About

Thursday, February 09, 2017

Escape | Part 1

Salam...
Bile keja penat, otak penat...jalan terbaik, lari la kannn.


Kemana aje mau lari ni...hahaha.  Tapi takde ler lari takpe notis. Hujung-hujung taon lepas, cuti sekolah, anak-anak dah tahap bosan kat umah tu, maka jadi ler percutian ala-ala ni. Entah bile le nak proper plan vacation dan pastinya nak pegi tempat best-best. Takat ni blum berjaya lagi. Semuanya plan terdesak, tempat pon tangkap muat. Asal namanya bercuti, klua dari umah, klua dari Bangi.

Kebetulan cuti hari Keputeraan Sultan Selangor tu sekalian dengan Maulidur Rasul, dapat ler berehat lelama sket. Coti tahun pon dah bo liao tu yang memang bersyukur ada coti pree camgini. Kalau bukan orang Selangor tak dapat ler extra kannn...kih kih eksen!


Memula kita balik kampung Segamat dulu, ziarah atok nenek, singgah kenduri kawen sepupu. Kendian tolong gak atok nenek spring cleaning umah. masa ni ler rasa lega anak-anak ramai, dapat ler membagi-bagikan tugas. Settle semua tu, baru ler pi rerehat. Baru feel...maka bermula la percutian 3 ari 2 malam di mana? Port Dickson πŸ™Œ

Kali ni stay kat The Grand Hotel, bentuk bumbung yang ala-ala minang kabau tu. Kire ok la. Book online, katanya sea view tapi nampak sisi jek haha..jadik ler. Kat sini best pasal ada private beach, lepas mandi kolam bole jalan je pi laut. Sekali mandi dedua. Ari pertama tak kemana pon, lepak tepian kolam. Sebelum tu lunch kat nasi ayam cowboy, sejalan je. Nak kata best nau tu tak la. Ok ok jek tapi orang ramai..mungkin sebab femes je kot


Lepas puas berendam, kluau ler pi Rumah terbalik. Hadoiii tertipu jek, serupa muzium 3D je pon. Duk espek macam ada sebijik rumah dibina terbalik kih kih...padahal dah gugel sebelum tu, cuma memang tak jangka gitu..layan je le. Dah ler mahaiiii nak masuk, dah anak-anak teringin, pejam mata je bayau huhu..


Ada 3 tingkat, awal-awal je deco umah terbalik, yang lain serupa 3D muzium. Amik ler gambau puas-puas. Tak dapat nak share banyak, kang meleret gambau jek. Sesikit je ler, nanti kome pegi ler sendiri nengok hihihi. Tapi sejak dah tua-tua ni mama derang kurang sikit minat bergambau, ade ler seketoi dua buat syarat kang takde bukti lak berasa di tempat kejadian πŸ˜œπŸ˜‚




Abih tu teros pi caik makan malam. Itinerary semua Alya yang buat, so ikut je mana dia dah sajes. Memang best pon tempat makan tu, Restoren Mesra. Harga pon mesra sangat hahaha. Tapi berbaloi la dengan rasanya. Tak sempat nak amik gambau-gambau makan, dah lapau nau semua. Maklum ler makan nasi ayam je tengahari tadi tu. Lepas makan tu, abih dah ler event arini. Tunggu la nanti esok plak sambung..ok bai! πŸ™†

No comments:

Post a Comment