March 28, 2019

Langkawi Trip 2.0 [Day 1 & 2]

Salam
Since sekarang ni tengah coti sekolah, akak pon santai sikit. Boleh ler update cite-cite tertunda kat blog ni. Keja-keja umah, macam basuh baju, sidai, lipat anak-anak dara tolong. Ringan sikit keja mama hihi. Time derang sekolah, saya la yang buat semua, bukan apa kesian lak kadang tengok derang penat kan. Mak penat takpe, anak kena study lagi. Kalau tak pass pekse kang kena bebel. Ratu bebel ni kalau dah setat enjin, semua berkurung dalam bilik. Tak sanggup ler tu nak dengau. Sabau je le mama dia ni, urut dada.



Bukan isu tu yang diceritakan pon. Bab membebel tu kalau dicite tak penah abih. Ni pasal percutian tahunan kami last year. Masih lagi dalam-dalam Melaysia. Biau ler semua berlomba pi obersea. Kita ni lom lagi mampu. Askar gamai nau hahaha. Insyaallah one fine day! Langkawi ni penah dah pegi dulu, masa tu Syaqir belum ada. Kali ni saje nak travel ngan keta, dulu tu naik kapalterbang. Nak merasa jalan jauh konon. Perjalanan boleh dikire seharian gak ler. Berapa kali tido bangun dah hahaha. Cuaca pon sangat bekerjasama. Kami bertolak dari Alor Gajah lepas subuh. Balik kampung dulu la ambik Hadif, singgah gak la umah mak uda bagitahu tak dapat datang kenduri kawen anak dia. Kebetulan cuti ni je yang panjang. Nak jimat coti katakan kena la caik yang ada sekali ngan public holiday.


Day 1 & 2 kite combine sekali je la pasalnya ari pertama tu kat jalan raya je. Kitorang cek ini dulu kat hotel bajet kuala perlis. Esoknya baru masuk Langkawi. Sampai perlis pon dah dekat kul 4, ingatkan kalau awal sikit boleh ler pi melawat UUM tapi sebab nak kejarkan masa. Langakau je le UUM tu. Makcik saya pesan belikan barang kat Padang Besar, itu yang lajak ke sana dulu. Ke sana pon dah tak ingat jalan. Berapa tahun pulak tak mai sini kan. Sampai-sampai situ, memusing caik parking. Ingatkan dah petang-petang orang kurang. Masih ramai lagi rupenya. Pegi pulak hari ahad memang saje la kan. Orang perlih pon tak jemu-jemu soping sini gak hihi. Takde nak ambik gambau suasana sini pasal orang ramai sangat, berlaga-laga. Risau gak  terlepas kan si kecik Syaqir tu.


Masa on the way tadi sempat ler bagitau Tasya (ex-ofismate) nak mai perlis. Dia sejak berenti dari kamuja, balik kampung. Hamboii seronok dia. Cume dia bising kenapa tak inform awal. Mahap ler Sya, paham-paham je la keja last minit akak awak ni hihi. Mujur nak jugak bagitahu tau. Tapi tak sempat gak nak jumpe malam tu. Dia ada hal. Hujan pulak tu. Sempat la dia promote kan beberapa tempat makan best. Kitorang pegi kat Api-Api Ikan Bakar. Kebetulan gugel memang sini femes. Sedap tu memang sedap tapi tekak saya ni mengade sikit, dah biase ngan ikan bakar stail pengkalan balak, so ok-ok la opsss hihi.


 

Pepagi dah sesiap semua. Berebut bilik ari lagi. Klua hotel dekat kul 9. Pegi sarap dulu memana, lepas tu terus pi jumpa tasya. Parking keta kat tempat dia, dekat mesjid terapung. Selamat! Ulat parking kan ramai situ. Dia keja ngan feri yang angkut kereta sekali tu. Rugi pulak tak bawak masuk keta sendiri. Memula kire macam mahal lagi. Lepas tanya-tanya ngan Tasya, lebih kurang je blanje nya. Insyaallah next time la...boleh mintak diskaun kat tasya hihi. Feri kita pukul 11 pagi. Tiket semua dah siap book online. Langkah keselamatan. Takut bersesak. Boleh tahan ramai gak.



