Salam
Posting ni dah mula taip dari senin membawak ke jemahat..tak abih-abih lagi. Hidung srot sret, batuk berkokong...selasa tu ari ada jerebu sikit tu yang makin worst resdung. Sampai bile nak baik ntah. Dah pemalas amik ubat gini ler kih kih...sabau je le

Kali ni nak bukak cite sikit pasal mejlis adik saya, Alhamdulillah dah selamat menjadi tunangan orang. Perghh lama tu tunggu. Baru sampai seru kata orang kann. Memacam ujian. Nak kata tua takde le, kire sesuai ler orang lelaki tunang dan pikir hal kawen-kawen ni di usia dia sekarang.


Plan asal kita orang nak pi merisik aje, masa cuti hari pekerja tu (1hb Mei) tapi tup-tup jadi majlis tunnag. Lari bajet mamat tu kih kih. Datuk kami ler punya hal, dia kata buat apa nak pegi 2-3 kali. Sekali jalan sudah. Mujur dia tak saran nikah terus, mahu tergamam adik ku. Ke suke ekekeke. Tapi ada betulnya gak. Jimat belanja kan. Nanti-nanti nak panggil semua berkumpul camni bukan senang. Kebetulan coti tu la ramai join. Jem tak ingat time tu...


Bakal adik ipau saya ni orang selatan gak, gip me pai la brother. Orang Labis, Johor. Dekat sangat ngan umah mak mertua ku. Jadi ketua rombongan ler cik asben saya maklum ler kampung dia hihi. Tapi takde ler dekat nau, tambah lagi setengah jam perjalanan sampai la umah mak mertua. Bincang-bincang ikat setaon hidup. Sempat ke ayie nak kompul duit tu, bertabah ler...

Dah penat-penat semua, balik tu sempat ler mintak dak ayie payung makan nasik arab hihi. Lagipun susah nau kami nak kompol adik beradik. Usap perot pas balik kenduri dia. Jauh perjalanan, balik tu hujan lebat plak, kenyang pon leh jadi lapau balik kan.


Ok sekian untuk kali ni, nanti crita lain. Selamat berhujung minggu semua...