December 17, 2009

New baby~

Inilah puncanya mengapa sekian lama blog ini terbiar ^_^. Setelah 4 tahun, alhamdulillah rezeki diberikan pada tahun ini dan insyaallah dalam tempoh 67 hari lagi akan lahir lah the next generation of Mr Hubby heee~.

October 9, 2009

House cleaning

Aduh...lamanya tak menjenguk blog sendiri, rindu rasanya. Dah naik bersawang pon, tah-tah dah ada penghuni lain menumpang tak....jangan pandang belakang...keh keh keh
Buat sementara ni tak de posting lagi, cume menjalankan proses pembersihan dan pengubahsuaian je. Harap maklum (ala-ala surat rasmi anta kat gomen)*peace*

June 23, 2009

Hadif Birthday

To my dear son, Hadif....


June 11, 2009

My Aisyah Birthday

For my beloved Aisyah, wishing you a very happy birthday..



Aisyah pictures during her birthday celebration at Taska ABC.




June 5, 2009

Wedding (cont'd)

Gambar-gambar di sekitar majlis menyambut menantu di rumah kami pada 30hb Mei yang lalu.

Diet

Al-kisahnya di suatu hari, kejadian berlaku dirumah mak cik ku. Sedang asyik bersembang mata saya terpandang penimbang, dalam hati berkata 'emmm dah lama tak timbang, dah brapa la gamaknya berat badan'. Saya pon dengan penuh rasa ingin tahu naik ke atas penimbang tersebut.
HAH!!!! tidak..tidak...mesti timbang ni rosak ke pakai baju agak tebal. Terus jerit kat mak cik, 'Cik timbang ni boleh pakai lagi ke dah rosak?'. Acik saya menjawap,' eh..elok la, baru beli tu, kenapa???'. Hehehe malu nak cakap. Tapi memang sejak kebelakangan ini selera makan saya bertambah, mungkin tu la penyumbang utama kenaikkan berat badan yang boleh dikatakan agak mendadak tu. Hee~

Maka bermula azam dan semangat yang berkobar-kobar tuk mengurangkan lemak-lemak a.k.a spare tyre yang berlebihan. Plan A, ajak hubby gi jogging kebetulan dia pon nak mengurangkan berat badan die yang makin hari makin bertambah tapi kena weekend je la, tak sempat kalau hari-hari bekerja(alasan). Anak-anak pon kami ajak ikut serta, dah tu tak kan nak tinggalkan meka pagi-pagi tu, mahu meroyan nanti mangkit-mangkit tido mama papa tak de. Kemain seronok diaorang, pagi-pagi dah bersiap-siap nak berjogging. Sampai jadi aktiviti wajib hujung minggu.

Mama papa jogging, anak-anak main je kat playground.

Masalahnya setiap kali selesai jogging anak-anak mesti ajak makan. Ye la selalu kalau keluar pagi-pagi mesti breakfast kat luar. Kalau tak ikutkan ada yang merajuk. So mission incomplete, termakan hasutan anak-anak.

Tengok hadif tu, siap buat gaya kuat lagi, dapat segelas milo ais.

Tukar plak ke plan B, guna produk, pakat-pakat ngan hubby beli JDM5 (Jusdietmate5). Produk terglemer tika ini, mahai tu. Tapi gagah jugak sebab teruja ngan testimoni pengguna. Mudah betul terpengaruh tapi setelah 2 minggu mengamalkannya alhamdulillah ada perubahan positif. Suka la sangat! Sebenarnya apa-apa usaha kita lakukan paling utama adalah disiplin diikuti dengan semangat yang kental. Insyaallah berhasil.

Meh la cuba, kalau tak caya. (ceh promote lak)

May 24, 2009

Al-Fatihah

Salam takziah buat dua orang sahabat, ita moga tabah menjalani kehidupan tanpa suami tercinta. Arwah telah meninggalkannya setelah terlantar sakit selama seminggu. Redha la atas pemergiannya, insyallah tiap apa yang ditentukan Allah ada hikmahnya. Begitu juga buat sue, yang kehilangan ayah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Amin...al-fatihah


April 23, 2009

Dunkin Donuts

Enjoy this commercial break....i love it...not the donut or coffee but the model..boleh gitu??