Perjalanan semua ok. Sampai di bumi Langkawi jam 12 tengah ari gitu. Dan lawa Jetty langkawi. Dedulu pegi takde ler seelok ni. Dah macam epot feeling nya hihi. Kereta sewa pon dah book awal. Amik keta Avcanza je. Tunggu kereta sewa bagai, dekat pukul satu baru keluar dari jeti tu. Perut pulak takde le lapau nau. Pasal dah menyental roti canai nasik lemak kat jetty kuah. Nak cek in hotel pon belom time so kite ronda ler dulu. Ikut itinerary kite menghala ke Oriental Village. Kebetulan lalu lak kat kawasan hotel, kali ni tempah Hotel Langkawi Lagoon Resort dekat-dekat ngan pantai Cenang. So kita marking ler dulu. Senang nanti tak tercari-cari. 


Asalnya tak berhajat pon nak naik cable car tu. Nak jalan-jalan aje sebab dulu dah penah naik. Saya sendiri pon dah dua kali merasa naik ke Gunung Mat Cincang tu. Tapi budak-budak ni ler meroyan nak menerai lagi. Aduhh mama ko ni dah ler gayat. Kecut-kecut perut nak naik tau. Memang tinggi bebenau! Sayup je tengok bawah. Papa derang pon malas nk naik. Nak tunggu kat bawah je katanya. Mana mahunya budak ni tinggalkan papa derang haha. Kena paksa gak. Syaqir boleh rilek je. Hadif memula memang nampak berani. Tapi dah naik, tunduk je tak berani tengok keliling hahaha.




Masa ni kitorang amik tiket yang pakej 3 in 1. Skycab, Skydome & SkyRex. Biasa kalau Skycab saje dah RM35. Ni tak silap RM50 untuk ketiga-tiga tu. Sebab nak kan SkyRex tu kena la beli pakej ni. Skyrex ni macam 3D tour la, kita naik tram, lalu sebelah dinosaur. Kegilaan Syaqir le ni😃 Boleh tengok kat Panorama Langkawi untuk maklumat tiket-tiket ni. Langkawi ni boleh tahan besau gak la belanja, tu pasal kena survey-survey dulu. Semua nya berbayau 😣


Skydome tu pon 3D gak, macam naik roller coaster. Rasenya derang buat pakej sebab skydome ni tak ramai orang suke. Takde apa sangat. Tengok rata-rata yang masuk, klua tu macam hampa..laaa ini je? Camtu la rungutan yang didengari. termasuk ler saya haha. Skyrex tu best, cume cermin mata 3D tu besau sangat kat syaqir so saya tak dapat nak teruja sangat sebab asyik pegang kan cermin mata dia haha. Tak pe pon, yang penting dia happy. tak berenti cerita pasal dinosaur lepas tu. Ala-ala kita berada kat scene Jurassic Park tu. 



 

 

Masuk jugak la 3D Art Muzium. Tak puas-puas tengok mende-mende 3D ni. Kalau ikutkan sama je semua muzium 3D ni. Gambau je membezakan. Tapi dah ada kat sana, masuk ler. Tiket ni lain. Tak ingat lak berapa. Bateri fon pon dah nak abih masa ni. Dapat la posing-posing kat beberapa gambar. Ada 3 peringkat tempat ni. Paling best gambar 3D yang last sekali. Cume kena pandai ambil gambar la. Kalau tak macam tak menjadi. Lagi satu susah nak ambil gamba family pasal takde assistant kat situ. Kat PD jugak best sebab derang akan guide kite cemana nak nampak tu real. Tapi lukisan memang 1st class.


