August 29, 2017

Emas Seratus Sebelas

Salam
Horayyy...Ececewahh...kemain ek. Kakak teruja sangat nak share cerita yang ni. Walaupun cam dah lewat sikit. Patut malam tadi hahaha..semangat nau. Mahunya tak, best moment for Malaysia kann. Bukan sesuatu yang mudah nak capai this target. Ofcoz as Malaysian, kita proud kan, ada ke yang tak suke? Mustahil ek.

Tahniah kepada semua atlit, Team MAS. #kitasamahero #bangkitbersama


Kakak pon tak sangka kakak boleh follow SeaGames2017 ni dari awal. Jangan tak percaya kakak boleh lupakan kejap drama korea, mydarling inspektor danial, fattah amin ehhhh hahaha. Chanel TV kat umah pon maintain dari pagi sampai malam, Astro Arena hahaha...kagum! Malam ni kakak tak sure ada keberanian tak nak tengok game Malaysia lawan Thailand. Kakak tak kuat hadapi kekalahan ahahahaha...poyo nau!

Ok apa-apa pon. Semoga terus bersinar Malaysia, Negaraku Sehati Sejiwa. Semarakkan sikit semangat nak merdeka ni kann. Ok semoga baik-baik je untuk kalian semua.

Kakak dah ada calon pelapis untuk Amsyar Azman 😝

August 26, 2017

Fakhri & Shahira | Part 1 [Labis]

Salam
Keja ari sabtu ni bukan keja benau pon. Hujan pulak pagi ni. Malas betoll. Tengok meja takde le clear sangat tapi cam mood tarak. Hadoiii parahh...so dari duduk layan mata ngantok, baik mengarang kann hihi...sori encik Dato Bos, kite cuik tulang sikit..🙏

Kita mulakan sikit-sikit eh...tengok kemampuan hihi. Akhirnya, detik yang di nantikan tiba jua. Majlis nikah adik lelaki (Ayie) saya. Asalnya, nikah ari jumaat (28/7) tapi lagi seminggu macam tu pak imam bagitahu ada clash plak huhu..Ada hikmah gak pasalnya ari jumaat tu anak saya Aisyah masih ada satu lagi paper trial PSRA. So gerak ke Labis lepas maghrib la.


Janji ngan Ima (adik pompuan saya) tunggu kat RNR Pagoh. Dia kan dari melaka. Mak Abah plak tunggu ayie sampai dulu. Nak jadik cerita keta dia pulak tayar pecah, tunggu tukau taya bagai. Dekat tengah malam dia sampai umah mak. Pagi dalam kul 7 baru dia sampai labis kat Homestay. Mujur jarak umah pengantin ngan homestay kami dekat jek. Takde ler kalut sangat.


Ikut itenari nikah kul 9. Tak leh lambat sebab pak imam ada lagi nak nikah kan orang kul 11. Tapi paham-paham je la bile dah reramai ni kan..menunggu bersiap kemain lama hahaha. Sudahnya kul 9.30 baru gerak ke umah pengantin pompuan haha...janji melayu! 😝



Tak sempat nak snap-snap gambau sangat. Harapkan adik sepupu saya, fatihah dan filzah je la. Memang dah lantik mereka officially jadik photographer. Syaqir pon duk berkepit jek. Bile nye mak dia nak posing hahaha. Di mana-mana gamba pasti dia ada disebelah. pepandai ler crop adik photographer 😃



Alhamdulillah..dengan sekali lafaz, ayie dah jadik suami orang. Ohhhh kakak tidak percaya!! Masih terasa dia baby boy lagi huhu. Next year kite celebrate sesama anniversary yek. Sama lak tarikh nikah kami 💜💜



Tahniah ayie...Semoga menjadi suami yang bertanggungjawap dan membahagiakan isterimu.  Sedih pulak kakak lepas pak imam kata sah tu. Sesama nangih masa pelok-pelok tu huhu. Drama queen kata kann haha. .


