Showing posts with label Raya. Show all posts
Showing posts with label Raya. Show all posts

December 26, 2018

Mini Reunion

Salam
Kehujanan pagi ni di daerah saya. Sejokk...kalau dapat sambong tido memang osem sangat hahaha. Tapi arini dah masuk keje huhu.Sedap nau bercoti 4 ari, sampai terbabas akak pagi nih. Tapi as usual akak wat lek wat pis jek. Maklum la kat opis ni pon dah sunyi sepi. Tinggal dua orang je. Ni la muke nye hihi. Akceli gambau ni antau kat geng-geng lama. Saje kasik derang flying kiss 😗 tu yang terjadi nye gaya gedik tu...Biasenya akak serius je ecehhhh ahahahaha


Kami dua ni dah rotate mai opis.  Lagi pun hujung-hujung tahun ni memang musim cuti. Pengasuh cuti, kenduri kawen, pi family vacation, nak pi sekolah anak beli buku la kan. Camgini ler jadiknya. Disebabkan kesunyian dan kesorangan arini, ditambah lak ngan kerinduan pada kengkawan lama kite up la cite ni. Lepas ni ntah bile ler dapat jumpe dan bergosip ngan korang huhu...Ohh lupa lak, sebenarnya ada lagi sorang staff, Nor. Dia coti sebulan pasal anak-anak takde sape nak tengok kan. Jenuh caik gambau ngan Nor, ada gak seketul hihi. Ni pon gambau lama, masa program bantuan sekolah. Selain bekerja di kamuja ni, saya pon ada tolong-tolong datin dalam hal-hal persatuan dia. Ecewah...dah geng-geng mak datin hakak ni ekekeke.

Ni gambau paling complete semasa semua masih bersama
Reunion yang ni cume untuk ex-staff kamuja yang letest je. Kalau combine yang lama-lama, ramai lagi. Ni yang bersama dari tahun 2015 onward je. Memang serius terasa bile derang sume dah tak keja sini. Kalau tak pepagi dah penuh depan saya ni, semua breakfast dlm bilik ni. Meriah! La ni makan sensorang, makan pon tak selera..ahahaha tipu semata. Makan tetap la makan kan, Bak kata omputeh, life goes on.

Dah lama sebenarnya nak buat reunion ni tapi asek plan jek, tak jugak jadi-jadi. Kebetulan kali ni kena ngan ari raya so kitorang decide sekalikan ler mejlis nye. Ala bukan ramai mana pon. Gegirl- gegirl ajek hihi. Sebelum tu memang saya dah ada buat makan-makan raya tapi ramai lak yang tak leh datang, Time tu geng boboi dah datang hihi. Buat ari jumaat. Asalnya nak mintak derang bawak potluck tapi pikir-pikir menyusahkan aje. Saya masak aje la. Simple-simple pon takpe la kan. Ada jugak la derang bawak, snek-snek. Alhamdulillah...Tengok muke pon tak semengah...lekit-lekit.


Projek masak-memasak saya ni opkos la dibantu oleh somi tercenta ekekeke..Menu of the day, sup tulang, lontong, rendang ayam, spagetti bologonese (hentam je eja) dan kuih muih. Meriah dah tu kan. Siangnya saya masih keja, mintak permission balik awal. Ada yang boleh masak awal, dah disiapkan malam sebelumnya, macam rebus ketupat dan rendang.



Keja kemas mengemas rumah pulak, kerahan tenaga anak-anak. Minggu tu kena pulak turn Aisyah balik, tak pasal-pasal kena paksa jugak ahahaha. Mahap ler...paham-paham je la kan. Umah saya ni kemas time ada tetamu nak datang aje. Ari-ari biase, serabut! Kalau tetibe emergency orang datang hadap aje la hahaha. Saya ni kan ada sesikit termasuk dalam kategori perfectionist so tak kire la sape pon datang kalau umah tak berkemas, rase tak tentu arah. Kalau boleh elak, rase nak elak dari bagi derang datang. Gitu sekali ek..sabau je le. Padahal yang datang pon bukan sape-sape pon. Biasenya mak dan sedara mara jek 😆


Alhamdulillah...akhirnya bertemu gak kite semua. Majlis pon berjalan lancar. Makanan pon settle. Terima kasih sebab sama-sama hadir memeriahkan reunion kita nih. Ada rezeki kita buat lagi. Tak cukup rasenya masa kite menyembang. Cerita setahun mana boleh abih dalan sejam dua kan. Riuh memasing nak bercerita 😂 Natasya je takde pasal dia nun jauh di utara. Kebetulan dia pon takde kelapangan untuk turun ke Bangi ni. Takpe la Tasya, kami makan kan untuk tasya. Semoga sehat hendaknya semua adik-adik ku. Apa jua yang berlaku dalam hidup kalian, harungi la dengan tabah. Insyaallah ada hikmah disebaliknya. All the best! I love and miss u all 😍😗