Abih ronda sini, baru la balik ke Hotel. masa tu pon dah dekat pukul 5. Sesampai hotel tu agak surprise gak, pasal sedikit sendu la. Murah memang la murah. Bilik pon luas. Cume tertipu dengan gambar kat website. Katanya da laut, ya memang ada tapi tak leh mandi pasal laut berselut hahaha. Pulak tu air nya dah surut banyak. Kesian la sesapa yang duk water chalet. Takde air laut kat bawah umah ekekekke.



Aktiviti setakat tu je arini ni. Dah penat memasing. Sempat la derang test mandi pool petang tu, pool tutup pukul 7 petang. Lepas Maghrib klua makan dan beli sikit jajan-jajan buat kudapan. Beli gak roti, maggi untuk alas perut esok pagi pasalnya tak amik breakfast. Anak dah besau-besau ni berkira sikit hihi... 

Ok...Demikian ler...later kite sambung lagi. Till then...c u! 🙋

March 26, 2019

Sebiru Hari Ini

Salam
Kebelakangan ini hidup akak kelam kabut sikit. Makan tak brape nak lalu, tido pon tak cukup. Exhausted! Walaupun gitu alhamdulillah akak masih kuat lagi ni ha...sihat walapiat. Takde la pulak kurus pon ekekeke. Tapi ni minggu sudah-sudah la, bukan minggu ni hihi.

Bersama barisan sukarelawan NGO Insan Bangi

Start bulan tiga ni, tetiap khamis saya kena ikut hadif buat latihan keja luar. Alhamdulillah takat ni ok la. Sebenarnya saya sendiri pon masih tak dapat nak fokuskan apa hala tuju Hadif lepas sekolah ni, Ni pon saya cuba-cuba aje. Kebetulan ada NGO, Insan Bangi yang berkolobrasi dengan Sekolah untuk memberi peluang keja pada anak-anak istimewa ni. Paham-paham je la anak-anak cenggini, Bukan tak percaya nak lepaskan bekerja cume biasa la kite as parent memang sentiasa ada perasaan insecure. Takut anak-anak ni kena buli. So ni la peluang yang cuba diberikan. Bekerja dikalangan kawan-kawan mereka. Selama tiga kali saya pegi ni nampak la derang semua happy. Kite cuba je dulu, along the way saya fikirkan jugak peluang lain.


Khamis minggu sudah-sudah hihi, lepas settle teman hadif, saya pi jumpe geng-geng lama. Sanggup amik coti. Lagipun dah dua tahun, since last reunion. Boleh ke dikategorikan reunion Pasalnya pat orang je pon geng je. Asben saya pon gelakkan bile saya kata nak pi reunion. Empat orang kire reunion ke kata beliau. Ok la tu kan, reunion roomates ahahahaha. Beberapa kali kensel gak ni, Yang last ni memang kitorang nekad la merealisasikan nya. Rindu nau dah rasenya! 


Hari yang dinanti kan tiba jua...terlupa memasing yang dah makcik-makcik ahahaha. Kali ni lokasi nya lebih dekat sebab mengambilkire masalah saya huhu. Tengkiu uolss memahami. Tak sempat nak salin baju lain hihi. Takut nanti lambat, rugi masa! Dari awal jumpe dalam 2.30 petang cenggitu sampai pukul 5.30 kami duk dalam kedai ni ahahaha. Bergelas-gelas minum ari, sape suh bg refill kann kikiki. Kenyang makan, minum ngan bercerita sekali. Pakej! Mujur kak sa ngan saya ada tugasan jemput anak sekolah, kalau takde mahu nya terlajak masa hihi...


Walaupun sempat borak 3 jam je tu pon dah memadai melepaskan kerinduan. Memacam cite kluau. Especially bab-bab terobek kih kih. Makcik suhaila la yang paling selalu kena kutuk ngan kitorang. Saya ngan meraka bertiga memang ngam dari 1st semester lagi. Masa tu tak sama bilik lagi. Kebetulannya masa 1st sem setiap bilik akan ada student Mass Comm. So 2nd year derang semua kena transfer ke Shah Alam. Masa tu la mereka bertiga ajak saya join masuk bilik derang. Di situ la bermula segalanya!  Now, memasing dah berjaya, tumpang happy untuk semua. Tahun ni kebetulannya friendversary kitorang yang ke 15 tahun. Tak sangka dah selama ni. Walaupun jarang bersua tapi sesekali ada gak ler antau kabau. Mujur ler nijam ni zaman tekno, mudah je nak berkomunikasi. 



