Salam Jumaat dan salam ceria semua
Wahhh apa ler yang gembire nau kakak ni yek. Last day sekolah arini kan? Lepas ni coti seminggu. Senang sikit kakak, bole balik awal hihi..tu ler dia.

Cite kek plak kali ni. Kek kalau dikongsi-kongsi memang ler sedap. Bukan kata kek, apa-apa je kalau dikongsi memang lain rasenya. Omputeh kata sharing is caring tapi ikut kamus kakak..sharing tu jimat 😜

Bulan Jun ngan July memang ramai nau yang nyambut besday. Aisyah 11hb Jun, abang hadif 23hb Jun. Makin membesau semua. Aishah dah 12 taun, amik UPSR ngan PSRA. Tak tahu ler cane. Takde ler excellent nau kire sedang-sedang jek. kekadang naik kekadang turun. Tak konsisten pon. Takpe ler, cube ler yang terbaik. Abang Hadif pon dah 16 taun. Masih belum sepenuhnya keluar dari dunia dia. Time datang tantrum, jenuh jugak melayan. Biase ler anak autism, susah nak jangka mood. Nampak macam mama die rilek jek tapi taon ni je dah berapa kali kena panggil ngan penyelas PPKI. Haduii pening. Makin besau lain pulak pesen dia. Sabau kena banyak....ehh terpanjang lak luahan ati hihi.


Kek tadi tu sekalian ngan anak buah, batrishah 11 tahun, amik peksa gak UPKK. All the best kakak. Sambut besday derang ni time raya aritu. Tetibe jek plan. On the way balik dari segamat, singgah SR Tangkak. Nampak gambau kek pon senget, lari dari paksi hihi. Jauh nau perjalanan nya kot. Mujur tak cair. Malas nak singgah-singgah lagi nanti. Ok je bebudak tu, happy jek 😆


Sebulan lepas tu, celebrate pulak besday busu, atok ngan makngah nya. Dekat-dekat gak tarikh semua, 11hb, 12hb & 15hb July. Senang cenggini..dapat jimat lagi kakak hahaha. Kali ni plan belanja atok makan ikan bakau. Busu a.k.a adik lelaki kakak pulak paling payah nak jumpe, boleh plak ari yang kitorang nak celebrate tu dia balik. Langkah kanan ler dia tu. Mujur dia inpom awal. Kalau tak, takde ler nama dia kat kek hahaha


Lokasi pilihan, takmau dah jejauh ke melaka sana. Pi area kuala Sg Baru je sudah. Jauh sangat nak ke umbai ke duyung ke..sama jek, ikan jugak menu nya kannn haha.


Kek pon beli jauh gak. Kat bangi 😜. Kes malas nak singgah mana-mana dah. Sampai umah mak, simpan dulu dalam peti. Tak de cair hihi..


Alhamdulillah...kekenyangan semua. Suke makan kat kat area melaka, murah! Cuba kat KL. Mahu rabak poket. Ni makan-makan ramai camni baru berapa jek...kire mampu dan berbaloi la. Pasni rilek jap dari makan-makan kek. Tunggu besday kakak la plak hihihi....mengade!

Ok...selamat berhujung minggu dan selamat menyambut hari raya Aidilahda buat semua... Kalau balik kampung tu hati-hati di jalanan. Babaiiii...🙋