P/s: Anybody know the background song...help..help...been searching for it quite long time.




video source: credit to hoonfami

April 22, 2009

Kawan lama dan Isma Af7

AFUNDI ISMA...huhu poyo sungguh. Sorry ye, ini bukan blog fan Isma. Juga bukan nak promote dia. Sebanarnya setiap kali saya melihat Isma membuat persembahan di konsert saya akan teringatkan seseorang. Siapa? Tak lain tak bukan seorang sahabat baik saya merangkap bekas rakan sebilik semasa belajar di Uitm. Dia ni merupakan dua pupu kepada suami Isma. Kebetulan semalam saya tidak berapa sibuk maka saya gunakan kesempatan itu untuk menghubungi sahabat saya itu.

Saya: Hello, sue?

Sue: ye saya...siapa ye?

Saya: Ala dah tak kenal dah ke. Kawan lama nih.(ni sah-sah dah tak simpan no aku lagi nih)

Sue: Emmm....mi ke..

Saya: Ha sib bek ingat aku lagi...ingat dah lupa tadi

Sue: Ish nape sore ko dah lain ek...cam dah dewasa.

Saya: Hahahaha...memang la dewasa tak kan budak-budak kut...kena la berubah, aku kan dah makin matang.

Perbualan diteruskan, cerita pasal keja, anak, suami, famili dan kawan-kawan lain. Dah dekat 10 minit baru saya bukak cite ni

Saya: Oit sue...wah tak sangka aku sedara ko sume geng-geng pandai nyanyi ek...siap masuk AF, OIAM la..

Sue: Eh mana ko tau die sedara aku?

Saya: eleh dulu ko yang beria cite, ada sedara artis. Zul tu sedara ko kan?

Sue: Hahaha...tah aku pon tak ingat aku cite. Malas nak komen, aku tak campo ok

Saya: ye ke tak campo...bukan ko ke yang berabih duk undi isma tu...hehehe

Sue: Hoi..hoi...tolong sikit ye..aku bukan fan die tau..aku ngan laki aku siap ngutuk lagi tau. Tapi laki dia si zul siap sms laki aku suh support isma. Ohhh please la..aku ngan laki aku tak layan ok...Yang aku bengang sekali time die perfome lagu Kau mawarku tu...time tu aku keja..malam tu punya la banyak aku dapat sms berunsur kutukan dari kawan-kawan aku. Tension aku...napa sms aku lak...hish geram aku

Saya: Hahahaha padan muka ko..dulu sape suh ko canang dia tu sedara ko...

Sue: Tapi aku memang tak ingat yang aku ada bagitau orang yang zul tu sedara aku.

Saya: Memang ko tak afundi dia langsung ke? Aku tengok tiap minggu die leading jek

Sue: Sorry ok...satu sen pon aku tak undi..ngabihkan duit buat apa. Yang undi tu pon sume sedara mara dia yang lain....kecuali aku.

Gitu la bunyinya perbualan kami. Saya terfikir gak kalau tak kerana isma, agaknya sampai sekarang saya tak hubungi dia. Mesti ke nak ada sebab baru kita nak hubungi seorang sahabat lama????

MLM

Mlm? Apa tu? Ia bukan ringkasan pada hari MALAM yang gelap tu ye. Ia adalah ringkasan dari perkataan "Multi Level Marketing" yang merupakan satu sistem perniagaan yang makin berleluasa ketika ini. Sebenarnya perniagaan MLM ni sudah lama bertapak, namun saya yakin masih ada sebilangan yang masih samar-samar tentang MLM ni. Sedikit la saya ringkaskan macam mana perniagaan MLM ni dijalankan mengikut kefahaman saya sendiri. Konon la perniagaan ni tidak memfokuskan kepada jualan barang semata-mata tetapi dengan membawa rakan ikut serta akan mempercepatkan proses kenaikkan pangkat. Semakin ramai down line semakin berjaya lah kita. Pelik kan?