July 18, 2017

Cerita Hari Raya Kami

Salam Syawal dan Selamat Hari Raya semua...
Ketapi mane ler akak naik ni ek. Minggu last Syawal dah ni oiii hahaha...Mohon dimaafkan segala salah silap yek. Taon ni turn raya segamat, kena hashtag teamrayajohor la kann. Tak tahu la sejak bile wujudnya team-team ni. Team raya mana, team baju apa..layan je le.

Belanja video mercun dulu la ek...akak terhasut dengan drama HSC dikk tapi kualiti kemera ni tak sama ler cam dalam drama tu hihi.



Balaik raya awal..jumaat dah sampai. Mood baik pulak bos kasik coti panjang. Ari khamis lagi dah coti sampi ler ahad 3/7/17. Seminggu lebih. Tapi biase ler cuti paksa, kena tolak annual leave. Redho je. Syok jugek dapat rilek lelama kann. Raya sakannnn 😆


Sedondon lagi taon ni..tengok anak-anak dah besa-besa terasa tua nau hihi. Blog ni pon dah berapa abad kih kih. Maunya tak dari derang kecik samapi besau gini. Cepat betul masa berlalu. Ehhh tertukar cite plak...cite raya ler kan patutnya haha

Raya kami biase-biase je. Takde apa yang berubah dari taon-taon sebelum. Gamba pon tak banyak sangat. Dah kelam kabut nak menyambut orang datang beraya. Geng marhaban dapat ler merasa sup tulang kali  ni. Biasa tak de. Gigih asben saya caik tulang. Beli masa kat alor gajah hihi. Sejak pak mertua sakit ni, dia dah takde dah bela lembu. Kalau tak free je dapat, tokey katakan.

Makdara dan anak-anak dara...ehh sebelah tu menantu bilal ekekeke...sape tengok cite tu 🙋


Duduk segamat sampai raya kedua, lepas settlekan makan minum geng marhaban perempuan balik ler melaka pulak. Mujur jalan clear...tapi abang ipar yang gerak kendian merasa terperangkap dalam jem. Pada hal beza sejam dua je.

Kat alor gajah ramai makcik ngan sepupu maka sakan ler beraya umah derang. Derang pon bukan balik kampung jauh-jauh. Semua kawen ngan orang melaka gak. Tak berkombang hahaha..dah jodoh kann.

Sempat gak tumpang posing umah kazen hihi...cantik umah dia.


Raya keempat malam tu, plan ngan adik pakai balik baju raya. Amik gambau. Biasa kalau raya segamat takde gambau ngan family melaka. Tu yang buat keja nih. Adik bongsu balik kejap jer. Raya ketiga dah keja, jumpa la kejap ari senin tu, tu pon paksa dia tunggu. Simpan cuti untuk kawen.


Gini je le cite raya...hari rabu malam dah balik Bangi. Balik awal sebab nak kasik can sedara mara beraya umah kami pulak. Nanti-nanti dah keja susah. Tunggu wiken je memang tak sempat. Kalau sebuah umah pon duduk botrak 2-3 jam mana sempat nye nak round kann.

Hj Mohamad clan..taon depan mungkinkah akan bertambah jeng jeng jeng 😝
Baikla...stop dulu. Masih ada ke orang nak buat open house hihi...kalau ada leh tumpang makan 😋
Ok baiii

July 26, 2016

#teamrayamelakau

Salam semua...
Haa....Swag tak akak guna title hashtag yg disukai ramai ni.  Kang kata akak tak haptudate kann kih kih. Maklum ler anak-anak makin remaja, mak pon perasan nak remaja (mata kat ateh) hahaha. Ohh lupe ada lagi #teamhijau #rayasedondon ahahahaha..makin melampau akak kau ni

Rasanya tak terlewat nak wish rakan-rakan sekalian,  Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.  Kosong-kosong ek.

