About

Tuesday, July 26, 2016

#teamrayamelakau

Salam semua...
Haa....Swag tak akak guna title hashtag yg disukai ramai ni.  Kang kata akak tak haptudate kann kih kih. Maklum ler anak-anak makin remaja, mak pon perasan nak remaja (mata kat ateh) hahaha. Ohh lupe ada lagi #teamhijau #rayasedondon ahahahaha..makin melampau akak kau ni

Rasanya tak terlewat nak wish rakan-rakan sekalian,  Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.  Kosong-kosong ek.

Wepi je la kami
Taon ni turn alor gajah tapi kurang meriah, adik beradik tak balik. Beria-ia plan sedondon semua, asalnya nak tiru adik lelaki kite, dia dapat baju hantaran tunang kaler ijau. so lenlain nak polo. Last-last dia tak balik tsk tsk..kena keje. Dia nijam keja obersea..Singapore je pon ahahaha..
Adik yang pompuan, kena beraya ngan mentua dulu, asben dia pon keja obersea gak, tak balik. Adik bradik asben dia pon tak balik  jadi dia bawak ler mak dia tu raya dulu. Kirenya kami je masih tak skip turn raya. Baik kann hihihi

Dah gaya YB cik asben kite tu
Rutin raya macam sebelum-sebelumnya gak, cuma taon ni umah nenek tak masak-masak sangat pasal nenek tak sihat. Siyan dia, mujur ada kazen-kazen yang tangah cuti rotate teman dia dan atok. Alhamdulillah dah beransur pulih dah nenek tu.

Tahu tak, baju raya kita tu recycle je, modify sikit, tampal dokoh nampak ler cam baju raya. Akceli baju tu beli lama dah, pakai 2 kali jek, tu pon pegi kenduri kawen, macam tak penah orang nampak sangat kita pakai hihi. Tengok asben beli baju dia terus teringat baju ni, so jimattt. Ala pa de hal kan, Dah tua-tua ni tak de beria nak beraya nau, layankan anak-anak je kan. Eh ke kita je camgini..sindrom akak akak sangat kikiki

Ok la..nanti sembang lagi. Sesekali pegang keyboard memacam rasa nak taip, tapi tak dan. Later-later plak sambung. Baii

2 comments: