Wednesday, April 24, 2019

Syaqir Dah Lima Tahun

Salam
Apa la kena mata akak arini. Melampau nau rasenya. Dari pagi membawak ke petang. Memang lewat pon tido semalam. Arini besday Syaqir yang kelima. Kejap je dah besau cenggini. Sakit beranak pon lom lupa lagi tau haha. Dia ni kemain manja, maklum ler bongsu. Kakak, abang pon semua dah besau. Ada je le tempat dia nak meleset, ramai melayan. Mana ler tak mengade-ngade kan. Sebab manja tu ler dia nampak lambat matang sikit. Cakap pon tak berapa nak tersusun lagi. Kalau bercerita melompat-lompat ceritanya. Papa dia paling tension pasal tak paham ahahaha. Mama je yang tahu apa dia nak sampaikan. Paling kuat kelahi ngan Aisyah. Suke nau menyakat dak Aisyah tu. Kalau time dia balik dari asrama, asik ler dengau si Syaqir tu menjerit. Sabau je le 😬


Tak jumpe lak gambau masa potong kek umur setahun ngan dua tahun. Setahun tu memang ingat ada beli kek, ada keluar memories kat IG tapi masa dua tahun tu tak pasti ahahaha...tanda ketuaan jelas ketara dah mama dia 😆


Awal-awal tahun aritu menggile ngan dinasour. Dah pesan nanti besday nak kek dinosaur. Tapi dah nak dekat-dekat besday, tukau pulak. Nak transformer! Hadoiii. Tu ari ingat nak beli kek letak je topping patung dinosaur kecik-kecik tu. Memang banyak kat umah ni. Bile nak yang lain, tak sempat ler mama nak tempah. Sudahnya semalam carik je kek simple-simple, mama deco ler topping transformer. Mujur ada banyak buku-buku kaler dia kat umah ni. Mama operasi ler malam tadi. Mahap le syaqir buku awak mama gunting 😅 Janji ada transformer nye tu kan. Tapi tak letak la lagi kat kek. Pesan kat ticer tolong pacak kan je kat kek tu, tak kesah ler cemana pon. Ikut kreatip ticer ler. Goodies bag pon ala-ala jek. Mama benaunya tak plan nak celebrate kat sekolah tapi bile dia bukak cerita ada kawan celebrate besday kat sekolah, kesian pulak. Kemain teruja dia bercerita. Ingatkan tahun ni tak yah la dulu, nanti tahun depan. Tapi tak pe la, buat gak la. Insyaallah tahun depan plan elok-elok sikit ler dari yang ni hihi.


Ntah cemana ler gayanya kat sekolah arini. Tunggu ler dia cite petang kang time amik dia. Lepas ni jauh sikit ler nak makan kek. Bulan nam nanti, baru besday Aisyah ngan Hadif. Derang dah besau takdenya nak party-party. Demand hadiah je tahu tu 😣 Kalau yang kecik-kecik bagi apa pon present derang happy jek. Dah besau ni lain macam lak ahahaha. Tapi masih ler ikut kemampuan. Mintak yang bukan-bukan...sori ler, bo layan 😅 Mama memang kejam sikit! 


Alang-alang cite besday, letak ler gak gambau besday-besday mereka yang dah lepas baru ni. Awal-awal tahun aritu Alya. Lepas tu papa dia, diikuti Afiya. Lahir awal tahun cepat terasa tua hihi. Semua pon celebrate ala kadar jek. Saje buat happy-happy! Antara tiga-tiga besday papa dia ler yang meriah, kek pon dapat yang paling mahal, special request 😊. Tak pe kite layan kan jek, ni boleh dikire investment la hihi. Alya punya besday tu kebetulan balik kampung, tu yang meriah sikit. 


Didoakan semuanya sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dirahmati Allah. Aminn...
Ok ler, akak dah nak siap-siap nak balik kejap lagi. Arini klua ofis sensorang, ofismate ada meeting kat luar. Dia terus balik ler tu kang. Nor pulak tak datang keja. Sunyi sepi..mana ler tak tambah ngantok tu kann hihi. Sebelum berakhir, satu lagi gambau besday, ofismate saya Aishah awal bulan lepas. Sambut la bertiga dalam opis ni. Order makan ngan 'foodpanda'. Makin malas ler semua nak klua yek. Mengembang la lagiii ketiga-tiga orang ni..tengok tu muka saya pon dah melebau ahahaha. Tak pe kot ler nanti bulan pose boleh kuruih sikit kih kih..



Sekian dulu. Semoga akan ada kerajinan saya untuk menghapdet belog sendu ini seterusnya. Jumpe lagi semua, take care...adios!!🙋

0 comments:

Post a Comment