About

Friday, June 09, 2017

Adik Iparku Kahwin | Part 1

Salam
Kengkonon cam title drama Tb ekekeke. Cuti raye cine tu ari, kami ke ganu. Nganta adik ipau nikah. Rasenya last ke ganu taon 2013 kott. Cume kali ni tak sampai ke KT pon, takat Kerteh je, Felda Ketengah Jaya. Dulu masa study kat UUM penah join program anak angkat kat sini. Tapi tak ingat dah belah mana. Asalnya ada gak rancang nak menjejak kasih tapi tak jadi pasal last minit baru nak selongkau caik alamat family angkat tu. Memang tak jumpa la. Lagipun dah memang lost contact dah ngan mereka. Aduiii frust betol 😭


Gerak dari KL pagi sabtu, sekalian dengan abang dan adik-adik ipar yang sesama dul KL. Mak Abah ngan adik yang nak kawen tu dari johor. Janji jumpe tengahari kat hentian rehat gambang. Tapi sebab awal sangat kitaorang melencong masuk Temerloh sat, pekena patin tempoyak. Taim tu ada naik sikit air banjir. Jakun kejap hihi


First taim makan ni. nebes gak nak rasa. Tapi serius memang sedappp. Tetibe terasa nak makan lagiii plak..terlio nengok gambau hahaha. Tapi apa ye nama tempat makan tu, medan selera tepi sungai. Tak tahu nama...


Situ kire cam femes la kot. Ramai je orang. Masa kitaorang sampai memang ngam-ngam je dapat makan. Lepas tu sesaa nak kena tunggu derang masak lain. Siap dah beratur. memang sah ler femeskann. Biras saya yang sorang tu memang teree bab-bab jalan dan carik makan dia ler yang guide kami. Dapat-dapat cam saya ni, tahu follow jek haha.


Lepas tu sambung jalan. Jumpe adik iapu kat Gambang. Sampai kat homestay dah lewat gak la, ye le gi reramai memang takde  le speed. Mak abah pon tak tahan lelama dalam keta. Beberapa kali gak la berenti. Malam nya kami lepak umah je. Makan dan tido hihi. Ahad pepagi pegi akad nikah kat mesjid.


Lepas tu jamuan makan kat umah pantin pompuan. Serba sederhana je majlis nya. Alhamdulillah semoga berjalan lancar. Semoga berbahagia hingga ke jannah paksu dan maksu 😗

Pengantin sempoiii 💓

Kali ni tak banyak amik gambau ler, asek kena kipnap je tepon mama hahaha. Gamba ehsan ipar duai jek. Belah kami buat cuti sekolah bulan tiga aritu. Pon tak meriah amik gambau. Tunggu susulan nya nanti ye. Nak sambung bekerja. Selamat berhujung minggu semua. Mana nak pegi yek esok...soping pon best ni kann hihi..ok bai!

No comments:

Post a Comment