Bukan itu sahaja, kena pulak membeli sejumlah barangan produk MLM tu sebagai pelaburan. Bagaimana tu? Contoh: Beli 15 unit produk melalui pinjaman dana, lepas tu dalam masa yang sama bawa 2 atau lebih rakan ikut serta memasuki unit kita dan mereka juga ikut sama membuat pelaburan yang sama. Sebagai ganjaran bulan berikutnya kita akan dapat pulangan yang boleh dikatakan lumayan.

Gambar diambil dari web: www.squidoo.com

Kenapa tiba-tiba saya berminat nak cerita pasal MLM ni, ye mesti ada sebabnya. There's nothing without reason kata omputeh hehehe....

Al kisahnya kelmarin (jumaat) saya telah diajak bertemu oleh seorang kenalan. Saya katakan kenalan sebab kami baru beberapa kali bertemu, itupun atas urusan pejabat sahaja. Agak mencurigakan jugak la sebab tiba-tiba ajak saya keluar. Dari gaya bahasa yang digunakan, saya dah boleh menjangka yang mesti ada sesuatu yang nak dibincangkan. Sebelum ini pon dia pernah bertemu dengan salah seorang rakan sepejabat saya, cuma saya tak sempat bertanya mengapa 'kakak' tu nak jumpe die. Kebetulan hari tu kawan saya tu bercuti maka saya tak dapatlah nak merisik-risik. Tak pe la saya pergi jugak la. Hah...tiba masanya...tepatlah seperti apa yang saya taksirkan. Hebatkan instict saya (ngeh ngeh...perah san)

Lepas makan, maka kakak tu pon keluarkan lah segala risalah-risalah tentang produk-produk tu, biarlah saya rahsiakan saja jenama produk tu dan juga bahan bukti ganjaran yang telah diperolehi. Tapi pelik jugak kenapa die tunjukkan ganjaran orang lain bukan dari dia sendiri. Saya tanya jugak, jawapan die, akak dapat tak banyak lagi sebab akak pon baru dalam bidang ni, so akak arap mi tolong la akak. Kita sesama carik orang dan jual produk ni. hemm...gitu ke? Setelah puas die cerita, ginilah sikit lebih kurang saya jawap:

Saya- maaf la kak, saya memang dari dulu tak minat dengan bisnes MLM nih, ikutkan sayapenah gak join sebelum ni tapi semuanya tak menjadi kak. Akak paham je la saya ni, siang kerja malam nak uruskan umah pulak, weekend tu je la saya nak abiskan masa dengan anak dan family, mana ada masa nak buat benda ni kak.

Kakak tu-Ala mi kalo ikut penat akak lagi penat, dah la akak ibu tunggal, ni ha mi tengok majalah ni, die ni berjaya dengan MLM ni lepas mencube kali yang ke-17

Saya- Die lain kak saya lain, masalah penat saya tolak tepi kak, saya tak mau dek kerana nak mengejarkan pulangan tu saya sampai abaikan anak dan family. Saya bukannya ada pembantu kat rumah tu. Bukan saya tak tau kak camna orang-orang yang buat bisnes nih, dieorang memang komited abih dengan bisnes ni. Tak pe la kak, akak tak yah la susah-susah nak pujuk memang confirm saya tak nak kak. Maaf la ye...buat masa ni hati saya memang tak penah terbukak nak join kak.

Kakak- Kalo mi tak yakin meh ikut akak ahad ni kite gi majlis meraikan SM (sales manager) kat the mines. Ala kejap je, dalam 2 jam, bawak sekali anak-anak ngan suami.