Wepi je la kami
Taon ni turn alor gajah tapi kurang meriah, adik beradik tak balik. Beria-ia plan sedondon semua, asalnya nak tiru adik lelaki kite, dia dapat baju hantaran tunang kaler ijau. so lenlain nak polo. Last-last dia tak balik tsk tsk..kena keje. Dia nijam keja obersea..Singapore je pon ahahaha..
Adik yang pompuan, kena beraya ngan mentua dulu, asben dia pon keja obersea gak, tak balik. Adik bradik asben dia pon tak balik  jadi dia bawak ler mak dia tu raya dulu. Kirenya kami je masih tak skip turn raya. Baik kann hihihi

Dah gaya YB cik asben kite tu
Rutin raya macam sebelum-sebelumnya gak, cuma taon ni umah nenek tak masak-masak sangat pasal nenek tak sihat. Siyan dia, mujur ada kazen-kazen yang tangah cuti rotate teman dia dan atok. Alhamdulillah dah beransur pulih dah nenek tu.

Tahu tak, baju raya kita tu recycle je, modify sikit, tampal dokoh nampak ler cam baju raya. Akceli baju tu beli lama dah, pakai 2 kali jek, tu pon pegi kenduri kawen, macam tak penah orang nampak sangat kita pakai hihi. Tengok asben beli baju dia terus teringat baju ni, so jimattt. Ala pa de hal kan, Dah tua-tua ni tak de beria nak beraya nau, layankan anak-anak je kan. Eh ke kita je camgini..sindrom akak akak sangat kikiki

Ok la..nanti sembang lagi. Sesekali pegang keyboard memacam rasa nak taip, tapi tak dan. Later-later plak sambung. Baii

August 20, 2014

AidilFitri 2014 | 1 syawal

Salam..masih mood raya lagi tak korang?? Dah nak ujung-ujung raya dah pon. Orang lain sume dah hapdet cite rayakan, saya ni baru hegeh-hegeh. Dalam 2 minggu ni kesihatan tak stabil la, demam on off. Maklum la dah semakin berusia, antibodi kurang dah sob sob sob.

Tahun ni turn raya kampong saya dulu, AlorGajah Melaka. Balik kampong ari sabtu walaupun dah setat cuti jemahat. Nurseri syaqir yang cuti awal, itu yang mama terbabit cuti awal. Gamba pre-raya tak de pasal tak balik tolong masak-masak umah atok macam yang sudah-sudah. Masak umah mak aje, itu pon takat rendang daging jek. Lomang beli ngan kawan sekolah lama, sempat menjejak kasih dua tiga ari sebelum raya. Petang hari raya tu baru la masak-masak, pasal malamnya jemput close-close family datang. Ala-ala open house la. Sempena raya dan anniversary mak abah dan saya jugak. Kebetulan macam cantek jek angka anniversary tu. Mak ngan abah 28hb Julai ke 41 tahun, saya lak 29 julai ke 14 tahun. Kena pulak tahun ni 2014. Sume main-main ngan angka 14 kann. Jom layan sikit gamba raya yang ada. Jumpa lagi..

Syaqir tunjuk baju raya dia 
Kami, dah bertujuh
Haji Mohamad & Co
Cap ibuu dan anak..ehh abg hadif tertinggal
Hadek beradekkk

July 24, 2014

Raya Raya


‎Salam, huii lama kita tinggalkan blog. Apa nak buat, terpaksa korbankan masa memblog sementara, demi nak bercuti panjang raya nih. Ini pon cuik-cuik masa, taip laju-laju. Esok dah setat coti, kang tak sempat lak nak wish raya-raya kat kengkawan blog kann ^_^

Semput kite 2-3 hari ni. Rasa macam tak cukup je keja 8 jam sari tu, sume nak buat. Tak menang tangan. Ekonten katanya..memang bizi le taim-taim ni kan. Nak balik lewat memang tak la. Kang nangih lak baby Syaqir. Cane persiapan raya korang? Saya takde apa sangat pon, layankan budak-budak jek. Ye la raya-raya ni budak-budak le yang happy kan, kita mak pak besa-besa jek. Kalau di ikut hati, macam sedih je nak beraya. Mana taknye, bumi gaza masih meletop sana sini, misteri kehilangan MH370 tak selesai lagi, kita diduga pula dengan nahas MH17. Allahuakbar..memang tak terkata. Semoga Allah ampunkan kita semua, lindungi kita dari segala musibah dan marilah sesama kita amik ikhtibar atas apa yang berlaku. Hasbunallahwani'mal wakeel.

Taon ni kami beraya bertujuh, so gambau tak leh le recycle tepek taon lepas punye. Tunggu raya kita update lain na, latest family pikcarrr hahaha. Akhirkata, Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf atas kekasaran bahasa..kosong kosong yek. Save journey and take care...

