Friday, April 19, 2019

Semarak Biru

Salam
Bersempena dengan bulan kebiruan ni, kita pon saje ler tukau kaler blog kite sikit. Menyemarakkan lagi semangat kebiruan. Bukan biru-biru parti politik tu yek hihi. Kengkonon nak kasik nampak fresh sikit la kan. Tapi rasenya takde pon biru-biru sangat. Kaler turqois ek hihi. Takpe ler. Ok ler cenggini kat mata sendiri. Mata orang lain tak tahu ler, korang terima aje la ek. Bosan jugak asyik tengok kaler pink yang dulu tu. Bukan nya penggemar pink pon hihi. Ni pon tak siap elok lagi. Nanti la free-free kite ubah ler pape yang sesuai dek mata. Bukan ler mahir nau, cuba-cuba je. kot mana yang tak tahu, kite gugel ler kann. Tengok....posting ni pon lambat nau kluau ahahaha. Dah lama karang. Sume mende ler tak menyempat. Apa ntah di bizikan tu kann 😆

2hb April aritu saya ada update gambar saya ngan Hadif kat whatapp status, tak sangke ramai yang reply dan bagitahu derang pon pakai baju biru. So sweet uolls. Tengkiu support 😗 Alhamdulillah nampaknya ramai yang dah mula menerima dan memahami anak-anak autism ni. Kalau dulu saya sebut autism je, semuanya berkerut dan blur. Mostly akan kata, ok je anak kau aku tengok. Ye, tengok sekali memang orang tak nampak apa-apa yang pelik. Tapi cuba perati 2-3 menet lepas tu, baru akan perasan ohhh budak ni lain macam 😂 Selalu je promoter-promoter kat soping complex kena palau ngan dia hahaha. Dia bukan kesah pon kalau sesapa panggil nak bagi tester ke apa.


Tahun ni Hadif masih bersekolah, student PPKI ni derang boleh bersekolah sampai umur 19 tahun. So, Hadif ada lagi setahun la kat situ. Tapi tu pon bergantung pada apa planning masa depan dia. Kalau macam saya dah jumpe sesuatu yang sesuai mungkin akan tamatkan awal sekolah. Bukan apa takut dia dah tak minat ke sekolah. Maklum la dah remaja kan. Setakat ke ari ni dia masih ok lagi. Dari tahun lepas saya mohon tukar kelas tapi tak dapat-dapat. Ade je la masalah. Akhirnya tahun ni dapat la Hadif masuk ke kelas ketiga, naik kelas la kirenya. Patutnya dah lama dia masuk kelas ni tapi sebab kan masalah tingkah laku dia tahun lepas dan tahun sebelumnya tu. Dia kena turun kelas. Tahun lepas la paling mencabar buat saya. Setiap hari kena teman dia ke sekolah. Pagi ke sekolah, petang saya keja. Dia ni ada satu perangai yang tak boleh jumpe dengan kawan-kawan dia yang bermasalah. Maksud saya bermasalah tu ialah kawan-kawan dia yang yang tak mendengar arahan cikgu, nakal atau buat bising. Dia pukul je 😨 Kat rumah pon sama, kalau Syaqir nakal, saya baru tegur, dia dah tolong cubitkan adik dia tu 😅

Kerana itu juga la saya daftarkan Hadif semula ke terapi. Saya register kat Putrajaya je, dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Ikutkan kat situ hanya fokuskan kepada pelajar sekolah rendah aje tapi tak tahu macam mana Hadif boleh dapat pulak. Alhamdulillah. Sana lebih kepada sesi perbincangan sebab saya pilih untuk terapi psikologi. Setiap dua minggu kena pegi dan saya pulak kena siapkan homework iaitu ABC chart. Chart ni untuk semak setiap kali Hadif buat tingkah laku yang tak sepatutnya. Lepas beberapa kali attend terapi last year, alhamdulillah dah makin kurang la buat perangai tu. Dah discaj pon awal tahun aritu. Nampak ada improvement la. Kawan-kawan kelas dia sekarang pon semua baik-baik. Suka tolong dia. So senang la hati saya sikit. Takde dah kena teman ke sekolah.


Kelas baru yang ni, banyak perkenalkan pada asas masakan. So far ok la. Dia takde pulak tunjuk tak berminta. Cume tak kofiden je bile dia kena buat. Hari khamis, dia akan pegi latihan kerja luar, keja membungkus kerepek. Lepas selesai bungkus, keluar menjual pulak. Dah sebulan jugak la dia buat aktiviti ni. Setakat membungkus tu, hadif ok je. Senang je..sap sap soii hihi. Tapi bab menjual tu yang payah sikit, Dia dah ler tak bercakap cemana la nak appoarch orang membeli. Biasa nya dia akan grup dengan kawan-kawan yang boleh bercakap la. Keja dia pegang kad jek hihi. Tu pon kengkadang menyelat. 


Kali ni memang nak up story pasal hadif je, sempena bulan kesedaran autism ni. Pada yang baru nak berkenalan dengan anak saya Hadif ni, selamat berkenalan la yek 😊 Kalau sesapa pernah tengok Azal anak Zarina Zainuddin tu, macam tu la Hadif. Lebih kurang je perangai dia. Cume Azal petah lebih bercakap. Ok la ini je untuk kali ni. Selamat berhujung minggu semua. Till then...babai 🙋 and take care



Ni saya share kan video Hadif masa cikgu buat penilaian masakan aritu. Boleh la kann. Dia bukan pernah masuk dapur pon hihi...

0 comments:

Post a Comment