Saya- Ish..tak boleh kut kak, asben saya pon memang tak minat bab-bab ni, belum saya cerita nanti die dah bagi jawapan. Hehehe

Kakak- Ala mi kejap jek..meh la....

Saya- emmm...susah nak cakap la kak, tak pe la as now akak assume jek saya tak nak, kalo saya minat saya bgtau la akak k..

Kakak- Gitu ke? tak pe la kalo gitu..tapi pikir-pikirkan la ye mi

Saya- Insyaallah

Akhirnya selesai gak, fuh memang tak kenal erti putus asa kan. Tapi yang pasti setakat hari ni saya memang tak minat. Kalau betul pun saya nak ceburi bidang perniagaan biarlah saya fokuskan untuk jual produk bukan mencarik downline. Apa-apa pon ini pendapat saya, tak semua orang bersetuju kan. It's just my 2 cent. Hik hik

P/s: Alamak..pecah rekod..entri terpanjang tahun ni..

April 21, 2009

Job Vacancy

Tumpang lalu, nak buat iklan jap...

Anybody out there looking for a job? Interested to join us? Check out this ads. If you have the criteria stated below, please email or fax your CV to us soonest possible. Thank you.

April 17, 2009

Boys over Flower

Just finish watching the final episode of this Korean drama @ mysoju.com. One of hit and famous drama this year. Fully recommended to all viewers (klasifikasi tayangan 'U'). Currently I'm in the stage of second round wacthing @ KBS World (Channel 303-astro) haha...because of JunPyo ^_^

Sepi

Lamanya saya tak menjengok blog sendiri, sibuk manjang(ye ke?). Kebetulan PC saya dipejabat tidak ada jaringan internet maka bertambah lama lah lagi saya membiarkan blog ini. Untuk menghilangkan rasa sepi blog ni, saya nak buat selingan jap. Mari berimiginasi seketika...

April 1, 2009

Maulidur Rasul

Sambutan maulidur rasul peringkat taska- alya dan aisyah.

March 18, 2009

Tempat Baru

Setelah berpenat lelah dua hari, akhirnya selesai jugak kerja-kerja mengubahsuai pejabat dan dengan itu juga saya dengan rasminya berpindah ke bilik baru..walau tidak sebesar sebelumnya namun tetap memberi keselesaan.

March 15, 2009

Orang Baru

Pada 19hb Feb yang lepas, bertambah lagi sorang anak buah dalam keluarga saya. Perkenalkan Muhammad Shabil...

Gambar diambil beberapa minit selepas dilahirkan

Arrgg ngantuk pulak...

February 20, 2009

Trip to zoo

Rombongan Alya dan Aisyah ke zoo negara.

February 3, 2009

Kampungku

Kesempatan bercuti di kampung memang amat saya nantikan. Suasana nyaman di kampung terutama kampung mertua di Johor amat saya rindui. Tambahan lokasinya yang terletak jauh dari pusat bandar. Kedengaran hanyalah kicauan burung dan bunyi-bunyian rimba. Di waktu malam pula udaranya amatlah dingin hingga mencengkam tulang hitam bak kata orang tua-tua. Tak perlu langsung alat penghawa dingin. Selimut tebal pon tak cukup untuk menahan kesejukan. Anak-anak yang tidak gemar berselimut pun merebut-rebut menarik selimut. Sungai di sebelah rumah memang menjadi tempat anak-anak berendam tiap kali berada di sana. Sungainya tak dalam hanya separas lutut orang dewasa jadi ia tidak bahaya pada anak-anak. Makanan sajian harian hanyalah sayur-sayuran kampung dan ikan sungai. Kebetulan ketika kami balik pada cuti raya cina yang lepas, adik ipar baru balik memancing dan banyaklah hasilnya terutama ikan putih. Hubby saya pon apa lagi memulakan projek membuat ikan kering. Dah memang menjadi kegemaran dia pon. Layan je la.