August 26, 2013

Lain Macam

Selamat morning! Eh...tak morning sangat la kann, nak tengah ari dah
Tibe senin je letih kann..korang pon sama tak?
Alasan malas le tew...
Padahal makan banyak sangat sampai lalok semacam
Mata ngantok tok sah cite le
Tahap seinci lagi mata nak terkatop ni ha..help help
Banyak ke pi open house raya wiken tu ari?
Saya pi sebuah umah je, tu pon umah kazen
Hari sabtu tu mak pak sedara, ipar duai penuh kan umah saya..raya katenye
Walaupun saya cam ngantok-ngantok tapi berjaya gak activate-kan positive engine
Tetibe teringat dah nak abih bulan 8, maknanya lagi pat bulan nak abih taon
Huh!! Takot tros kite..keje tak abih lagi le tew kann *pitam*
Itu yang semangat bekerja membara lain macam jek..tibe tibe
Cuik sikit semangat mendeka...tibe tibe lagiii hahaha
Psst..korang dah abih ke posa nam...ahkak ni masih hegeh-hegeh lagi
Tu ari coti lama tak nak buat kann *big grin*

August 21, 2013

Satu Hari Di Hari Raya

Marilah saya cerita kisah raya saya yang tak seberapa ini
Orang lain dah macam ketapi laju hapdet, kite duk hegeh-hegeh naik keta lembu hihi

La Familia, adik ipar takde 2 orang
Raya kali ni, saya hanya ada gambar raya pada raya pertama saje
Raya kedua sehingga la arini takde, tak macam taon sebelumnye..sakan!
Tetibe taon ni malas sangat nak pukul gambau sana sini..ntah lahh mood swing kot!
Baju raya pon recycle je apa yang ada asal matching ngan girl-girl saya
Tapi raya tetap raya la kann..
Kami raya segamat dulu, umah mertua saya
Sampai sana petang selasa lepas lawat abah saya kat spital melaka
Tengok abah ok baru hati tenang nak beraya kat segamat
Taon ni saya jadik chep kehormat bergandingan ngan biras saya
Haa kemain kann..padahal masak ntah hape-hape rasa
Yang penting ikhlasss dari hatiii
Ini lah dia masakan tak seberapa tu, gamba cilok adik ipar punya!

Ada kari itik pencen, sambal tumis udang petai, rendang kerang, rendang daging, sambal jawa (wajib) ngan lodeh (kita biase panggil lontong)
Tetibe rasa kembang idong dapat masak camgini kikiki

Ibubapa mertua, uzur dah mereka kan
Di hari rayanya, tiada aktiviti pon lepas salam-salam dan amik gamba ni
Tunggu orang datang bara'an (marhaban) je, kendian asben ajak pi umah pakcik kat bekok
Dua buah rumah je..lepas tu duduk sesaje
Raya sini tak meriah macam kat melaka, sana ramai
Sini hanya kami adik badik jek, pak mak sedara tak balik kampong
Nenek kami dah pindah duk ngan pakcik kat tepen, jadiknya sume balik sana
Takde sapa pon datang! Keje makan tido je...rasa nak cepat-cepat je abiskan hari ni tau
Esok kan nak balik melaka hihihi...perangai ngalahkan bebudak..padahal dah biasa rotate raya
Itu je cite raya saya, balik melaka jumaat petang
Duk melaka sampai raya kelima, adalah pi beraya umah pakcik makcik ngan kazen
Selebihnya duk umah layan tetamu
Meh le tengok gamba raya saya nih, saiz besau kecik, ada terang ada blur..campo-campo kemere

Abang kawasan bergabung, hadif ngan shabil
Lagi gambar klik bawah

September 19, 2011

Seharian berjalan

Salam~
Weekend lepas kami ke selatan semenanjung, Pasir Gudang Johor, rumah mak cik. Musim raya la katakan, ambil peluang jalan-jalan sekali. Plan dari minggu sebelumnya lagi. Ikutkan memang coti aritu tapi kompeni saya tak coti jadiknya lepas keja la baru terhegeh-hegeh gerak. Saing ngan mak sekali. Penat sungguh tapi seronok maklum la dah dekat 6 tahun tak jejak umah mak cik yang sorang nih. Kesian dia, selalu duk komplen orang tak datang umah dia Memang la kan dah yang lain-lain sume kat KL. Dia sorang terasing kat pasir gudang tu. Jadik tahun ni berbunga la sket ati dia. Terima kasih busu sebab sediakan tempat tido dan makanan yang memang sodap. Teraso nak lagi laaa..