About

Tuesday, October 04, 2011

Masakan Tradisi

Sambal tempoyak..korang tau ke? Tak tau ler nama lain baginya tapi dikalangan kami memang femes ngan nama tu. Kalau ada kenduri kendara memang tak lepas lah mesti ada lauk nih. Rasanya pedas, manis dan masam tempoyak. Bahannya simple jek:

* cili api (blend)
* pucuk ubi (dihiris halus)
* daun kunyit (dihirs halus)
* ikan bilis (tumbuk)
* serai (blend)
* petai
* cili merah (hiris)
* santan
* sedikit kunyit
* garam secukup rasa


Caranya simple aje, rendamkan pucuk ubi dengan air panad kasik lembut pastu satukan kesemua bahan kedalam periuk dan masak. Tunggu hingga didih dan terbit minyak. selesai sudah.

Saya selama ni memang tak penah masak sendiri mesti dengan bantuan mak, pertama kali cuba minggu lepas..alhamdulillah menjadik.. korang cuba lah. Dijamin sodappp :D

No comments:

Post a Comment