Permandangan ditepian sungai

Proses mengeringkan ikan kering

January 31, 2009

Birthday Alya

Buat Alya~ Selamat menyambut hari lahir yang ke-6.
Tahun ini sekali lagi sambutan di adakan di Taska. Tahun depan alya dah request untuk adakan sambutan di rumah pula. Jemu agaknya dah dua tahun sambut di taska. Insyaallah kak akan mama usahakan. Tahun ni alya dapat merakamkan detik-detik gembira dia sebab teacher dah pandai gune digital camera hee..



Hadiah atas permintaan dan pilihan die sendiri.

January 29, 2009

Surat Cinta

Al-kisahnya pada tanggal 21hb yang lalu, saya telah mendapat surat cinta dari abang yang berunifrom putih. Arggg geram sungguh, kesal pon ada jugak. Teringat lagi ketika tu di pejabat jam menunjukkan pukul 10.30 pagi, bos menyuruh saya ke putrajaya menguruskan permohonan naik kelas syarikat kami. Dah la semalam dua kali saya berulang alik ke MECD tu, hari ni kena pergi lagi. Aduh letihnya. Sudah la tu di suruh pulak saya singgah ke Immigration uruskan hal pembantu rumah. Saya tak ada masalah nak menolong cume yang menjadi masalah timing tu tak kena, sebab saya mempunyai rutin harian menjemput hadif dari sekolah. Hadif pulak keluar pukul 12.00 tengahari. Tu yang buat saya agak kelam kabut. Bukan apa risau terlewat, hadif tu bukan boleh lambat sikit, kang mula la nak menangis, takut mama die tak datang.
Saya ke immi dulu settle urusan di sana, jam dah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Saya ada setengah jam lg untuk bergegas ke MECD sebelum ke sekolah hadif. Nak dijadikan cerita saya pon parking je la kereta comel saya tu di tepi tangga bangunan MECD tu. Kebetulan saya lihat begitu banyak sekali kereta 'memarking' di sana. Lagipun saya hanya nak mengambil surat proses dari pegawai PKK sahaja, jadi tidak la memakan masa yang panjang. Selepas mengambil surat saya pon bergegas turun, sampai-sampai ditangga saya lihat ade sehelai kertas cantik terselit di wipper kereta berkibar-kibar ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa tu dan tidak jauh dari situ selang beberapa biji kereta kelihatan seseorang berbaju putih sedang menulis-nulis sesuatu. Sah lah saman sudah di keluarkan. Nak rayu-rayu pon dah tak gune. Saya dengan selamba menarik kertas saman tu, masuk kereta dan terus beredar. Yang bestnya saya sempat menoleh abang polis tu dengan senyuman manis sambil mengangkat tangan. Hahaha...nak nyesal pon tak gunakan. Redha je la, memang salah sendiri pon..padan muka. Berapa la nak kena bayar tu ek...rabak lagi poket.

Kesalahan yang dibulatkan itu:
(Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalan raya. Seksyen 16(1) Kaedah-kaedah Pengankutan Jalan L.N. 166/59)

Nota kaki: mana ada galangan kereta lain boleh lalu lagi la.

January 22, 2009

100 sudaaa

Wah..wah....sungguh tidak saya sangka, saya dah berjaya menge'post' 100 posting di blog saya. Kagum sungguh. Hehehe mungkin pada sesetengah orang ia adalah perkara biase tapi tidak bagi saya kerana dalam kesibukan bekerja, mengurus rumahtangga dan melayan kerenah anak-anak sempat jugak saya menghasilkan sesuatu. Tahniah buat saya sendiri.

January 21, 2009

Suka duka 2008

Sedar tak sedar sudah hampir sebulan saya menjalani hidup di tahun 2009 ini. Rasanya belum terlewat untuk saya kongsikan bersama antara peristiwa-peristiwa penting saat suka dan duka saya tahun lepas.

