Pernah tak anda mengalami mata kanan atau kiri berkelip secara tiba-tiba. Kata orang tua-tua andai kerlipnya di sebelah atas kanan maknanya kita akan bertemu dengan seseorang. Andai belah kiri akan berlaku sesuatu yang sedih yang akan menyebabkan kita menangis. Sejauh mana kebenarannya saya sendiri kurang pasti. Atas pengalaman saya sendiri, tak kira lah kerlipan tu di sebelah kanan atau kiri tapi asal berkelip je selang beberapa hari saya akan menangis. Tapi pada saya itu semua adalah kebetulan. Setiap kali ia berkerlip saya cuba untuk tidak memikirkan yang ia merupakan tanda kepada sesuatu namun sehingga kini saya masih tidak boleh lari dari memikirkan sesuatu.
December 31, 2008
December 29, 2008
December 28, 2008
Akhirnya....
Sejak akhir-akhir ini keadaan kesihatan abah bertambah baik, berkat doa anak-anak dan saudara mara. Di samping meneruskan kaedah perubatan moden kami juga masih tidak putus-putus berikhtiar perubatan tradisional. Sejak bertemu dengan seorang sahabat pak cik pada jumaat lepas alhamdulillah abah tidak lagi diserang sesak. Jika benarlah seperti apa yang diramalkan harap-harap kali ini abah benar-benar sembuh dari 'diganggu'. Biarlah Allah saja membalas atas segala perbuatan mereka yang mempunyai perasaan hasad dengki sesama manusia.
December 24, 2008
Masih binggung
Alhamdulillah setelah seminggu berada di hospital, abah dibenarkan pulang petang semalam. Lega sikit hati saya. Belum sempat lama lega saya, mak hubungi saya ditengah malam semalam memberitahu abah alami sesak kembali. Menurut mak pada petang sebelum abah dibenarkan pulang, keadaan dia dah pulih sepenuhnya. Jadi, apakah punca sebenar penyakit abah ni? Terasa macam ada kuasa magic pulak. Tak sempat abah sampai ke rumah, abah diserang kembali. Binggung saya di buatnya dan saya seboleh-bolehnya tidak mahu mempercayai yang abah di aniaya orang. Di dalam kebinggungan saya masih tercari-cari....semoga Allah menemukan jawabannya.
December 22, 2008
Dari CCU ke ICU
Sejak malam itu saya fobia setiap kali mendengar deringan telefon, tak sempat melihat pemanggilnya, hati saya sudah berdebar-debar. Risau mendapat khabar yang kurang menyenangkan. Petang rabu mak memberitahu abah telah dipindah ke Unit kawalan rapi (ICU). Tapi mak memberitahu keadaan abah dah tidak seteruk semalam cuma tujuan doktor letakkan dia di ICU adalah untuk memberi lebih pengawasan. Mak seperti biasa minta saya banyak-banyak berdoa kalau perlu mak akan memanggil saya pulang. Saya lega sedikit dan bekerja seperti biasa tetapi tumpuan terhadap kerja tidak sepenuhnya. Kalau boleh saya ingin sentiasa berada di sisi abah tapi saya masih ada tanggungjawap terhadap kerja, suami dan anak-anak disini. Saya hanya mampu memohon Allah berikan kekuatan kepada saya untuk menjalani kehidupan harian. Amin
December 20, 2008
Detik Cemas
Agak terlewat saya meng'update' blog ini. Minggu ini merupakan minggu paling tak keruan bagi saya. Pagi selasa lalu saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari mak saya yang memberitahu abah telah dimasukkan ke hospital. Setelah diperiksa doktor mendapati ada kuman di paru-paru. Masih sama dengan kes dahulu. Cuma kali ini agak kritikal sebab abah juga diserang sesak nafas. Lama saya merenung monitor komputer dipejabat, saya tak boleh terus disini. Jam 12.30 tengah hari, saya menghantar sms pada bos mintak emergency half day, belum sempat terima jawapan, saya menghubungi hubby memberitahu hajat saya. Kebetulan hubby memang bercuti hari ini nak bawak hadif terapi. Dia ok je..die suruh saya menunggu di rumah sementara menunggu terapi hadif siap. Lima minit kemudian bos membalas sms saya. Lega, die izinkan. Saya pon terus mengambil anak-anak dari nursery dan terus bersiap. Dalam pada menunggu tu mak telefon lagi, doctor dah mengesahkan keadaan abah makin kritikal, mak dah menangis. Saya makin tak keruan, masa menunggu jadi bertambah lambat bagi saya. Akhirnya jam 4 petang baru la kami bertolak ke Melaka. Kami sampai lebih kurang jam 5.30 petang. Sampai di hospital, saya lihat dah ramai sedara mara yang datang, saya hampiri semua salam dan berpeluk. Tika itu air mata tidak terbendung lagi. Sementara ini abah di tempatkan di CCU, mak mula bercerita macam mana keadaan abah. Waktu zohor tadi abah teruk sesaknya, doktor mengelilingi abah membantu apa yang patut. Bila dah ok doktor jumpa mak dan memberitahu andai abah tiba-tiba sesak balik, mereka akan tebuk leher abah untuk masukkan oksigen dan kemungkinan abah akan koma seminggu. Aduh, tersentap hati saya mendengarnya. Perlukah begitu?Kami tau akan bahayanya kalau oksigen kurang dalam badan tapi untuk membiarkan abah ditebuk begitu tak sanggup rasanya saya. Dalam pada itu kami berdoa agar abah tak perlu ditebuk-tebuk begitu. Ketika itu abah dibantu bernafas menggunakan mesin. Kesian saya melihat abah ketika itu. Tepat jam 6.50 petang abah tiba-tiba tercungap-cungap, kami panik. Abah tak izinkan kami panggil doktor, mak dah menangis. Pak long membantu membacakan ayat-ayat quran sambil mengurut-urut dada abah. Dalam 5 minit lepas tu abah kembali ok. Sampai la jam 8.30 malam, abah nampak ok. Mak menyuruh saya balik dulu, jangan risau apa-apa sebab mak tengok abah dah ok sikit. Saya jadi serba salah nak balik, hubby pandang saya, saya tau dia nak ajak saya beredar. Lagipun dah beberapa kali kami dihalau oleh pak guard. Akhirnya saya mengambil keputusan pulang, dengan deraian air mata saya memberitahu mak saya tak boleh tunggu lama atau bercuti sebab hubby ada meeting penting yang perlu dihadiri esok. Mak paham keadaan saya dan mohon saya mendoakan abah. Insyaallah mak memang itu la yang saya pohon setiap kali sembahyang. Oleh kerana hubby keletihan saya mengambil alih tempat dia memandu. Jam 11.30 malam saya dah berada di rumah saya semula. Malam itu saya tak lena tidur, masih memikirkan akan kesihatan abah dan apakah sebenarnya penyakit abah????
