About

Thursday, September 07, 2017

Raya Korban

Salam
Huaaa huah syok ek coti lelama...pastu lemau je nak keja kann. Ni ler masalah kalau coti lelama haha. Dah abih ghaye baru nak buat posting kann, stended le tu. Bukan apa, tu ari dah bersemangat nak post tetibe bos bagi keja lak. Patut diskas ari selasa gak kul 3. Buat beria last-last sampai time nak bagi dia tengok dia leh kata tak pe, biar dulu. Perghhhh menduga betul. Dah ler aritu tak makan dari pagi, lapau giler...Rase nak makan je kertas tu tauu hahahaha...Sudahnya semalam baru settle diskas. Lega sikit...sikit jek.

Ok back to cite raya kita. Raya aji kali ni kita raya kat melaka. Atok ada buat korban, so join sekaki. Rabu lagi dah cuti sebab nak balik segamat dulu. Kebetulan cuti sekolah kan. Dapat ler balik dedua kampung. Hujan pulak sepanjang jalan.


Sempat ler menikmati dulu pemandangan sebelum ke melaka hihi...kalau tak hujan, air sungai cantik tapi pagi ni air nya dah macam teh tarik. Tak berani lak nak bagi budak-budak mandi. Petang ari merdeka tu baru balik melaka.


Takde prepare apa sangat, tolong mak masak rendang jek untuk makan lepas balik semayang raya. Menu sarapan, nasik lemak, lemang, rendang kerang, rendang puyuh & sambal udang 😍 Tapi tak sempat makan pon, kelam kabut balik umah atok. Rushing pasal takde orang, penyembelih dah sampai huhu..Lagi pun sedang merana kena ulser mulut..makan apa pon tak lalu ermmm sedih!


Raya korban kalau tak buat korban tak terasa sangat raya kan sebab tu kalau boleh tetiap taon atok akan buat. Ajak ler makcik pakcik, cucu-cucu join. Suke tengok masing-masing sibuk melapah, yang memerhati pon ramai, mandur tak bertauliyah haha. Mujur ada pemotong tulang..huii laju jek keja hihi. Pinjam dari surau Taman punya. Taman kat umah mak buat korban ari sabtu so bole le pakai. Maklum ler bapak nya AJK surau ahahaha..motippp bagi tahu ni 😎



Alhamdulillah settle semua dalam tengah ari tu. Sempat ler memasing pi semayang jemahat lak. Yang pompuan apa lagi, memasak ler plak. Makan-makan sendiri je le. Sup tulang!! Berp kekonyangan haha. Buruk nau perangai 😜


Walaupun PM bagi cuti extra tapi kita balik Bangi ari sabtu petang gak. Konon nak kemas umah. Lama tak berkemas kata nye hihi. Kasut sekolah pon tak basuh lagi 😬 Budak-budak ni kalau tak disuruh tak dibuatnya..hangin makcik tau. So gitu je le raya kami. Biase-biase jek.

Hokay...Semoga yang baik-baik aje untuk kalian semua. Jumpa lagi ya...take care! Babai 🙋

4 comments:

  1. kalau raya qurban memang cuba juga buat qurban..kalau tak raya mcm kosong je lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...sesetengah tempat raya tak meriah kalau tak buat ibadah korban. Macam tak raya jek..

      Delete
  2. salam aidiladha kak..wah,laman luas macam ni seronok anak cucu nak berkumpul

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha..
      orang dulu-dulu memang sengaja buat padang luas cenggini sebab tahu nanti anak cucu cicit nak tumpang main..
      tp sekarang atok-atok moden duduk umah teresss hihihi

      Delete