Salam
Haaa...setaon simpan ko..kikiki.
Dah lama dah tak pi bercuti. Last pegi pon yang penah update dulu tu lah. Yang boleh diiktirap bercuti lerrr hihi. Percutiaan kite selama ni pon, biase-biase aje. Nijam kan trend pegi obersea, kita je masih kat daratan lagi ekekeke. Vacation yang pegi taon lepas ni pon buat ada-ada aje kata orang. Err ke tak layak langsung disebut vacay (vacation) hahahaha.....gasak ler. Janji dapat tido otel sari kannn...


Tak silap pegi sini masa cuti besday sultan selangor, last minit plan. Memang payah ler nak dapat. Ni pon memang ada bilik untuk semalam. Rembat je...jauh sangat tempat ni tauuu...Kuala Selangor hahahaha..Sebelum check in kat De Palma Hotel tu, pegi la naik bukit Melawati tu dulu. Nak jalan kaki boleh naik tram pon boleh. Opkos pilih naik tram kann. lemah dah lutut mama derang ni nak panjat bukit. Faktor usia :) Dapat ler tengok sikit tinggalan sejarah. Budak-budak pon dah belajar jadi boleh ler kire lawatan sambil blaja hihi. Lotong je banyak kat atas tu, mesra plak. Dah selalu nampak orang, tak takut. Kita yang takut hahahaha


Turun tu, tram terus nuju ke tampat peliharaan ikan air tawar. Bukan banyak pon. Macam akuarium aje. Takde pulak gambau haha. Lepas check in hotel, budak-budak dah berbebooo masuk kolam. Feberet mereka ler tu. Sampai ke petang duk lam kolam. Pas Magrib baru klua balik pi tengok kelip-kelip. Hujan renyai pulak masa tu. Cemana nak tengok kalu hujan kan. Tapi alhamdulillah rezeki kami, hujan berenti. Nak tengok kelip-kelip kena naik sampan, afiya tak nak ikut jadi terpakse ler mama berkorban tak naik gak. Teman afiya. Tak berani jugak sebenarnya nak bawak Syaqir, Buatnya dia nangis ateh sampan, langsung tak kluau kelip-kelip nya kann. Gambar tak leh nak amik, takut flash atau bunyi mengganggu kelip-kelip, nanti majuk kata orang tu.


Lepas tu, makan leee kan. Susah jugak nak caik makan, padahal dah gugel tampat makan best dan memang banyak la jumpa tapi sebab dah malam plus hujan semula, so stop kat tempat yang biase-biase aje lah. Jadi ler...asal kenyang. Mata pon dah ngantok tu yang malas nak melilau. Tu je le aktiviti sehariannn hihi


Esok nya lepas mandi manda di kolam..balik teros. Ikutkan takde apa best pon sini. Boleh la nak rilek-rilek hujung minggu. Sebelum balik tu, pegi jugak menghala ke utara, nak tengok sawah padi yang shooting drama NurKasih..impian je laaa. En asben dah maleh hahaha. Patah balik, pulanggg ke rumah. Sekian aje short vacay kami ni. Ok baiii