October 28, 2011

Puzzle

Permainan yang paling di gemari Hadif. Walaupon baru dibeli, cepat jek dia pasang balik. Tapi yang best hanya puzzle yang bergambau binatang aje yang menjadi pilihan.




Mama awalkan

Lambat lagi kan nak cuti sekolah? Tapi mama dah bagi Hadif cuti awal sebab:

1. Dah tak de aktiviti kat sekolah, kut ada pon hadif banyak tak terlibat asyiklah direhatkan ;p
2. Hadif pon tak de perasaan nak sekolah
3. Cikgu pon siap 'advice' cuti
4. Mama dah malas nak ulang alik hantar dan jemput
5. Mama malas lagi hahahaha

Jadiknya, Selamat bercuti buat hadif...

October 20, 2011

Tak berniat

Sambongan entri Ia dah jadi isu sensitip

Tak berapa lama dulu saya penah post status pasal nak menerai PB (premium beautiful).

Sumpah time tu saya memang tak berniat nak mengecilkan hati mana-mana pihak hanya menyatakan hasrat dan kegedikan saya sahaja. Ye la saya gamai gak kengkawan bersaiz besau, makanya saya mintak mahap la kot ada yang terasa. Saya memang tak berniat. Saya memang teruja nak mencuba sebab utama hanyalah nak mengimpihkan pewot saya yang dah selambak hahaha. Sejak melahirkan piya memang saya kurang menjaga tu yang jadik badan naik. Pantang pon sendiri-sendiri, jadik banyak la mengelat berbengkung. Makan pon tak beringat. Siyes, berat badan memang tak penah cecah 50kg time dedulu. Tapi sekarang dah naik banyak walupun masih di tahap ideal. Nak turunkan punyalah payah. Target hanyalah nak kempih kan pewot aje, berat badan tu kire boleh diterima lagi. Dari sinilah puncanya nak pakai korset tu. Ok, sekian harap maklum ^_^

October 19, 2011

Asam Rebus

Salam
Berkongsi resepi lagi, kali ini menunya asam rebus keladi. Memang kegemaran seisi keluarga. Berhirup mangkuk :p

Bahan-bahan:
Batang keladi dan isinya sedikit kalo suka (dipotong2 dan direbus hingga empuk)
Bawang merah-ditumbuk
Halia-ditumbuk
Cili Merah (saya lebih kenal dengan nama cili hidup)-ditumbuk
Ikan Bilis- ditumbuk
Air Asam Jawa
Asam keping (untuk lebih masam)
Garam secukup rasa

Caranya: Stail saya amatlah senang, saya camporkan semua bahan di atas dan rebus sekali. Tunggu mendidih. Siap ^_^

Ini adalah version tak pedas, berkorban demi piya ;D

Babai mesis, babai celecom

Say gud bye to them
Sekarang saya sedang bergumbire dan berchenta dengan......


7.2G = RM48

Berbaloi-baloi ^_^

Wordless Wednesday: Moga mustajab~

Dalam proses pengempisan dan penahanan napas; moga mustajab :p

October 18, 2011

Tomyam crunch

Wowiee tomyam cruch suda berada di pasaan kepci lorrr. Baru makan tat sat ngan hadif. Tapi for me, I'm still in love with the original resepi. Tak de tolok bandingan. Hahaha..

Sumber: Kepci

Manjakan muka

Salam~
Tak silap pengiraan dah dekat setahun tak memanjakan kulit muka nih. Lamanya..muka pon nampak tak terurus. Sekilas nampak cam ok..ok..tapi kalo perati bebetol, gile banyak jeragat, jerawat dan segala macam spot haha. Oleh kerana wiken ni cam stress maka plan la nak buat facial. Tapi sendirian berhad jek. Mana sempat nak ke salun, spa sume. Pakai produk pon murah-murahan je asalkan bersih dan menegangkan kedut sket hahaha.

Jenama ini memang favourite saya sejak jaman keremajaan lagi.
Mask plak tak penah kekal. Macam-macam jenis saya belasah, asal tak memudaratkan. Kali ni yang ni yang menarik minat.

October 15, 2011

Dah sah!

Akhirnya, ia telah menjadi milik sah saya. Alhamdulillah, syukur tak terhingga lagi. Tapi saya belum berkesempatan merasmikannya lagi. Saya memang tak mempunyai lesen B tapi takat redah dan merempit ok je kot. Cume dah bertahun kot tak terai dan ada ketakotan sedikit di situ hahaha.

Bergambar kenangan dengan gadis-gadis ariani. Diarong yang terover happy sebenarnya :D

Leader are born not made

Pergh..tajok omputeh tak henggat. Sadis sey..I really need a shoulder to cry on. Sapa sudi?? Sob sob...
Ni sume tak lain tak bukan kes kena dengau taklimat puan bos. Adoiyai! Dah 2 kali jumaat saya terpaksa pulang lewat dan paling lewat ok. Apa lagi yang perlu saya lakukan untuk pastikan mereka dan mereka segan serta mendengau arahan dari saya. Kes minggu lepas pasal stay-back. Kes minggu ni pasal time off. Hurmm..serba salah sebab saya pon pekerja dan lemah gemalai pulak. So apa-apa yang saya cakap tak mengerunkan mereka tapi bila ditegur dari majikan mereka akan rasa gentar sebab majikan berkuasa. Saya memang seorang yang amat bertolak ansur dan sebab itu jugak mereka sering meletakkan saya dalam situasi serba salah. I only can verify not approve.

