Sudah lama saya meninggalkan dunia blog saya. Kesibukan saya makin berlipat kali ganda semenjak dua menjak ni. Hujung minggu lepas saya ke penang memeriahkan konvokesyen adik ipar. Alhamdulillah dah tamat dah pengajian die. Cume menunggu masa untuk posting je. Adik ipar merupakan bakal cikgi dibidang sains. Hajat dihati selepas upacara konvokesyen tamat nak jugak meronda-ronda sekitar penang tapi tak sempat sebab adik kena sesi petang jadik masa agak terhad. Kami kena balik semula ke taiping rumah abang ipar sebab tak menyewa penempatan di penang. Tak pe la berjalan-jalan di tapak konvo tu pon dah memadai. Kebetulan konvokesyen dia kena dengan cuti sekolah maka dapatlah anak-anak peluang berjalan tapi cume cuti hujung minggu je la. Tiada cuti tambahan sebab papa mereka agak sibuk kebelakangan ini. Walaupun hanya sempat bercuti 2 ari dirumah abang ipar di taiping tapi jelas kelihatan mereka gembira.
August 22, 2008
August 7, 2008
Lunch date
Fuh..akhirnya tercapai gak hajat nak kluar lunch ngan teacher kat nursery anak aku. Dah agak lama kami buat janji tapi sebab aku terlalu sibuk sangat tu yang bertangguh je. Kebetulan assistant aku dah ade, apa lagi amik kesempatan ler. Teringat aku mase memula teacher bagitau niat nak ajak kluar lunch automatik jek aku leh fikir yang bukan-bukan. Aku ni memang seorang yang cepat think negetive dulu. Apa yang terbayang kat kepala masa tu hanyalah pasal hadif. Matilah aku kalau nanti teacher bagitau tak mo dah hadif duk sane. Apa pilihan yang aku ada nanti. Sape pulak nak jaga die lepas skolah. Buntu aku. Tah kenapa cepat jek aku terasa mesti ade something wrong somewhere(ala-ala mak cik mary cite sindarela lak huhu). Kebetulan 2-3 ari sebelum tu die ada gak cite-cite pasal hadif yang termelepas dalam sluar, pastu ade lak kes hadif ngamuk tibe-tibe pastu tolak-tolak anak orang lain. Aku dah pon mintak maaf bagi pihak hadif sebab aku pon tak tau punca hadif bad mood. Mesti ada yang tak kena la tu. Hadif paling pantang kalau ade kawan-kawan yang dengki die, amik mainan ke, buku otomen die ke. Sebab kalau tak de apa-ape susah die nak mengamuk. Cume aku malas la nak tanya macam-macam mase tu, aku hanya mintak maaf je la. Sebab tak sume orang paham akan anak aku ni. Nanti aku takut ade pulak parent-parent pakat suruh quitkan hadif ke sebab anak aku tak normal. Mana la tau kan. Sampai ke situ aku pikir.
Dua tiga hari gak la malam aku tak leh tido sampai la aku rase stabil sikit dan pembantu aku pon masuk ofis selasa ari tu baru la aku buat keputusan tuk kluar ngan teacher. Mase tu memang aku dah ready zair dan batin dan yang penting aku tak mo nangis kalau betul-betul apa yang aku bayangkan tu berlaku. As a result............
Ceh..aku jek terlalu beremosi hingga menyebabkan aku terpikir yang bukan-bukan. Actually teacher hanya nak merapatkan lagi silaturrahim antara kami. Memang kami rapat sebelum ni tapi tak de kesempatan nak bersantai-santai di luar. Kelakar betul aku ni. Tapi apa yang pasti aku enjoy time tu and we share a lot of story including hadif condition. Die pon start seaching about autism and try to understand how to handle the autism child. And she mention hadif is not as bad as other autism child that she know. Lega....alhamdulillah^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)