Januari
  • Hadif memulakan era persekolahan di sekolah kebangsaan kelas pendidikan khas. Teramatlah risaunya sebab hari pertama dia dah moody, nangis dan mengamuk sampai tangan luka kena cermin tingkap. Tapi tu hari pertama je selepas itu dia dah mula menyesuaikan diri dan tidak menimbulkan banyak masalah. Lega!
  • Juga bulan kelahiran Alya, sambutan di adakan di taska. Malangnya teacher tak pandai menggunakan kamera digital, jadi tiada gambar kenangan buat alya. Walaubagaimanapun kegembiraan jelas terpancar di wajah comelnya. Tambahan bila papanya menghadiahkan mainan rumah besar untuk dia. Si comel aisyah cemburu ketika itu.
Febuari
  • Bulan kelahiran my dearest hubby. Tiada sambutan sebab dia tidak mahu kononnya dia dah tua untuk menyambut. Adakah patut? Hadiah? hehehe sori my dear ketika itu keadaan ekonomi saya memang kritikal, company baru je dapat projek, jadi urusan gaji agak lewat dan banyak hutang-hutang tetap saya tertangguh. Maaf, Insyaallah tahun depan k..double promise;)
Mac
  • Mengadakan sambutan hari lahir atuk secara mengejut. Makanan secara 'pot lak'. Hadiahkan t-shirt je tapi atuk selalu pakai hehehe. Pembantu di pejabat berhenti kerja, aduh letih nak kena buat sume kerja. Ketika tu tension tak terkata rasa nak berhenti kerja.
April
  • Lega dapat pengganti untuk membantu kerja-kerja di pejabat. Kebetulan dia seorang yang independant dan easy going. Kitaorang bole ngam dalam masa beberapa jam jek. You are the best la ta..muaah
Mei
  • Mula belajar memblogging. Tu pon hasil hasutan ita (kawan sepejabat). Dia teruja nak buat perniagaan internet melalui adsense. Beria-ia dia dapatkan info bagai. Saya hanya bagi galakkan je la. Asalnya tak berapa nak minat blogging sebab tak tahu nak cerita apa tapi bile dah mula terasa seronok pulak.
  • Harga petrol naik mendadak ketika itu. Teringat lagi dimalam sebelum harga naik punyala sesak semua stesen minyak. Masing-masing nak ambil peluang memenuhkan tangki termasuk la saya.
  • Sambutan hari ibu khas buat nenek dan mak juga mak cik-makcik yang telah bergelar ibu termasukla saya. Hee~
Jun
  • Bulan kelahiran 2 orang anak saya, hadif dan aisyah. Kedua-duanya disambut di taska. Ada saya kongsikan dengan anda aksi-aksi mereka di post yang lepas.
  • Pemberian rebate cukai jalan bermula. Saya antara orang yang tak sabar-sabar nak tuntut. Rezeki jangan ditolakkan.
Julai
  • Paling banyak sambutan hari lahir di bulan ini. Bermula dengan adik lelaki, adik perempuan dan abah. Juga ulangtahun perkahwinan mak dan saya sendiri.
  • Sambutan hari bapa di rumah saya, dihadiri oleh abah dan pak cik-pak cik.
  • Panyakit abah mula dikesan. Paru-paru dijangkiti kuman.
  • Cikukunya mula menyerang sanak saudara di kampung termasuk atuk, nenek, abah dan pak cik. Alhamdulillah dikesan awal.
  • Ita (kawan sepejabat) mendapat tawaran menjadi cikgu sandaran. Hilang lagi seorang sahabat. Sedih sangat. All The best to you ta.
Ogos
  • Meraikan kejayaan adik ipar, hanim yang telah menamatkan pengajian di USM. Menghadiri majlis konvokesyen dia yang kebetulan jatuh pada musim cuti sekolah.
  • Abah sakit lagi, asyik keluar masuk hospital.
  • Mendapat pengganti ita. Seorang yang masih baru di bidang pekerjaan. Kena lebih menunjuk ajar.
September
  • Bulan ramadhan kembali. Kali ini alya saya latih berpuasa. Alhamdulillah penuh sebulan.
  • Mula mempelajari membeli belah secara online terutama perfume dan hanbag.
  • Berkenalan dengan ramai sahabat di alam maya melalui foruming.
  • Bulan kelahiran saya sendiri. My dearest hubby menghadiahkan sebuah jam tangan. Terima kasih B.
Oktober
  • Hari raya aidilfitri saya sambut di rumah mak melaka. Alya paling beraya sebab puasa penuh. Koleksi duit raya pon bertambah.
  • Bertambah bilangan anak buah, sepupu saya melahirkan anak lelaki, Iman.
November
  • Adik perempuan saya pula melahirkan anak ke-4, Auni. Alamak dah lawan kakak nampak. Hee~
  • Penyakit abah makin teruk. Tak boleh buat kerja langsung, sesak nafas.
  • Sambutan kenduri aqiqah iman dan ulangtahun perkahwinan umminya.
Disember
  • Bulan paling kritikal buat abah, hingga di tempatkan di ICU. Sering kali saya berulang alik ke hospital melaka melawat abah. Ketika itu hari-hari saya penuh dengan debaran.
  • Abah dikesan kononnya terkena buatan orang. Saya sampai sekarang masih samar-samar tentang kebenarannya.
  • Sambutan raya aidil adha di rumah mertua. Koraban 2 ekor lembu.
  • Bulan kelahiran mak. Tiada sambutan hanya membelikan sebiji kek. Itu pun kebetulan mak datang ke rumah saya untuk berubat abah secara tradisional.
  • Alhamdulillah kami menjumpai sesorang yang telah berjaya merawat abah itu pun dengan izin Allah Taala. Lega saya tidak terkata.
  • Penutup tirai tahun 2008 saya diserang cirit birit, muntah-muntah dan demam.
Walaupun segalanya telah berlalu namun semuanya masih terpahat kemas di ingatan saya. Apa jua kesusahan yang saya alami saya anggap itu hanyalah sekelumit ujian Allah buat saya dan saya redha. Semoga saya tabah menjalani kehidupan saya tahun ini dan tahun mendatang insyaallah jika dipanjangkan umur.