Kekadang banyak benda yang kite tak leh kongsi dengan sebarang orang. Kawan saya memang ramai dan saya boleh je dicampak kan kemana-mana, jumpe la nanti kawan. Cume yang betul-betul tahu segalanya, memang ni la 3 orang. Sisi baik buruk semua pon tahu hihi. Walupun dah makcik-makcik, semua pon ting tong lagi..hadoiii. Bile le nak sedau diri ntah haha


Actually gambau kitorang ni balik-balik yang sama, ubah senyum je kikiki. Dah duk situ je tak bergerak kan. Bukan apa kalau switch-switch tempat rugi tak dapat sembang lama. Tu yg mereput je kat situ ahahaha. Semoga nanti kita jumpe lagi, we will be friend till jannah! Insyaallah, 

March 25, 2019

Sepetang di Ladang

Salam
Dah coti sekolah dah ek..kejap nau rasenya. Rilek-rilek kat umah aje la anak-anak. Lagipon coti seminggu aje. Singkat sangat rasenya nak jenjalan. Mungkin balik kampung aje nanti. Hadif dah balik dulu dah. Dia pantang coti laju je nak balik kampung, sabau je le..

Sebenarnya dah lama gak teringin nak masuk UK Farm ni. Tapi tak berkesempatan walaupun boleh dikategorikan dekat aje ngan kampung. So cuti ghaye cine tu ari pegi kenduri kat Kluang, lepas tu nak singgah balik alor gajah. Sampai agak awal pulak masa tu, nak balik terus, rumah mak takde orang. Mak pegi kenduri tunang sepupu. Tu yang terbagi cadangan jalan-jalan sini. Budak-budak ni memang onzz je. Lagi-lagi Hadif. Suke sangat la dia tu. Saya pon suke. Terbayang macam kat program Farmhouse Rules. Tapi yang benau nya idok ler serope itu kikiki...bayangan aje.


Dari sempang depan, jauh jugak nak sampai kan ke sign board ni. Dalam 6 km kalau tak silap. Scenery memenag cun abih, Kiri kana kehijauan, dengan langit yang kebiruan. Uiish jatuh centa akak. Macam kat obersea rasenya hihi. Cume satu je le, jalan tak brape cantek, kalau sayang keta jangan ler lelaju. Rilek-rilek je macam makan angin tepi laut..hihihi. Masuk dalam tu ada la kena bayau, boleh tahan gak la rege nya. Tak silap adult RM47, Children RM37. Camgitu la...mahap ler dengan keterlupaan akak. Korang gugel la yek, kot salah mahap la 😀



Kawasannya memang luas. Kebanyakan kawasan tu ditanamkan rumput untuk makanan kambing, apa ntah nama rumput tu hihi. Disediakan bas untuk tour, kalau jalan kaki mahu pecah lelemak akak ni, berpoloh hahaha. Dengan panas lagi time tu. Matahari tegak atas kepala. Nampak tak sopan-sopan semua, baru balik kenduri la kata kann hahaha. Masa ni tak ramai pon. Ada dua family jek. Kami dengan satu family lagi dari singapore. Tengok dari gambar-gambar yang ada kat sana, sini memang femes dikalangan pelancong dari Singapore dan China. Kami ambik package yang standard je la, tour dalam 2-3 jam.




Tempat pertama dituju adalah kandang kambing, tempat proses makanan kambing dan tempat pengumpulan susu kambing. Comel-comel kambing nya.  Kambing bela elok, putih bersih ler bulu nye. Syaqir tu ye ye jek..ajak pegang kambing pon tak nak hihi.Sis pon takde ler brani nau. Bukan ler takut tapi geli hihi..Kambing bela dah biasa tengok orang. Nampak je rumput ngan botol susu dah standby je tepi palang. Begebut...