Makanya disini jelas la saya telah 'gagal' dan satu jek yang buat saya tenang "LEADER ARE BORN NOT MADE" titik.

Mode: Weekend yang tertekan

October 11, 2011

Alhamdulillah..terima kasih

Alhamdulillah ^_^

Berbaloi saya melebur ratusan ringgit untuk tudung itu. Sungguh tak sangka masin mulut my hubby yang duk sebok kata nanti saya dapat motosikal tu. Dan memang saya adalah antara yang bertuah. Sangat teruja ok. Pertama kali dalam sejarah hidup saya menang cabutan bertuah. Sungguh terharu dan berterima kasih lah pada yang mencabut nama saya antara ratusan orang. Walaupun belum dapat secara rasmi disebabkan proses pendaftaran tapi saya dah tengok dah motor bertuah saya itu. Anak-anak tumpang gumbira jugak. Syukur alhamdulillah. Terima kasih penganjur.

Kegembiraan menenggek kat motor mama, walaupun tak rasmi lagi ;p

October 7, 2011

Suke suke suke

Video kesukaan piya dan menjadi tontonan dia setiap pagi, sementara menunggu mama bersolek. Tapi kat gambau tu piya tangah layan lagu raya, versi upin ipin ^_^





Bajet

07102011 hari pembentangan bajet 2012, haruslah kecoh nak tau kan tapi untuk saya esok kot baru tengok kat surat kabau. Nak tengok tb tok leh dengau kat radio cam tak syok. Kalau tak buleh gak join tepok-tepok meja ahaks. Macam le ada bahgian ko ;p

October 5, 2011

Simple celebration

Terima kasih pada 2 rakan pejabat, fatin dan ewey yang menghadiahkan kek dan sesama menyambot besday saya. Walaupun kita bertiga opss berempat campo huda sebab yang lain coti huk huk tapi ia sangat bermakna bagi akak. Akak sangat terharu ok. Thanks korang.


To Fatin, this entri was so sweet and touched me a lot...maklum la tak lama tak menyambot besday hahaha..terasa ketuaannya pun aduiii.


October 4, 2011

Menang Motor??

Macam mimpi ajer...malam tadi ada panggilan dari Ariani bagi tau saya menang cabotan bertuah, dapat motor. Boleh claim hadiah next monday 10/10/11..BIAR BETIK???? Oww saya tidak mempercayainye pun aduiii...berulang kali saya tanya adik yang cal tu..ye ke, ye ke?? Alhamdulillah rezeki..

(edited: masokkan gambau dari surat kabau)

Masakan Tradisi

Sambal tempoyak..korang tau ke? Tak tau ler nama lain baginya tapi dikalangan kami memang femes ngan nama tu. Kalau ada kenduri kendara memang tak lepas lah mesti ada lauk nih. Rasanya pedas, manis dan masam tempoyak. Bahannya simple jek:

* cili api (blend)
* pucuk ubi (dihiris halus)
* daun kunyit (dihirs halus)
* ikan bilis (tumbuk)
* serai (blend)
* petai
* cili merah (hiris)
* santan
* sedikit kunyit
* garam secukup rasa


Caranya simple aje, rendamkan pucuk ubi dengan air panad kasik lembut pastu satukan kesemua bahan kedalam periuk dan masak. Tunggu hingga didih dan terbit minyak. selesai sudah.

Saya selama ni memang tak penah masak sendiri mesti dengan bantuan mak, pertama kali cuba minggu lepas..alhamdulillah menjadik.. korang cuba lah. Dijamin sodappp :D

October 3, 2011

Jepun dan kite

Sharing sumting from my fren fb wall..

LATAH KAMBING..

Sebenarnya orang kita tidak jauh berbeza dengan orang Jepun. Kalau berbeza pun sedikit jer…

Sedikit jer?

01. Orang Jepun sikit-sikit bekerja dan sedikit berehat, orang kita sedikit bekerja dan sikit-sikit berehat.

02. Orang Jepun sedikit mengeluh, orang kita sikit-sikit mengeluh.

03. Orang Jepun sikit-sikit belajar, orang kita sikit belajar.

04. Orang Jepun sikit makan, orang kita sikit-sikit makan.

05. Orang Jepun sikit-sikit berfikir, orang kita sedikit berfikir.

06. Orang Jepun sedikit kecoh, orang kita sedikit-sedikit kecoh.

07. Orang Jepun sikit-sikit lagi memenangi piala dunia, orang kita sikit-sikit ingin nak piala dunia tapi lawan Kemboja pun kalah.

08. Orang Jepun sedikit berbual, orang kita sikit-sikit berbual.

09. Orang Jepun sikit-sikit menciptakan teknologi, orang kita sedikit yang menciptakan teknologi.

10. Orang Jepun sikit-sikit eksport barang ke sini, orang kita sedikit yang eksport barang ke Jepun.