September 23, 2016

Terharu

Salam Jumaat
Eh eh tetibe aura rajin mari lak hihi...
Sebelom memanjangkan cite..kite nak tunjuk rasa terharu pasal dapat wish besday dari bos...


Hadoiii...terkedu baca. Mementang ler dah tua, cengitu sekali dia warning hahaha. Alah..takde hal no heart feeling. Kite pon memang dah tak mau menambah koleksi. Pokes yang ada jek, nak jaga badan pulak. Semoga umo panjang, dapat pegi aji, tengok anak-anak membesar, tengok derang kawen, bercucu..ecewahhh..insyaalllah :)

Sebenarnya saya berharap, semorang esp budak opis ler lupa besday saya taon ni. Dah tak mau ada seprais-seprais lagi. Dah tua-tua ni malu amat. Cukup ler taon lepas terkena haha. Tapi apa kan daya...dah kena dengan ari bersejarah negara kan. Harus ler mereka tak lupa. Dan paling best orang lain cuti, kami keja tsk tsk...pasrah!


Dari pagi bawak ke tengahari dah lega tengok derang takde pape yang mencurigakan..tup-tup..



Tapi macam cool la sikit sebab gegirl aje. Tak tahu kenapa duk ngurut lutut hahaha..tindakan bawah sedar. Pape pon tengkiu pada semua. Triffle tu nampak comelll sangat dan paling penting sedap yummmss. 


Mekasihhhh uolsss muah muah..

September 22, 2016

Short Vacay (Last Year)

Salam
Haaa...setaon simpan ko..kikiki.
Dah lama dah tak pi bercuti. Last pegi pon yang penah update dulu tu lah. Yang boleh diiktirap bercuti lerrr hihi. Percutiaan kite selama ni pon, biase-biase aje. Nijam kan trend pegi obersea, kita je masih kat daratan lagi ekekeke. Vacation yang pegi taon lepas ni pon buat ada-ada aje kata orang. Err ke tak layak langsung disebut vacay (vacation) hahahaha.....gasak ler. Janji dapat tido otel sari kannn...


Tak silap pegi sini masa cuti besday sultan selangor, last minit plan. Memang payah ler nak dapat. Ni pon memang ada bilik untuk semalam. Rembat je...jauh sangat tempat ni tauuu...Kuala Selangor hahahaha..Sebelum check in kat De Palma Hotel tu, pegi la naik bukit Melawati tu dulu. Nak jalan kaki boleh naik tram pon boleh. Opkos pilih naik tram kann. lemah dah lutut mama derang ni nak panjat bukit. Faktor usia :) Dapat ler tengok sikit tinggalan sejarah. Budak-budak pon dah belajar jadi boleh ler kire lawatan sambil blaja hihi. Lotong je banyak kat atas tu, mesra plak. Dah selalu nampak orang, tak takut. Kita yang takut hahahaha


Turun tu, tram terus nuju ke tampat peliharaan ikan air tawar. Bukan banyak pon. Macam akuarium aje. Takde pulak gambau haha. Lepas check in hotel, budak-budak dah berbebooo masuk kolam. Feberet mereka ler tu. Sampai ke petang duk lam kolam. Pas Magrib baru klua balik pi tengok kelip-kelip. Hujan renyai pulak masa tu. Cemana nak tengok kalu hujan kan. Tapi alhamdulillah rezeki kami, hujan berenti. Nak tengok kelip-kelip kena naik sampan, afiya tak nak ikut jadi terpakse ler mama berkorban tak naik gak. Teman afiya. Tak berani jugak sebenarnya nak bawak Syaqir, Buatnya dia nangis ateh sampan, langsung tak kluau kelip-kelip nya kann. Gambar tak leh nak amik, takut flash atau bunyi mengganggu kelip-kelip, nanti majuk kata orang tu.


Lepas tu, makan leee kan. Susah jugak nak caik makan, padahal dah gugel tampat makan best dan memang banyak la jumpa tapi sebab dah malam plus hujan semula, so stop kat tempat yang biase-biase aje lah. Jadi ler...asal kenyang. Mata pon dah ngantok tu yang malas nak melilau. Tu je le aktiviti sehariannn hihi


Esok nya lepas mandi manda di kolam..balik teros. Ikutkan takde apa best pon sini. Boleh la nak rilek-rilek hujung minggu. Sebelum balik tu, pegi jugak menghala ke utara, nak tengok sawah padi yang shooting drama NurKasih..impian je laaa. En asben dah maleh hahaha. Patah balik, pulanggg ke rumah. Sekian aje short vacay kami ni. Ok baiii

September 16, 2016

Bertambah Lagi

Salam
Tidak terasa
Hari demi hari terus berganti
Minggu ke minggu terasa singkat
Bulan pun berganti bulan
Tahun berganti tahun
Ya Allah...
Singkat sekali rasanya
Tiada apa yang mampu terucap selain memanjatkan kesyukuran atas nikmat yang diberikan
Alhamdulillah....
Alhamdulillah...
Alhamdulillahh....


Tahun lepas tak sempat nak post on the date, tahun ni berusaha :P
Terima kasih atas ucapan dan doa yang diberikan oleh semua, saudara dan sahabat handai
Semoga bersama kita menuju kebahgiaan dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
Selamat Hari Malaysia ^_^

September 2, 2016

Selesai Satu Majlis

Salam
Posting ni dah mula taip dari senin membawak ke jemahat..tak abih-abih lagi. Hidung srot sret, batuk berkokong...selasa tu ari ada jerebu sikit tu yang makin worst resdung. Sampai bile nak baik ntah. Dah pemalas amik ubat gini ler kih kih...sabau je le

Kali ni nak bukak cite sikit pasal mejlis adik saya, Alhamdulillah dah selamat menjadi tunangan orang. Perghh lama tu tunggu. Baru sampai seru kata orang kann. Memacam ujian. Nak kata tua takde le, kire sesuai ler orang lelaki tunang dan pikir hal kawen-kawen ni di usia dia sekarang.


Plan asal kita orang nak pi merisik aje, masa cuti hari pekerja tu (1hb Mei) tapi tup-tup jadi majlis tunnag. Lari bajet mamat tu kih kih. Datuk kami ler punya hal, dia kata buat apa nak pegi 2-3 kali. Sekali jalan sudah. Mujur dia tak saran nikah terus, mahu tergamam adik ku. Ke suke ekekeke. Tapi ada betulnya gak. Jimat belanja kan. Nanti-nanti nak panggil semua berkumpul camni bukan senang. Kebetulan coti tu la ramai join. Jem tak ingat time tu...


Bakal adik ipau saya ni orang selatan gak, gip me pai la brother. Orang Labis, Johor. Dekat sangat ngan umah mak mertua ku. Jadi ketua rombongan ler cik asben saya maklum ler kampung dia hihi. Tapi takde ler dekat nau, tambah lagi setengah jam perjalanan sampai la umah mak mertua. Bincang-bincang ikat setaon hidup. Sempat ke ayie nak kompul duit tu, bertabah ler...

Dah penat-penat semua, balik tu sempat ler mintak dak ayie payung makan nasik arab hihi. Lagipun susah nau kami nak kompol adik beradik. Usap perot pas balik kenduri dia. Jauh perjalanan, balik tu hujan lebat plak, kenyang pon leh jadi lapau balik kan.


Ok sekian untuk kali ni, nanti crita lain. Selamat berhujung minggu semua...