Salam Jumaat
Alhamdulillah...masih berkesempatan nak tambah-tambah list posting hihi
Ni ape kes ek..Tak de cite sakit ke masuk spital ke hape alih-alih discaj. Haaa..Ni ler nak cite. Dan sebenarnya agak mengherankan jugak la situasinya. Jeng jeng...mistik kah?
Dah dekat setaon gak saya attach ngan ortopedik, Selang dua minggu buat fisio. Ni gara-gara syndrome carpal tunnel. Rasanya penah cite sesikit dulu kan. Entri mana ntah haha...
Lepas setaon ulang alik fisio, consultation doktor, alhamdulillah dah baik. Cume takler 100% tapi banding ngan memula dulu, kire yang tinggal ada la 10%. Doktor pon tak suggest operate. Dia mintak saya continue exercise sendiri, jangan stop. So last 2 week kita pon discaj ler dari orto ngan fisio. Arghh lega kann.
Tapi nak jadi cite, kurang best sikit ler ni..lepas discharge tu dalam seminggu la kot, kebas-kebas tu mai balik. Sepanjang on fisio, pagi-pagi bangun tido takde dah lagi tangan kebas. Lately ni ni mai balik. Grrr..apakah? Aktiviti harian saya masih sama as before. Ke selama ni permainan psikologi buat kite rasa ok. Wahh kemain kan. Takde jawapan...
Apa yang saya buat, layan kan dulu ler kesakitan ini selagi mampu handle kann. Mungkin sebab dah biase so kebas ke tak tangannya, keja tetap keja hihi. Cume akan lambat sikit la keja, asal kebas rest. Taip lelama tak leh, tulis lelama tak leh. Kalau dah kerap sangat, saya pakai ler balik wrist brace tu. Tangan robot haha.
Satu lagi persoalan, mostly yang mengalami syndrome ni adalah mereka yang dibidang accounting. Ye ke? Motip? Tapi dah jumpa 3 orang termasuk saya..hurmmm..
Tolong la pikirkan....itu je cite arini haha...k bai!
Showing posts with label Jaga Diri. Show all posts
Showing posts with label Jaga Diri. Show all posts
August 19, 2016
December 4, 2014
Selamaku Bernafas
Salam semua...
Ni nama dia pengaruh drama siri. Sampaikan tajuk lagu pon nak tiru. Lama-lama tengok Syafiq Kyle tu rase ensem lak dia ehhh kikikiki. Best la jugak cite tu walau tak follow sangat.
Ni nama dia pengaruh drama siri. Sampaikan tajuk lagu pon nak tiru. Lama-lama tengok Syafiq Kyle tu rase ensem lak dia ehhh kikikiki. Best la jugak cite tu walau tak follow sangat.
Minggu ni kita demam berjemaah ngan Syaqir. Kalau dah dua-dua tumbang sapa jaga sapa nih? Saya yang kena dulu, pakej selsema batok. Balik kampung wiken tu ari kena ujan, tu yang melarat ke demam. Senin tu pegi gak keja pasal nak setelkan gaji staff, selasa ada kursus GST, baru berkesempatan nak pi pon. Tu pon tak abih sampai tengah ari jek, taska cal bagitahu syaqir demam, asyik menangih je. Langsung tak fokus dah mama berkursus. Setel je sesi tengah ari tu, terus cabut. Bawak dia klinik, Syaqir ada lak ruam yang agak terok kat leher, tu ari pharmacist kata enzima. Doktor lak kata virus infection bukan enzima sebab dia kena setempat jek. Apa-apa je la asal kan bagi ubat kasik elok. Kesian dia duk menggaru, tak selesa. Malam-malam lagi la tak lena tido, tido sejam bangun, sejam bangun aduhaiii. Arini nampak ok dah demamnya, mama pon bole la pegi keja walau masih sengal-sengal kepala tak cukup tido, selsema batuk pon masih berbaki. Kita kalau sakit boleh gak gagah lagi buat tu ini...kalau budak kecik lahaii..nangis merengek je kann, Syafakallah anakku...
November 11, 2014
Asalkan Kita Yakin
Salam
Ececehhh nak selfie tu, selfie je la kannn siap nak bagitahu yakin la hape ek. Selama ni blasah je pon kannn...hihi. Saya saje le nak share ngan korang, bukan le jelita sangat akak ko ni tapi kalau akak yang tak jelite ni dah feeling jelita apatah lagi korang yang jelita kann...harus la tambah-tambah comelssss
Ececehhh nak selfie tu, selfie je la kannn siap nak bagitahu yakin la hape ek. Selama ni blasah je pon kannn...hihi. Saya saje le nak share ngan korang, bukan le jelita sangat akak ko ni tapi kalau akak yang tak jelite ni dah feeling jelita apatah lagi korang yang jelita kann...harus la tambah-tambah comelssss
Dah berminggu gak nengok orang review, last-last terasa nak cuba sangat. Sebelum ni mana ada tepek apa-apa pon kat muka, tumpang bedak apiya jek :P
Tapi termotivasi nak nampak presentable (wahhh!! ekekeke) sejak nengok che ta pi bilik bersalin pon mekap tauuu..kau mampu?? Akak ni memang comot-comot hamekk....kot ado yang yang pandang negetip bile che ta bagitahu dia mekap, lantak laaa tapi akak terus rase termotivasi tau! Maknanya dia sentiasa dalam keadaan bersiap walau ke mana jek. Kita nih? Pegi opis pon serabai..kat umah apatah lagi kann. Nasib asben tak pandai nak carik lainn eehhh konfiden nampak hihihi
So motip cite panjang adalah nak bagitahu kita baru terai BBcream SQB. Memang terbest! Tak terasa ada krim dimuka yang penting menten jek muka dari pagi sampai tengahari, walau dah 2-3 kali kena klua pi bank la, balik nengok anak kat umah. Cuci pon senang. Meh le reramai menjelitakan wajah, dijamin tak mengecewakan, insyaallah. Nak beli mana? Korang gugel la yek...akak beli kat kak iranoh, caik instagram dia. Adik beradik dia pon ada, ceeranoh, sepet atau viruspadu :))
#seqybeauty
#sajetaknakcloseupmukakangkataeksen
#syoksendirilagi
February 21, 2013
Tiga Perhentian
Buat rawatan lanjut pasal gigi saya tu.
