Menjejak Kasih di Dungun

 Assalamualaikum

Lama juga mengambil keputusan untuk menulis ni. Macam-macam yang difikirkan. Malas lain macam. Dulu masa muda semua benda nak ditulis haha. Bila dah nak masuk usia emas ni, vitamin M lebih. Usia-usia pencen ni patut dah boleh join geng-geng ngaji kat surau tapi tu la belum kesampaian. Jumpa jiran tetangga kalau ada kenduri kendara je. Selagi tetiap hari keluar pukul 9 balik 6 memang belum lagi la kesampaian perancangan tu hihi. Beralasan saje la kejanya kann. Insyaallah, doakan la acik diberi kesihatan yang baik dan dapat memberi khidmat pada orang sekeliling.  

Ok, meh la simpan kenangan lagi di blog ini. Kisah setahun sudah ni, bulan September. Masa hantar anak no.3 sambung belajar kat Uitm Dungun. Kemain jauh dihantaunya anak den. Udah ler tak penah berjauhan. Dedulu memang ler dia duk serama tapi dekat je, tetiap minggu jumpa. Ni jauh kat pantai timur, memang sekali je la mama hantar awak Aisyah. Kena belajar berdikari. Aduii tak leh nak gambar perasaannya masa tu. Insyaalah, nanti ada masa kita buat story pasal dia daftar Uitm tu ek hihi. 

Memang ditakdirkan anak saya kesana kot, untuk kami kembali menjalin silaturahim dengan keluarga angkat semasa mengikuti program U dulu. Keluarga angkat tinggal di Felda Ketengah Jaya, tak jauh mana pon dengan Uitm tu, dalam 45 minit kata Yana. Nak jadik cerita Yana, adik angkat tu baru je add friend kat Facebook setahun sebelumnya. Masyaallah! Memang suatu kebetulan yang diluar jangkaan sangat. Terharu rasa dia masih ingat nama saya. Mujur memang guna nama sebenar kat FB tu. Maklum ler nama unik, eh eh mula la tu, perasan hihi. Awal-awal saya dah bagitahu nak ke Terengganu, kemain happy dia. Ajak duk umah Cik (gelaran mak angkat) lagi. Cume tu la saya pegi berkumpulan. Dengan mak abah, Ayie Ira sekali. Segan la derang nak stay umah Cik. Kalau kami saje memang on. Takut yang lain tak selesa dan tak mau menyusahkan. Mungkin di lain waktu, insyaallah. Lega juga sebab apa-apa hal boleh la minta tolong Yana jenguk kan Aisyah. Alhamdulillah, masa ni rasa untungnya ada kenalan/ keluarga angkat. 

Alhamdulillah sihat lagi cik. Ikutkan usia dia dengan mak, tua dia lagi. Tapi dia punya cergas lain macam. Hebat la cik. saya pon kalau buat extra aktiviti dah mula longgar lutut sakit sana sini hahaha. Kagum kagum! Selepas beliau baik dari strok memang cergas kata Yana, tak leh duk sesaje ada je keja dia. Anak-anak cik yang lain pon dah berkeluarga semua. Yana yang baru 9/10 tahun masa tu pon dah kahwin anak 2. Afiq si kecik, masa tu dalam 3/4 tahun tu pon dah 28 tahun. Halah-halah terasa tua sangat dah ni huhu. Sempat juga Cik jamu kami dengan nasi minyak ganu, ummm sedap sungguh! Air tangan  mak-mak ni memang sedap. sayangnya tak dapat nak berlama, maklum la ada intenary yang nak dipenuhi hihi. Adik dah booked homestay kat Kuala Terengganu maka ikut la juga saya ke sana. Bukan senang nak sampai sini, alang-alang tu bawak ler mak jalan-jalan sekali kan. Itu saje la citenya. Ok sekian saja. Bye!

No comments:

Post a Comment