March 25, 2019

Sepetang di Ladang

Salam
Dah coti sekolah dah ek..kejap nau rasenya. Rilek-rilek kat umah aje la anak-anak. Lagipon coti seminggu aje. Singkat sangat rasenya nak jenjalan. Mungkin balik kampung aje nanti. Hadif dah balik dulu dah. Dia pantang coti laju je nak balik kampung, sabau je le..

Sebenarnya dah lama gak teringin nak masuk UK Farm ni. Tapi tak berkesempatan walaupun boleh dikategorikan dekat aje ngan kampung. So cuti ghaye cine tu ari pegi kenduri kat Kluang, lepas tu nak singgah balik alor gajah. Sampai agak awal pulak masa tu, nak balik terus, rumah mak takde orang. Mak pegi kenduri tunang sepupu. Tu yang terbagi cadangan jalan-jalan sini. Budak-budak ni memang onzz je. Lagi-lagi Hadif. Suke sangat la dia tu. Saya pon suke. Terbayang macam kat program Farmhouse Rules. Tapi yang benau nya idok ler serope itu kikiki...bayangan aje.


Dari sempang depan, jauh jugak nak sampai kan ke sign board ni. Dalam 6 km kalau tak silap. Scenery memenag cun abih, Kiri kana kehijauan, dengan langit yang kebiruan. Uiish jatuh centa akak. Macam kat obersea rasenya hihi. Cume satu je le, jalan tak brape cantek, kalau sayang keta jangan ler lelaju. Rilek-rilek je macam makan angin tepi laut..hihihi. Masuk dalam tu ada la kena bayau, boleh tahan gak la rege nya. Tak silap adult RM47, Children RM37. Camgitu la...mahap ler dengan keterlupaan akak. Korang gugel la yek, kot salah mahap la 😀



Kawasannya memang luas. Kebanyakan kawasan tu ditanamkan rumput untuk makanan kambing, apa ntah nama rumput tu hihi. Disediakan bas untuk tour, kalau jalan kaki mahu pecah lelemak akak ni, berpoloh hahaha. Dengan panas lagi time tu. Matahari tegak atas kepala. Nampak tak sopan-sopan semua, baru balik kenduri la kata kann hahaha. Masa ni tak ramai pon. Ada dua family jek. Kami dengan satu family lagi dari singapore. Tengok dari gambar-gambar yang ada kat sana, sini memang femes dikalangan pelancong dari Singapore dan China. Kami ambik package yang standard je la, tour dalam 2-3 jam.




Tempat pertama dituju adalah kandang kambing, tempat proses makanan kambing dan tempat pengumpulan susu kambing. Comel-comel kambing nya.  Kambing bela elok, putih bersih ler bulu nye. Syaqir tu ye ye jek..ajak pegang kambing pon tak nak hihi.Sis pon takde ler brani nau. Bukan ler takut tapi geli hihi..Kambing bela dah biasa tengok orang. Nampak je rumput ngan botol susu dah standby je tepi palang. Begebut...



Takde lak gambau kat tempat perah susu tu. kat situ gak ada jual produk-produk hasil dari susu kambing. Aiskerim pon ada. Ok je rasenya, cume saya tak brape lalu lak eskim tu. Lemak-lemak sangat rasenya. Susu kambing memang mahal sikit. Sini pon takde la murah sangat cume kita dapat pastikan kesegarannya. Lagi satu kebersihan pon terjamin.



Next, bagi makan ayam ngan itik pulak. Yang ni takde la yang luar biase. Kat umah nenek pon biase buat hihi. Tapi kite follow je la kann. Makanan binatang-binantang tu semua dan included sekali dalam rege tiket. So jangan la membazir, perabih kan semua hahaha. Ada jugak burung unta (ostrich), arnab ngan rusa. Saya ni tukang perati jek. Takde de nak pegang-pegang atau bagi makan. Paling idak ada bagi kambing minum susu jek tu pon pasal syaqir tak mo pegang ahahaha. Penggeli ya amat, kalau kena bulu-bulu binatang tu, terus naik bulu rome ahahaha. Aduhh..cemana nak duk ladang cengini ek 😝 





Ada jugak 'Jakun Village', penempatan orang asli. Bukan la yang asal. Ada la beberapa orang  penduduk kampung, Tak tahu ler orang asal ke pelakun hahaha. Sempat gak la budak-budak ni try menyumpit. Takde ler susah nau, sekali hembus je dah kena.



Dah penat-penat tu, kita singgah minum air kelapa lak kat bahagian fruit farm ngan hydroponic farm. Ok-ok je la situ. Tak berapa nak ada buahnya. Tengok anak-anak pokok je la. Masuk umah tanaman hydroponic tu teringat lak dulu amik Ko-ko Hydroponic kat Uni. Lawak je rase, cemana ler boleh pilih tu dalam banyak-banyak ko-kurikulum. Asalnya kembara tapi ada benda yang buat kite merajuk hati, tu yang tukau yang ntah apa-apa je. Asal dapat klua dari kembara tu. Kelakau lak bile dikenang-kenang kan ahahaha.


Destinasi terakhir, tengok kuda. Kalau nak naik kuda, kena beli tiket lain. Tapi kena beli awal-awal masa kat kaunter depan. Kalau dah sampai sini baru terasa nak naik keda kena la berpatah balik ke kaunter beli tiket. Tak jauh sangat la kalau nak jalan. Cume dengan cuaca panas tu tak rase lak nak jalan beli tiket naik kuda haha. Cukup ler dapat pegang-pegang ngan bagi makan. Yang ni dibagi percuma pulak makanannya. Mungkin sebab tak ramai orang kot. Dan anak-anak saya je yang exsaited terlebih hihi.



Dari kandang kuda tu jalan kaki sikit ke mini zoo. Nama pon mini kan, ada la sikit-sikit binatang nya. Biasa-biase jek, Ada ayam itik, ular, burung merak, monyet. Tu je la. Boleh pulak dak syaqir tanya kan rimau, gajah..gelak je adik tour guide tu hihi. 



Sebelum keluar tu jangan la lupa singgah ke ladang lavender nih. Sedikit sendu la pada saya. Mungkin sebab tak merimbun sangat. baru-baru nak berbunga. Tapi dari takde ok la camgini. Keseluruhan ok la. Berbaloi la bayau tiket memahal tu. Yang penting, budak-budak enjoy kann. Walaupun panas hihihi...



Nah..layan ler video yang tak sebrapa ni. Gambaran la sesikit kat sana tu kan. Jurukemere tak bertauliah, cenggini la hasilnya. Kemere pon tak secantik ipon, oppo, vivo hahaha..tetibe!

Orait..see u guys later-later. Bye bye and take care!

No comments:

Post a Comment