November 30, 2011

Aisyah Graduation

Entri bergambar saje. Selesai sudah pembelajaran aisyah di alam tadika dan bakal memulakan langkah baru. Semoga berjaya aisyah comel.

November 29, 2011

Salam Tahun Baru

Rasanya belum terlewat nak ucapkan selamat tahun baru 1433H. Moga tahun baru memberi kita lebih banyak keuntungan dan keberkatan :D

Azam saya ingin bebas dari belenggu penipuan. Mengapa? Biarlah ia menjadi tanda tanya sebab kebenaran itu amat menyakitkan.

November 23, 2011

Wedles~

Wedles = kurang word kan?

Ini la punca lama tak hapdet hehe


November 14, 2011

Hambamu

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah
HambaMu Allah

Sekiranya takdir menguji
Cekalkanlah hasrat di hati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa

Usaha dengan doa
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya di hati terang (Allah)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (Allah)
Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh
Setibanya di sisiMu ku berserah
Terimalahku hambaMu Allah

November 12, 2011

Dah sampai masa

Kopipes from my cousin facebook wall...

Yan Azna
my cheerful brother Salihin Aziziuddin menghadap ilahi around maghrib 11.11.11 waktu malaysia, not sure exact time kat qatar dlm pkl 4 kot..time tuh a.ain tgh main game kat padang..Allah pinjamkan abg in utk 41thn jerk..abg yg sgt baik..semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh..

afiq, aliff, anaz & adham..sangat muda u all merasai kehilangan ayah..be strong...

Untuk info kawan-kawan abg, jenazah akan di kebumikan di Qatar as his wish...kata abg. kalau sampai ajal dia kat sana..kebumikan je di sana. My mom & anak sulung my abg. akan naik flight qatar airways..pkl 10 nie...2 tiket je yg available....mohon doa semoga anaknye & my mom sempat tgk my brader/ayahnye buat kali terakhir.

tq pd kawan2 abg ain di qatar yg banyak membantu


Takziah buat Kak Mar (wife abang ain) dan Mak cik Munah (ibu abang ain), moga tabah menghadapi hari depan. Al-fatihah

November 11, 2011

Saling mengingati (^_^)

Tiada apa-apa keistimewaan pada tarikh 11.11.11. Aqidah Islam bukan terletak pada nombor. Berhati hatilah dan jangan terpengaruh dengan hal sebegini. Jangan meletakkan sesuatu yang tidak bermakna sehingga merosakkan aqidah,na'uzubillah. (RT: ShamKamikaze)

Selingan:
Maksud firman Allah:
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami kejalan yang lurus. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) yang sesat. (Al Fatihah:1 - 9)

Nota kaki: Bertuah atau tidak kita tak bergantung pada nombor. Pada saya setiap hari adalah bertuah kerana masih di beri peluang bernafas.

November 10, 2011

Aku terima nikahnya

Nampak mudahkan. Tapi jangan di ambil mudah, kasihani dan sayangilah suami kita.


Sumber: PenyuXp

Cari kelemahan diri

Berhentilah mencari kesalahan orang lain, kita pun terlalu banyak kelemahannya. Adalah lebih baik jika kita muhasabah diri sendiri banyak-banyak.

* Retweet: ShamKamikaze

November 1, 2011

Bila hati tidak lagi di situ

Hurmm agak sukar nak di terangkan namun apa yang pasti secara pelan-pelan semangat saya kian mendatar dan semakin merudum. Bagaimana nih? Tak pe la yang penting semua back-log akan saya bereskan secepat mungkin dan menanti detik yang saya tak pasti bila berakhir ini memang amat membebankan pikiran. Inilah jadinya kalau hati tidak lagi disitu.

Setelah empat tahun

Alhamdulillah pada 291011 kelmarin adik lelaki saya telah berjaya menggenggam segulung ijazah di bidang Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) setelah 4 tahun belajau. Tahniah busu ayie.

Dah takde mende nak main, rantai dijadikan buaian.

Muka dan berkilat dan melekit, cuaca tak menentu.
Dapat lah seketul gambau ngan graduan, nak ujan balik tu yang tangkap muat aje

Ngan anak-anak buah, tak sempat nak susun.

Nak menerai topi busu tapi malu