tu...

Hokay la...mari sambung apa yang kita dah plan nak buat. Selamat menjalani ibadah puasa semua.  Sebelum tu...saya juga dikesempatan ni, mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar pendidik, cikgu, teacher, sir, madam, ustaz, ustazah, doktor, professor yang selama ini berusaha mendidik anak bangsa sehingga menjadi seorang insan yang berguna. Jasa kalian memang tak ternilai. Terima kasih cikgu!

Sampai jumpa lagi. Take care!

January 2, 2019

Tahun Baru 2019

Salam
Selamat tahun baru semua. Alhamdulillah. Semoga apa yang kalian azamkan telah tercapai. Saya macam biase tiada azam yang khusus, cukuplah dengan setiap hari berazam menjadi yang lebih baik dari semalam kan 😁
Syaqir- 2019
Arini sesantai aje di rumah. Semua anak kecuali hadif dah ke sekolah. Syaqir 1st day kat tadika. Aduii cemana ler agaknya dia kat sana. Pagi tadi mama hantar, rilek je dia. Masuk laju, tak toleh mama dah huhu. Semangat nau! Harap berkekalan la camgitu jangan nanti separuh bulan macam-macam drama datang. Siap ler nanti haha.

Afiya- 2014
Syaqir masuk tadika yang sama dengan kakak-kakak dia dulu. Generasi tadika ABC lagi. Ada jugak la survey beberapa tadika yang lain. Mana-mana yang dah ada branding macam Little Caliph, CIC memang agak mahal. Tu pandangan saya yang dari golongan pertengahan ni. Tak mampu lak rasenya. Sini pon bukan la murah sangat tapi masih mampu laπŸ˜„Lagipon lokasi memang sangat strategik. Senang petangnya nak jemput Afiya pulak. Sejalan! Ada lagi ke orang yang suke mencatat dalam buku, planning atau note. Asben saya kata saya old skool, orang tak pakai dah buku-buku nih hahaha. Ehh.eh..biau ler kan, dah saya memang suke camgini. Tak puas rasenya letak note kat fon. Walau secanggih mana pon teknologi, ni la cara yang paling saya selesa. Patut la henbag berat cam ada batu πŸ˜†


Semalam dah hantar aisyah balik. Awal pagi kena daftar dah. Tapi dia macam biase la, carik alasan nak klua dulu. Memang warden bagi kelonggaran pon ari pertama. Boleh klua dan balik semula sebelum pukul enam. Rumah pulak dekat nau, memang dia ikut balik dulu la haha.  Silap-silap minggu ni balik lagi πŸ˜… Tahun ni dapat dorm tingkat dua, dah senior kata kan. Beria nak awal sebab nak rebut katil bawah. Mujur ada kawan tolong cop kan..tak aci betul kan..shhhhh πŸ˜‚


Hokay la..kakak nak masak jap. Kejap lagi nak jemput Syaqir ngan Afiya. Tengahari tadi makan lite-lite jek. Nak setat diet, konon!! Tak sabau lak nak denga cite budak berdua tu pasal sekolah. Memang rutin harian bercerita ngan mama. Berebut..Syaqir memang cemburu kalau afiya sembang ngan mama haha..


Saje tak pi ambil awal, nak ikut timing biase macam hari kerja. Kalau awal tetap kena tunggu afiya. Dia lambat klua, kul 6.35. Kang lama kena tunggu, berkire nau mama dia nih hihi. Syaqir suke tunggu afiya sebab nanti berebut kawan afiya nak main dengan dia. Bajet femes dia tu hahaha. Nanti dia buat-buat la berlari bile dikejar. Gedik! Orite jumpa lagi nanti. Baii...c u!

March 5, 2015

Afiya 5th Birthday

Salam...tora datang lagi hihihi...
Nampaknya janji nak update tak dapat ditunaikan. Betul, saya dah karang tapi tak sempat touch up dan buh gambaq lagi. Jadik pekasam ler semua cerita tu nanti kikiki. Takpe, kita simpan dulu yang lain-lain tu, up kan entri nih dulu laa...