Dalam jam sebelas kot settle semua. Makan-makan, klik-klik gambau. Settle semua, balik homestay semula. Tunggu lepas zohor lak ada majlis sanding. Nanti sambung hihi. Akak nak buat keja sikit. tak leh lelama bertenggek kat blog haha. Ok.... tunggu la sambungan nya yek.  


Terima kasih buat semua pakcik makcik, adik kakak yang sesama memeriahkan majlis nikah Ayie ni

August 25, 2017

Sebiji Kek Kongsi Tiga

Salam Jumaat dan salam ceria semua
Wahhh apa ler yang gembire nau kakak ni yek. Last day sekolah arini kan? Lepas ni coti seminggu. Senang sikit kakak, bole balik awal hihi..tu ler dia.

Cite kek plak kali ni. Kek kalau dikongsi-kongsi memang ler sedap. Bukan kata kek, apa-apa je kalau dikongsi memang lain rasenya. Omputeh kata sharing is caring tapi ikut kamus kakak..sharing tu jimat 😜

Bulan Jun ngan July memang ramai nau yang nyambut besday. Aisyah 11hb Jun, abang hadif 23hb Jun. Makin membesau semua. Aishah dah 12 taun, amik UPSR ngan PSRA. Tak tahu ler cane. Takde ler excellent nau kire sedang-sedang jek. kekadang naik kekadang turun. Tak konsisten pon. Takpe ler, cube ler yang terbaik. Abang Hadif pon dah 16 taun. Masih belum sepenuhnya keluar dari dunia dia. Time datang tantrum, jenuh jugak melayan. Biase ler anak autism, susah nak jangka mood. Nampak macam mama die rilek jek tapi taon ni je dah berapa kali kena panggil ngan penyelas PPKI. Haduii pening. Makin besau lain pulak pesen dia. Sabau kena banyak....ehh terpanjang lak luahan ati hihi.


Kek tadi tu sekalian ngan anak buah, batrishah 11 tahun, amik peksa gak UPKK. All the best kakak. Sambut besday derang ni time raya aritu. Tetibe jek plan. On the way balik dari segamat, singgah SR Tangkak. Nampak gambau kek pon senget, lari dari paksi hihi. Jauh nau perjalanan nya kot. Mujur tak cair. Malas nak singgah-singgah lagi nanti. Ok je bebudak tu, happy jek 😆


Sebulan lepas tu, celebrate pulak besday busu, atok ngan makngah nya. Dekat-dekat gak tarikh semua, 11hb, 12hb & 15hb July. Senang cenggini..dapat jimat lagi kakak hahaha. Kali ni plan belanja atok makan ikan bakau. Busu a.k.a adik lelaki kakak pulak paling payah nak jumpe, boleh plak ari yang kitorang nak celebrate tu dia balik. Langkah kanan ler dia tu. Mujur dia inpom awal. Kalau tak, takde ler nama dia kat kek hahaha


Lokasi pilihan, takmau dah jejauh ke melaka sana. Pi area kuala Sg Baru je sudah. Jauh sangat nak ke umbai ke duyung ke..sama jek, ikan jugak menu nya kannn haha.


Kek pon beli jauh gak. Kat bangi 😜. Kes malas nak singgah mana-mana dah. Sampai umah mak, simpan dulu dalam peti. Tak de cair hihi..


Alhamdulillah...kekenyangan semua. Suke makan kat kat area melaka, murah! Cuba kat KL. Mahu rabak poket. Ni makan-makan ramai camni baru berapa jek...kire mampu dan berbaloi la. Pasni rilek jap dari makan-makan kek. Tunggu besday kakak la plak hihihi....mengade!

Ok...selamat berhujung minggu dan selamat menyambut hari raya Aidilahda buat semua... Kalau balik kampung tu hati-hati di jalanan. Babaiiii...🙋

August 24, 2017

People Come and Go

Salam
Semoga baik-baik saje semua ya...bizi layan Sea games sekarang ni kan? Apa-apa pon saya bangga dengan pencapaian negara..I salute all our Malaysian athlete..wahh gitewww 😁

Intro kena ler kait-kait kan ngan isu semasa, tak le nampak kakak ni tak peka nau kann kihkih. Sebelum cite pape, izinkan kakak share satu quote ni. Kakak memang suke simpan dan share quote-quote yang menarik. Hobi! Pasalnya kakak sendiri tak pandai buat quote hihi...

