Sudah lama saya meninggalkan dunia blog saya. Kesibukan saya makin berlipat kali ganda semenjak dua menjak ni. Hujung minggu lepas saya ke penang memeriahkan konvokesyen adik ipar. Alhamdulillah dah tamat dah pengajian die. Cume menunggu masa untuk posting je. Adik ipar merupakan bakal cikgi dibidang sains. Hajat dihati selepas upacara konvokesyen tamat nak jugak meronda-ronda sekitar penang tapi tak sempat sebab adik kena sesi petang jadik masa agak terhad. Kami kena balik semula ke taiping rumah abang ipar sebab tak menyewa penempatan di penang. Tak pe la berjalan-jalan di tapak konvo tu pon dah memadai. Kebetulan konvokesyen dia kena dengan cuti sekolah maka dapatlah anak-anak peluang berjalan tapi cume cuti hujung minggu je la. Tiada cuti tambahan sebab papa mereka agak sibuk kebelakangan ini. Walaupun hanya sempat bercuti 2 ari dirumah abang ipar di taiping tapi jelas kelihatan mereka gembira.