Salam
Lambat pulak terobek sis kali ni yek. Sis demam  tu ari uolls. Lepas tu sis pergi menghalimunan kan diri seketika hihi. Biase ler ujung-ujung tahun kan. Pi holiday ler konon nya. Nanti sis hapdet. Percutian biase-biase aje uolss. Sis sedang menikmati saat-saat terakhir di ofis. Walaupun boss kata dia belum officially accept notis saya. Tak tahu pulak saya cemana situasinya tu kalau majikan tak terima ek. Selama ni tak penah pulak tak terima. Ke memang ada hak majikan untuk buat cenggitu. So apa yang saya kena buat pulak eh? Pening! Kalau sesapa tahu leh tak PM saya.


Sebelum tu, minggu sebelum pi holiday, saya balik kampung sat, balik segamat. Kazen belah asben kawen. Cuti sekolah dan kenduri kawen berpisah tiada. Mujur masa tu syaqir dah baik demam. Afiya masa ni baru nak setat demam. Anak dara dah sesaiz ngan mama dia. Baju pon bole pinjam-pinjam dah hihi. Minggu sebelum tu kami pi kolopilah umah kak ani a.k.a ibuhani. Kenalan lama dari blogging. Now kak ani pon dah stop blogging. Tapi kami still keep in touch kt FB ngan IG. Anak dia, Nana yang kawen. Settle dah ketiga-tiga anak dara dia. Cepat betul masa berlalu. Masa kenal-kenal kak ani, Nana masih bersekolah  lagi. Makin ler terasa dah berusia huhu.


Ok let's sambung terobek. Panjang lak intro. Mahu berkajang-kajang posting ni kang haha. Harap tabah membaca. Ni antara terobek holiday la gak. Taon lepas. Takde proper plan pon. Last minit decide after en suami balik dari Singapore. Mostly tempat dah full book la kan. Tu yang terpilih sini. Pilihan nya antara Pangkor ngan Cherating. Tapi sebab gerak dari kampung, asben pilih Cherating. Padahal dulu dah penah sampai tapi masa tu syaqir lom ada. So packing-packing pergi ler kami berehat-rehat. Gerak dari melaka, pasalnya jemput Hadif dulu. Dia kalau coti-coti sekolah memang duduk umah atok dia. Kalau tak hantar kan atok dia datang jemput hihi. Cucu kesayangan ler ni hihi.


Sampai agak awal la gak. Tengahari. Kali ni dah terrer sikit bab-bab jalan. Kali pertama pegi dulu manjang sesat. Kali ni macam smooth jek perjalanan. Dan macam dulu gak, ni ler tempat pertama kami tuju hihi. Sementara nak tunggu check in hotel. Itenari semua Alya yang buat. So ikut la plan dia. Memang sejak dah ada asisstant ni mama rilek sikit. Dia yang mencarik tempat semua.  


Kat sini takde ler nampak apa yang berubah pon. Masih sama mcm taon 2013. Anak-anak penyu masih banyak. Penyu besau memang takde la kan. Semuanya dilepaskan balik ke laut. Itu kan habibat asal penyu-penyu tu. Kat sini cuma pusat pembiakan aje. Dah agak besau dia dilepaskan. So memang takde ler peluang nengok penyu dewasa. Gambau je banyak kalau nak tengok hihi. 



Kemain teruja ler dak syaqir tu. Tak tentu arah dia. Memang suke benau dia pegi tempat-tempat binatang ni. Sama lak kesukaannya ngan abang. Nak stay lelema sini pon bukan ada apa sangat. Singgah ler laut kat belakang pusat ni. Private beach untuk penghuni Clubmed. Ada je tempat yang tak berpagar. Dapat ler kami santai-santai jap sesambil makan ice-cream šŸ˜‚


Posing berangan misti ler ada kan...mengambil angin di tengahari panas lit lit. Merenung masa depan konon. Masa ni pon memang dah setat dilema-dilema hihi...


Bile dah terasa perit muka kena panas. Pi jalan carik tempat canting batik. Teringin bebudak ni nak menerai. Bukan ler berbakat nau pon hihi. Jalan-jalan tepi pantai tu ada ler sebuah dua kedai yang kasik peluang belajar. Amik yang kecik sudah, kang lama lak nak tunggu. Panas benau nya mama dia nih haha.



Papa dia pon tak mo kalah, nak tunjuk gak skil nya tu hihi. Ni ler hasil keja mereka bertiga. Ok la kan untuk beginner. Masih tersimpan elok lagi hingga ke ari ni. Mama malas nak tunjuk bakat. Kang tak caya lak derang tengok ahahaha. Poyo! Padahal, tangan pon pengkau šŸ˜‚



Lepas tu, terus ler pi cek in hotel. Tak sabau nak bersejuk-sejuk dalam bilik hihi. Last minit punya hal, dapat ler bilik kat Residence Inn Ok la bilik nye. Besau dan selesa untuk kami yang ramai ni. Tak silap masa booking tu amik bilik biase-biase jek. Sekali tak tahu la apa masalah, derang ganti bilik ni, Executive Deluxe. Wah....Untung ler kann. Rezeki jangan ditolak hihi. Tapi nak ke bilik ni takde lif pulak. Jenuh ler mengangkut beg.  



Rehat-rehat kejap, syaqir sejak sampai dah tak keruan nak berkubang dalam pool hahaha. Kat sini masa tu panas sangat. Pukul 6 pon matahari bahang lagi. Tepi laut agaknya kot. Macam biase mama memang tak masuk ler. Berenang pon bukan reti. Duk jaga syaqir je tepi kolam. Yang lain semua berendam. Laut pulak tak dekat sangat ngan hotel. Kena jalan kaki jugak dalam 1-2 km macam tu. So tak kesana la petang ni tunggu esok je. Dah mandi manda tu perot lapau. Makan kat gerai-gerai tepi hotel je malam nya. Tak larat nak mencari jauh-jauh. Tak sabau nak landing ateh tilam empok šŸ˜›

Ok la, saya stop jap. Nanti esok lusa sambung yek. Masa pon dah time ni. Nak balik dah. Coti sekolah ni tak jem, cepat la sampai umah. Syaqir pon tak pi umah ticer dia. Duduk ngan kakak kat umah. Lagi ler senang mama. Tak yah nak memusing ke Sek 4 sana. Sesambil ni duk mikir gak apa nak masak malam ni hihi...mak mak gini ler kan. Orait...gerak lu. Baiii šŸ™‹