Besday afiya yang kelima tahun pada 18hb Febuari yang lalu. Kali ni buat dabel celebration. Best kan? Suke sangat dia. Last year langsung tak celebrate. Siang nya buat kat skolah, malam kat umah plak. Saya pulak boleh tak terfikir yang kawan-kawan dia cuti awal. Kan esoknya tu raya cina, sekolah pon dah coti kan. So tak semua la kawan-kawan dapat join. Goodies bag saya buat gak lebih, suh ticer simpankan untuk kawan-kawan dia yang lain. Goodies bag tu mama DIY jekk...jimat blanje hihi.


Kat sekolah saya tempah  (buat sendiri belom konpiden bagi orang makan huhu) kek frozen..lahaiii musim kan. Kat kedai kek tu pon semua tempah frozen. Sampaikan editable image tu pon out of stock. Memula nak pilih yang ada Anna Elsa, redho je la apa yang ada kann. Afiya pon ok jekk, asal frozen :)


Kat umah takde la tempah kek besau dah, amik cup cakes je nam bijik. Takde tema-tema tapi mama print jek gambau kartun my little pony tenggek kan kat kek. Belasah jek, bukan kreatip nau ekekeke. Pony tu pon antara feberet terkini gak tu, dia suke character Twilight Sparkle. Nampak tak mama buatkan prop photobooth tu ... ...tu saje wat geli-geli jek. Semua deco kat umah hasil usaha sama mama ngan kakak-kakak dia. Sempat gak le wat seprais, suh papa bawak dia klua sementara kitaorng beroperasi. 


Happy birthday Afiya!!! Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan berjaya dunia akhirat. Sayang dia! (anak bongsu pompuan kite) kikiki

Tuhanku kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bilaku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Aku cintanya sungguh-sungguh

January 9, 2014

Afiya Dah Sekolah

Salam...
Piya dah mula sekolah dah, alhamdulillah mata dia dah sihat. Mama pon dah keje walaupun mata masih bengkak sikit. Kalepul skolah dia kan. Mulanya plan nak anta Little Caliph kat sempang umah tu jek tapi dah penuh pulak kuota budak 4 taon. Last-last pilih Tadika ABC (Advanced Brilliant Child), Islamic English Medium. Tak lama lagi pandai le piya speaking London. Kakak-kakak dia dua orang tu pon grad tadika nih. Apiya tak tahu le duk sampai 6 taon ke tak. Takot dia jemu duk tempat yang sama kan. Tak pe kasik try test dulu setaon nih.


Kemain eksaited dia dapat sarung unipom skolah. Memang happy la dia nak pi sekolah. Tapi sampai-sampai jek, memalu. Nangih siap. Hadoiii...tapi tak le meraung. Nangih dalam malu, airmata jek mengalir. Duk pegang tangan mama jek. Tapi mama kena nekad kann. Tinggal je ngan teacher dia. Insyaallah ok. Dia kan tak biase lagi, baru 4 taon lagipon. Dah la manja. Kekadang kite je yang terlebih gisau padahal anak kat sana bergumbire. 


Walaupun baru 4 taon, ce tengok buku-buku dia. Terkejut mama. Memang terlebih-lebih advanced. Mama dia tak de harap dia akan pandai bace dalam umor ni. Cukup la dia buleh hilangkan sifat pemalu dia yang mendalam tu dan blaja campo-campo orang. Selama duk umah pengasuh dia nih agak pendiam. Tapi kalau kat umah tak pulak diam, becok kemain. Susah hati mama dia nih. Ntah dari mana le datang sifat pemalu dia tu, ohooo misti amik dari mama dia hihi...konon! Semoga berjaya Apiya....

November 30, 2011

Aisyah Graduation

Entri bergambar saje. Selesai sudah pembelajaran aisyah di alam tadika dan bakal memulakan langkah baru. Semoga berjaya aisyah comel.

December 21, 2010

Aisyah Day

Tadika ABC graduation day...but not for Aisyah..she got another one year to graduate..congratt to all teacher for a great performance....

July 5, 2008

Pomp-pomp gal

Tis was Alya show on her sport day...quite surprise she manage to remember all the step..so cute..but tis video half way of her show...

 

June 30, 2008

Sport Day

Last sunday was my kid sport day. That was really fun. Alya won 2nd runner up for hoop and ball game and batik wear while Aisyah only got consolation prize. It's ok dik...you still have a chance next year..insyaallah...their happy moment picture...enjoy..