About

Wednesday, June 07, 2017

Dating With Besties

Salam
Dari pagi menahan ngantok tapi bile tibe taim rehat, segau lak mata. Puas di pejam-pejam tak mau lena lak. Haii memang saje je kann. Wiken lepas akak pening lalat, rase berputar semua bende, asal bangun nak jatuh..pitam. Memula syak low BP tapi tu ari cek macam ok. Mungkin pasal low Hb plak la ni kot. Lom cek yang ni. Tengok dari simtom memang nampak ye sangat la. Tapi heran gak, selama ni tak penah-penah lak cenggini. Faktor usia gak ler kot ek...Pagi ni pon awal-awal saho dah ada terasa pusing tu tapi pas-pas tu tengok cam ok. Pi la kije. Takleh nak monteng or MC, keja lom siap. Date line dan hampir tamat huhu..

Bulan-bulan pose ni takde nak cite nau, rutin sama jek. Nak cite soping tak pi lagi. Cite masak utuk berbuka dan saho sama jek. Kang kata nak nunjuk gajin lak kan ekekeke. So buat cite-cite throwback sikit je la ek. Cite lama...ujung tahun lepas hihi...

Perjumpaan masa taon 2015

Saya ni memang takde kawan nau. Mereka ni je la takat ni yang boleh dikata rapat dan masih berhubung. Mungkin sebab mereka ni kawan pertama saya lepas abih skola, kawan masa amik diploma kat ITM merangkap roomate. Itu yang leh kekal sampai sekarang. Taon lepas kami jumpe tapi tak complete, Nani (paling kiri) tak dapat join pasal balik kampung. So dah beria apply coti, kami yang ada go on je la.


Lokasi yang paling senang Midvalley. Takde nya bawak keta pon. Janji ngan Kak Sa naik tren jek. Senang! Tak bersesak jem. Sesambil duk lam train leh le borak dulu ngan Kak Sa. Asalnya plan nak buat memacam kat sana tapi sudahnya hanya pindah dari satu kedai makan ke kedai kopi je hahaha. Cite tak penah abih. Cite anak, keja, asben, mak ayah, ipar duai, mak pak mentua oppsss hihi. Ye le mana lagi nak lepaskan segala apa yang terbuku, ni ler kengkawan yang memahami dan seusia kann. Anak pon lebih kurang sebaya semua.


Ralit nau nyembang tak perasan dah petang. Kelam kabut ler memasing. Nak window-window soping pon tak dan. Sebab memasing ada komitment nak amik anak skola. Betull le orang kata bile dah jumpe kawan lupa sume hihi. So next meeting konon nak buat taon ni ler, bulan lima tapi ni dah bulan nam nampaknya pospon lagi ler. Lagipon misi selim lom tercapai cemana nak jumpe hihihi. Nak selim cemana lagi tak tahu ler. Nak kembali cam anak dara kot 😅

Boleh pulak sedondon ngan Kak Sa 

Ok bateri dah recharge, sambung kerja jom. Ada a few waiting list nak di throwback kan. Ntah buat ke tak nanti ahahaha....

No comments:

Post a Comment