About

Thursday, January 09, 2014

Afiya Dah Sekolah

Salam...
Piya dah mula sekolah dah, alhamdulillah mata dia dah sihat. Mama pon dah keje walaupun mata masih bengkak sikit. Kalepul skolah dia kan. Mulanya plan nak anta Little Caliph kat sempang umah tu jek tapi dah penuh pulak kuota budak 4 taon. Last-last pilih Tadika ABC (Advanced Brilliant Child), Islamic English Medium. Tak lama lagi pandai le piya speaking London. Kakak-kakak dia dua orang tu pon grad tadika nih. Apiya tak tahu le duk sampai 6 taon ke tak. Takot dia jemu duk tempat yang sama kan. Tak pe kasik try test dulu setaon nih.


Kemain eksaited dia dapat sarung unipom skolah. Memang happy la dia nak pi sekolah. Tapi sampai-sampai jek, memalu. Nangih siap. Hadoiii...tapi tak le meraung. Nangih dalam malu, airmata jek mengalir. Duk pegang tangan mama jek. Tapi mama kena nekad kann. Tinggal je ngan teacher dia. Insyaallah ok. Dia kan tak biase lagi, baru 4 taon lagipon. Dah la manja. Kekadang kite je yang terlebih gisau padahal anak kat sana bergumbire. 


Walaupun baru 4 taon, ce tengok buku-buku dia. Terkejut mama. Memang terlebih-lebih advanced. Mama dia tak de harap dia akan pandai bace dalam umor ni. Cukup la dia buleh hilangkan sifat pemalu dia yang mendalam tu dan blaja campo-campo orang. Selama duk umah pengasuh dia nih agak pendiam. Tapi kalau kat umah tak pulak diam, becok kemain. Susah hati mama dia nih. Ntah dari mana le datang sifat pemalu dia tu, ohooo misti amik dari mama dia hihi...konon! Semoga berjaya Apiya....

3 comments:

  1. lama tak menyinggah blog kawan kita ni..piya dah sekolah ekk..comei ngat baju sekolah dia..sekolah dia pon comei jugak..kalerful..!!

    moga piya berjaya hilangkan sifat malu yer..meh kawan ngan kak leesya..confirm hilang malu..hahaha..

    ReplyDelete
  2. dah seminggu x hilang2 lagi malu2 kucing dia tu
    ticer dia pon komplain, susah nau nk dgr sore piya..dlm molot ada mas gamaknye haha

    ReplyDelete
  3. Lawa warna baju afiya ni..slmt bersekolah ya afiya ^_^

    ReplyDelete