Takde lak gambau kat tempat perah susu tu. kat situ gak ada jual produk-produk hasil dari susu kambing. Aiskerim pon ada. Ok je rasenya, cume saya tak brape lalu lak eskim tu. Lemak-lemak sangat rasenya. Susu kambing memang mahal sikit. Sini pon takde la murah sangat cume kita dapat pastikan kesegarannya. Lagi satu kebersihan pon terjamin.



Next, bagi makan ayam ngan itik pulak. Yang ni takde la yang luar biase. Kat umah nenek pon biase buat hihi. Tapi kite follow je la kann. Makanan binatang-binantang tu semua dan included sekali dalam rege tiket. So jangan la membazir, perabih kan semua hahaha. Ada jugak burung unta (ostrich), arnab ngan rusa. Saya ni tukang perati jek. Takde de nak pegang-pegang atau bagi makan. Paling idak ada bagi kambing minum susu jek tu pon pasal syaqir tak mo pegang ahahaha. Penggeli ya amat, kalau kena bulu-bulu binatang tu, terus naik bulu rome ahahaha. Aduhh..cemana nak duk ladang cengini ek 😝 





Ada jugak 'Jakun Village', penempatan orang asli. Bukan la yang asal. Ada la beberapa orang  penduduk kampung, Tak tahu ler orang asal ke pelakun hahaha. Sempat gak la budak-budak ni try menyumpit. Takde ler susah nau, sekali hembus je dah kena.



Dah penat-penat tu, kita singgah minum air kelapa lak kat bahagian fruit farm ngan hydroponic farm. Ok-ok je la situ. Tak berapa nak ada buahnya. Tengok anak-anak pokok je la. Masuk umah tanaman hydroponic tu teringat lak dulu amik Ko-ko Hydroponic kat Uni. Lawak je rase, cemana ler boleh pilih tu dalam banyak-banyak ko-kurikulum. Asalnya kembara tapi ada benda yang buat kite merajuk hati, tu yang tukau yang ntah apa-apa je. Asal dapat klua dari kembara tu. Kelakau lak bile dikenang-kenang kan ahahaha.


Destinasi terakhir, tengok kuda. Kalau nak naik kuda, kena beli tiket lain. Tapi kena beli awal-awal masa kat kaunter depan. Kalau dah sampai sini baru terasa nak naik keda kena la berpatah balik ke kaunter beli tiket. Tak jauh sangat la kalau nak jalan. Cume dengan cuaca panas tu tak rase lak nak jalan beli tiket naik kuda haha. Cukup ler dapat pegang-pegang ngan bagi makan. Yang ni dibagi percuma pulak makanannya. Mungkin sebab tak ramai orang kot. Dan anak-anak saya je yang exsaited terlebih hihi.



Dari kandang kuda tu jalan kaki sikit ke mini zoo. Nama pon mini kan, ada la sikit-sikit binatang nya. Biasa-biase jek, Ada ayam itik, ular, burung merak, monyet. Tu je la. Boleh pulak dak syaqir tanya kan rimau, gajah..gelak je adik tour guide tu hihi. 



Sebelum keluar tu jangan la lupa singgah ke ladang lavender nih. Sedikit sendu la pada saya. Mungkin sebab tak merimbun sangat. baru-baru nak berbunga. Tapi dari takde ok la camgini. Keseluruhan ok la. Berbaloi la bayau tiket memahal tu. Yang penting, budak-budak enjoy kann. Walaupun panas hihihi...



Nah..layan ler video yang tak sebrapa ni. Gambaran la sesikit kat sana tu kan. Jurukemere tak bertauliah, cenggini la hasilnya. Kemere pon tak secantik ipon, oppo, vivo hahaha..tetibe!

Orait..see u guys later-later. Bye bye and take care!