Don't regret knowing people who came into your life
Good people give you happiness
Bad ones give you experience
The worst ones give you lesson and
The best people give you memories...

Yupp...that's the truth. Saya cume nak relate kan quote ni dengan apa yang berlaku pada saya sepanjang tempoh 2-3 tahun ni. Yeah..people come and people go. Ada yang kata the right ones will always stay. Adakah saya tergolong dalam 'the right ones' itu hurmmm...long story haha..


Apa pon saya tetap welcoming sesapa je yang datang and never stop them if they want to go. Memasing ada plan dan laluan hidup tersendiri. For better future, of coz saya sokong! Not saying kat sini tak ok cume limited. Setakat ini saya masih setia lagi. Ke sebenarnya saya sendiri keliru dan tak tahu adakah ini direction saya yang betul?? Mustahil kann? Let it be and life goes on.

Ni bukan farewell tapi jamuan raya

All the best semua..sori for everything...maaf kakak tak share semua gambar farewell. Kakak pilih yang paling latest jek. Tak sempat nak korek dalam folder, tak ingat pon ye hihi.

Bai Bai....Nahlah (ale), Asilah, Hj Jaman, Aja, Natasya, Pakman, Amir, Shukor, Prakash....dan semua la. Kakak tak mampu tak tulis semua. Semoga uolls sukses di luar sana. Kenang daku dalam doa kalian..ehhh 💙💙💙

Video kenangan....abaikan suare-suare sumbang kami 😆



Nota kaki : Maaf penggunaan bahasa rojak. Kepala tengah pening kena study pasal property development activities account...otak kakak dah beku, kenot digest anymore 😫

August 18, 2017

Adik Iparku Kahwin | Part 2

Salam
Lama nau nak menyambung cerita yek hahaha...biase ler kakak ini kan. janji pelsu. Event berlangsung pada coti sekolah bulan 3 nan lalu. Mujur coti sekolah dapat gak balik awal. Kalau tak sape je nak di harapkan. Mak ngan abah mertua tak sihat. Uzur..biase ler sakit orang-orang tua.

Majlis serba ringkas je. Adik pon asalnya nak buat kenduri doa selamat jek tapi hajat mak nak buat besau sikit. Maklum ler anak bongsu kan. Lepas ni takde dah kenduri kawen. Mengadap cucu-cucu lak. Cucu pon dah gamai hihi..


Tema biru merah...maklum ler orang johor. Layannn kan aje separa redho, orang sponsor hahaha. 


Masak-masak takde pon, katering aje. Malas nak mikir benaunya. Pemalas ek anakk menantu sume 😜 Rewang pon tolong bungkus-bungkus goodies bag aje. Majlis nyambut nantu jek takde le besau mana. Jemputan sedara mara terdekat ngan jiran sekampung je.

Haa nengokkk...Pengantin pon merah ko hihi... 



Alhamdulillah selesai...takde rewang-rewang sangat pon penat gak. Nak ngemas balik semua kann. Kena bereskan semua pasal esok nya memasing dah balik KL. Yang keja johor malam tu gak balik. Ok abih dah kawen semua. Lepas ni belah johor pon takde dah kenduri. Tak yah pening-pening pale lagi hihi...

Sekian dahulu. Bai bai...

August 8, 2017

It's a Wrap

Salam...
Alhamdulillah.... Mega event yang dinanti-nantikan taon ni semuanya dah selesai. Wedding my one and only Brother. Macam gamai nau adik beradikss. Sister pon ada one and only gakk hihihi...

So saya boleh la fokus kembali kepada kerjaan. Bukan la tak keja selama tu, cume banyak tertunggak sikit. La ni back to normal la. No more event. Kot ada pon hanya sekadar memenuhi jemputan hihi. Later la update pasal sume-sume tu ek. Yang adik ipau tu ari pon tak selesai lagi entrinya hahaha..


Hokay tu je nak hapdet kikiki...baiii 🙋