Ikot refer letter kena gi spital Serdang.
Sampai sana, lepas bersoal jawap tetibe kata sana takde pakar gusi.
Kena pi Kajang. Ok lah, pi Kajang pulak.
Sana pon takde jugak gupenya. Klinik Kesihatan kat Jalan Semenyih tu yang ada nye.
Adoiyai! Mujur la pi ngan cikAbg kita, dia layan je.
Saje ajak dia sebab dah tau kalau gi spital memang confirm susah parking.
Kot saya sorang tadi, tak ke penat. Pusing-pusing carik parking, tetibe salah tempat. Nangih!
Tapi yang tak brape best, urusan saya tak setel arini. Kena pi xtray dulu, kat HKL.
Jauhnye! CikAbg tak mau pi dah.
Lagipon dah nak tengahari dah waktu tu. Kang jem. Nak jemput Hadif lagi kan.
Makanya kena la plan amik cuti lain. Balik tido je le hihi
April 4, 2012
Back to basic
Korang ada ke?
Haha sangat berlagak! Terasa klasik kan. Ok sekarang adalah masa berdiet karbo ataupon atkin diet.
Sila semak laman web ini : www.atkins.com
Tahu diet karbo tu cane? Senang je elak dari makan makanan yang berkarbohidrat le. Contoh paling utama nasi, roti, kentang. Tapi yang berdiet itu bukan saya semestinya. Mustahil la saya pulak. Oleh kerana passion dia (EncikSuami) kearah menguruskan badan meningkat ke level 100 degree maka terbeli lah kami dapor arang itu. Kengkonon le. Si dapor pon telah mula berkhidmat, adalah 4-5 kali kot. Tu pon hanya di hujung minggu aje. Ari-ari biasa tak boleh. Memalam berasap satu taman. Sila hormati jiran eyh :)
Setakat arini sume under control, tapi result dari pendietan ini masih belum menampakkan perubahan yang ketara. Kita tunggu aje lah dengan penuh kesabaran dan saya? Tentunya menyapot 200 peratus =)
Published with Blogger-droid v2.0.4
October 20, 2011
Tak berniat
Sambongan entri Ia dah jadi isu sensitip
Tak berapa lama dulu saya penah post status pasal nak menerai PB (premium beautiful).

Sumpah time tu saya memang tak berniat nak mengecilkan hati mana-mana pihak hanya menyatakan hasrat dan kegedikan saya sahaja. Ye la saya gamai gak kengkawan bersaiz besau, makanya saya mintak mahap la kot ada yang terasa. Saya memang tak berniat. Saya memang teruja nak mencuba sebab utama hanyalah nak mengimpihkan pewot saya yang dah selambak hahaha. Sejak melahirkan piya memang saya kurang menjaga tu yang jadik badan naik. Pantang pon sendiri-sendiri, jadik banyak la mengelat berbengkung. Makan pon tak beringat. Siyes, berat badan memang tak penah cecah 50kg time dedulu. Tapi sekarang dah naik banyak walupun masih di tahap ideal. Nak turunkan punyalah payah. Target hanyalah nak kempih kan pewot aje, berat badan tu kire boleh diterima lagi. Dari sinilah puncanya nak pakai korset tu. Ok, sekian harap maklum ^_^
October 19, 2011
October 18, 2011
Manjakan muka
Salam~
Tak silap pengiraan dah dekat setahun tak memanjakan kulit muka nih. Lamanya..muka pon nampak tak terurus. Sekilas nampak cam ok..ok..tapi kalo perati bebetol, gile banyak jeragat, jerawat dan segala macam spot haha. Oleh kerana wiken ni cam stress maka plan la nak buat facial. Tapi sendirian berhad jek. Mana sempat nak ke salun, spa sume. Pakai produk pon murah-murahan je asalkan bersih dan menegangkan kedut sket hahaha.
Jenama ini memang favourite saya sejak jaman keremajaan lagi.

Mask plak tak penah kekal. Macam-macam jenis saya belasah, asal tak memudaratkan. Kali ni yang ni yang menarik minat.
Subscribe to:
Posts (Atom)




