About

Saturday, January 31, 2015

A Celebration

Happy Birthday ALYA!!! Semalam besday dia. Tahun ni, doblas tahun...yehaaa dah leh buat IC. Harap tak jadik macam kes abang hadif dulu, lepas 2 bulan kot baru buat IC kih kih. Nyaris nak kena penalti dulu tu huhu...


Cepat sungguh masa berlalu. Dah big girl sangat dah anak dara mama nih. Time flies...tu ari Atok Mis dia jumpa pon terkejut. Dah macam iza dah alya, kata atok :) Tak tahu le atok maksudkan rupa yang sama ke tinggi yang sama ahahaha..nampak nau mama kemetot :P


Sempoi jek celebration kali nih. Tahun lepas lagi la tak de pape. This year mama plan nak buat surprise party tuk dia. Party family jek.  Dah pakat-pakat ngan Aisyah. Takut gak dia bocor rahsia, bukan leh harap dia tu. Mulut tempayan! Afiya lagi ler tak leh pakai kang tak jadik surprise langsung. Kebetulan malam semalam dia ada tuisyen. Dalam dua jam tu la mama klua pi beli kek, ballon ngan aksesori lain. Teros decorate umah. Tak seberapa pon, saje sesuka. Biasa Aisyah ngan Afiya ikut papa jemput kakak tapi kali mama tak bagi, mama bimbang Afiya kepohhhhh hahaha. 


Alhamdulillah menjadik le surprise kitaorang. Walaupun hanya makan kek jekk tapi yang penting kegembiraan satu family. Hadif plak kemain awal tido, kejut-kejut tak mau bangun. Semoga kakak sentiasa dalam rahmat Allah dan berjaya dunia akhirat, insyaallah. Kami semua sayang kakak....

2 comments:

  1. Centado1:30 PM

    hepi besdey alya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mama tolong jawap eyh
      tq uncle erman
      btw...dia pon setuju gamba remaja uncle tu, macam artis kpop...kikiki

      Delete