December 14, 2008
Jalan-jalan hujung minggu
Kesian anak-anak saya, tak dapat nak bercuti ke mana-mana cuti sekolah ni. Sorry kid, mama kerja la..cuti pon dah habis. Cuti tahunan ade 14 hari je mana la nak cukup untuk setahun kan....
Kebetulan jumaat lepas pak long dierang datang. Sebenarnya mereka nak balik taiping dari johor, singgah bermalam kat umah kitaorang dahulu. Nak jadik kan cerita anak buah kami tu teringin nak ke KLCC ngan putrajaya. So keesokan hari nye kami buatlah rombongan cik kiah ke KLCC. Orang punya la ramai, hujan pulak tu. Kesian die hajat nak masuk petrosains tapi tak dapat sebab tiket tuk ari tu dah habis. So jalan-jalan gitu je la. Mujur hujan dah teduh petang tu dapat la kami mengambil angin kat taman. Lepas penat ronda-ronda KLCC kami teruskan rombongan ke dataran putrajaya nak mengambil angin segar. Emmm haaa nyaman rasenya, orang pon tak la ramai macam kat KLCC tu. Dah puas posing kami pon balik. Malam tu nyenyak la faiz tido sebab hajatnya tercapai. Aksi-aksi rombongan yang sempat dirakam.
December 12, 2008
Nak Percaya ke tak?
Abah sakit lagi, adus risau sungguh dibuatnya. Kalau mula-mula dulu doktor sahkan abah ade infection kat paru-paru pastu kurang oksigen pastu tak de pape. Ikut kiraan dah lebih 5 kali abah ditahan kat hospital tu dan tiap-tiap kali tu berbeza-beza sakitnya. Binggung gak dibuatnya, apa yang lebih menghairankan tiap kali dirawat dan ditahan kat wad abah sihat sesihat-sihatnya. Tak perlu langsung bantuan oksigen dan boleh berjalan hingga hampir 2km. Tapi bila balik je rumah datang balik sesak nya, camne lak tu? Heran sungguh saya, mak pon dah putus akal tak tahu nak buat apa lagi. Maka dengan itu mula la episod kami mencuba perubatan tradisional, hah akhirnya jawapan yang kami cari selama ni, abah kena buatan orang. Pulak? Kadang rasa percaya kadang tidak, di usia abah yang kian lanjut sape pulak nak ngenakan die, memang abah bole dikatakan orang kuat jugak la kat kawasan rumah kami tu, dari AJK surau sampai la ke rukun tetangga. Dan dari ramalan-ramalan ustaz tempat abah berubat tu, dia kata ade orang dengki. Astagfirullah masih ade ke orang yang sanggup menganiaya orang di zaman ini. Lama jugak saya memikirkan hal ni, mungkin satu kebetulan sebab abah bukan sentiasa diserang sesak, die jadi kritikal tiap kali mengambil wuduk dan nak bersolat. Heran kan....Binggung saya, antara percaya dan tidak saya masih mengharap agar abah sihat kembali, sekiranya betul la abah dianiaya orang aku mohon agar Allah saja yang membalas perbuatan nya. Aminnn
December 10, 2008
Korban
Raya aji tahun ni kat umah mentua, ikut turn gak...cewah baru la adil dan saksama kan..pak mertua tumbangkan sekor, hadif pon masuk list. Syok la hadif dah ade binatang tunggangan, mama gak yg tak de lagi..tumpang leh tak??
Hadif dan alya tak lepaskan peluang tengok atuk sembelih lembu, hujan pon tak kisah
Mana tak hujan mak cik tak mandi lagi rupanya
Okey..nak sembelih dah, tumbangkan lembu dulu
Jangan kasik lembu meronta dan bangun balik ye, pak andak jadik pemberat..berat ke?
Dah selamat disembelih, duk tepi dulu ye, sat lg melapah lak
Mana tak hujan mak cik tak mandi lagi rupanya
Okey..nak sembelih dah, tumbangkan lembu dulu
Jangan kasik lembu meronta dan bangun balik ye, pak andak jadik pemberat..berat ke?
Dah selamat disembelih, duk tepi dulu ye, sat lg melapah lak
December 5, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)