‎Salam. Sedar tak sedar arini genap sebulan umur Syaqir. Pantang? Tak abih lagi yek, kena ikut mak-mak kite dulu 44 hari kan. Walaupun dah sebulan, masih boleh ingat lagi sakit beranak tu ari. Malah sakit masa beranakkan abang kakak Syaqir pon saya masih ingat. Saya tak sempat nak karang beria, cuma bagi kronologi je sesikit ek. Buat-buat cite kenangan ye dak.  

Baby 1st selfie picture with 1st visitor., acik ani :)

22hb April 2014 (Selasa)
Pagi ni dah turun tanda dah, so bajet esok la bersalinnya. Memang gitu le pengalaman piya ngan aisyah dulu. Sakit? Memang takde langsung. Sempat pi opis settle ape-apa patot. Tengah ari tu macam malas dah nak keja, balik umah rehat. Sampai ke malam tunggu contraction tapi takde langsung.

23hb April 2014 (Rabu)
Masih turun tanda, contraction dalam kul 10 pagi macam ada tapi mild-mild jek. Sampai tengahari masih mild tapi repeated 30 ke 40 minit. Baby pon still aktif lam perot. Nak sedapkan ati, pi spital cek sebab tanda banyak dah klua. Spital pon dekat je kan. Cek CTG, jantung baby ok. Cek bukaan baru 2cm. Ohh lama lagi so balik dulu. Sakit pon masih memain jek. Malam dalam kul 9 ada kuat sikit contraction. Start kul 12 malam barulah kuat contraction, repeated 10 ke 15 minit. Haruslah tak leh tido. Menahan sakit sampai subuh. Tiap kali contraction, darah pon turun gak. Ya Allah, sakit ya amat, first taim experience darah turun banyak gini. Orang tua-tua kata sakit gini kembar darah. Tak tentu arah rasa, kejap baring, bangun, jalan sana sini. Sesambil tu cakap ngan baby, tunggu yek baby, mama nak anta abang kakak skolah dulu yek. Sempat plak ek...hihi

CTG machine, ni masa contraction mild, 20% jek

24hb April 2014 (Khamis)
Lepas subuh, sesiapkan anak-anak skolah, tros pi spital. Procedure sama cam semalam, cek bukaan dah 4cm, kul 8 masuk labour room. Sakit taim tu dah melampau sangat, nak tarik napas, sedut gas pon dah tak tentu arah. Doktor nak bagi ubat tahan sakit tapi saya tak amik. Dah memang sakit pon kan, ubat tu buat kite ngantok je pon. Pukul 9 sengah gitu saya dah terasa nak meneran benau‎ tapi misi tak bagi sebab tak full lagi, 8cm baru. Sambil seluk-seluk (ganas nau bunyinya hihi) tu misi detect kepala baby ada sikit lari position. Doktor pon datang cek, dia suh drip air pasal nampak saya dehydrate. Mana taknya, pagi tu dan minum secawan kopi jek, dah sakit mana lalu nak breakfast kan. Lepas doktor cek position kepala baby tu, dia bagi green light untuk meneran, sesambil dia adjust kepala baby. Jangan tanye cemana doktor adjust, memang la tak prasan, sakit melampau. Buat la apa pon, yang tahu nak cecepat kluakan baby. Sekali teran jekk..sepenuh tenaga sampai tak terasa baby dah klua, alih-alih dengar doktor kate, ok mimi tengok baby, tengok baby. Mamai-mamai nampak baby, doktor pon terus letak kat dada. Dah nengok jantina, cek jari tangan kaki, misi pon amik baby, bersihkan sebelum di azankan papa dia. 

Baru beberapa saat lahir, nangih kuat dia nih...

Lepas transfer ke ward, misi cek blood pressure (BP) low. Nebes gak taim tu, sejok gigil-gigil toksah kate. Tetibe jekk...mungkin letih tak tido kot. Mujur kejap je, sejam pastu BP dah normal. Sebelum ni, memang saya doa sentiasa untuk dipermudahkan proses kelahiran, kalau boleh memang tak mau lelama kat labour room. Serik! Teringat taim piya dulu lapan jam dalam labour room. Dah le sakit kann. Lagi pressure dengar bilik sebelah yang masuk kendian dah bersalin. Alhamduliilah kali ni sejam lebih jek dalam tu. Walaupun sakit sebelum tu kuat sangat, tak mengapa la, ini adalah bahagian saya yang ditentukan Allah. Alhamdulillah, terima kasih Allah bagi saya peluang untuk kali kelimanya dan insyaallah yang terakhir.
Demikian je la cite saya. Terima kasih baca sampai abih walau tak best :)

one month old...