January 8, 2009

Pening

Hari ini baru 8hb tapi poket dah semakin menipis, macamana nak lalui lagi 22 hari ni. Awal tahun memang agak ketat sikit kewangan kami sekeluarga. Tahun ni 2 org anak di taska, hanya Hadif sahaja di sekolah kebangsaan. Mana tak kering kan.. paham je la yuran taska lagi berganda dari yuran sekolah kebangsaan. Nak tahu berapa....tengok resit nih.

Siap buat installment lagi...huhu segan sey! Mujur la teacher memahami keadaan kami. Tahun sudah rasanya tidak la seteruk ini. Apa nak buat kalau kami pindahkan tempat lain pon sama je yurannya. Nak tak nak bayar je la.

Pulak tu time-time ni la heater nak rosak. Kena ganti lagi. Terbang lagi duit. Bukan apa nanti liat pulak nak ngejutkan budak-budak ni kalau tak dapat mandi air panas. Gitu la anak-anak sekarang, dibandingkan dengan saya dulu jauh sangat bezanya. Tapi bak kata iklan kat tv tu zaman berubah kan...

January 7, 2009

Jalan-jalan cari pasal

Tengah hari tadi saya sempat menyinggah ke sebuah kedai buku, mula-mula tu hanya nak menjamu mata sahaja. Tup tup terpandang kat rak tu novel yang saya cari-cari selama ini, 'Ayat-ayat Cinta', apa lagi rembat la. Asalnya nak ambil satu je tapi saya terjatuh cinta pulak dengan pandangan pertama novel 'kasih tak terungkap' tu. Lama jugak saya terpaku kat sana memikirkan nak beli ke tak, kalau beli kempisla poket lagi bulan ni, tak beli nanti teringat-ingat pulak. Akhirnya beli jugak. Tu la sapa suh gatal-gatal kaki masuk kedai tu kan.