Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

May 17, 2017

Addicted

Salam
Jangan terperanjat kakak rajin plak sekarang ni kann. Terasa mood untuk kembali menulis tu datang. Ke sebab dah takde kawan nak bercerita hihihi...

Ni adalah kegilaan lama akak yang kembali.....haaaa sapa yang sepesen cam akak ni. Kalau tengok drama korea tak penah cukup sekali, pastu layan OST drama plak sampai hapal hahahaha....parah! Latest edition yang akak gile cite Scarlet Heart ni, ulang ler berapa kali pon tetap rasa tak puas. Cite ni tayang taon lepas tapi akak tak sempat tengok masa tu, lagipon takde canel One HD astro hihi. Nijam layan balik kat iflix. Tapi ada gak yang dah siap download haha. Kekadang tengok balik cut-cut scene yang diminati 😅 Lagi satu rahsia siap save klip video OST kat henpon 🙈


Help help!! hahaha
Ok Bai..Nak layan lagu ' Say Yes' jap 😜

May 13, 2013

Mawar Putih

Saya 'edited' sebab jumpa video nih
Kasik sikit gambaran cite dia cam mana kan 


Sejak 2 ari lepas saya duk tengok telemovie ini
Tayangan sepanjang May ni kat canel astro BoxOffice
Canel no brape saya tak tau la, pasal saya punye canel tak tersusun
Ada nama je no takde hihi
Tiga ampat kali saya tengok, dan tak penah miss menangih :P
Memang sedih gileeeee, ingatkan saya sorang nangih
Sekali jeling-jeling, Alya pon sama, buleh geng mama la dia
Nasib papa keje wiken lepas so bermaharaja lela le kami nangih kah kah kah
Kot dia ada kena bahan je le...geli nengok kate dia

Ohh semalam hari ibu kann..eh eh tetibe tukau topik
Malas nak buat 2-3 entry tapi dah ada mood sikit hapdet blog kih kih
Saya memang tak tingat langsung
Bile kekanak ni bagi kad, baru tingat dan tros laju-laju cal mak kita
Busuk kannn!
Terharu sungguh dapat appreciation dari anak-anak!
Thank you love, mama sayang awak-awak semua
Walaupun saya masih dalam proses jadik ibu yang baik
Tapi saya tetap ibu yang paling bahgia seantero donia..I leb my family
Cehhh tetibe! Nak cover sedih le nih :P

February 26, 2013

Sungkyunkwan Scandal

Drama korea le tu kann ngeh ngeh
Gara-gara mereka ini lah saya tetiap ari menahan mata nak tunggu tayangannya.
Ish ish sanggupkan! Punye la menggile.
Saya tak kisah pon pasal dah keminatan keamatan dan saya suke je taim siarannya camgitu.
Pasal takde le saya nak berebut remote tb ngan anak-anak atau papa derang.
Taim ni sume dah selamat beradu.
Airing taim 11.30 malam canel KBSWorld, Isnin hingga Khamih
Aman saya nak menonton sambil berangan sensorang ahahaha
Tapi memang series 'melting' tau nengok derang nih. Tersengih-sengih sendiri. Gedik!
Cite ni kategori sejarah era Dinasti Jaseon, feberet saya cite yang camgini
Sungkyunkwan tu adalah Institut Pendidikan Tertinggi Dinasti Joseon, untuk lelaki aje.
Pastu ada budak pompuan nyamar jadik laki gune identiti adik dia blaja situ
Sesikit cam He's Beautiful atau Hana Kimi (Jepun)
Tapi saya tergile bukan kat hero dia, tapi supporting actor nya
Soong Joong Ki (Go Yong Ha-dalam cite ni)..ala comey comey :-P
Nak tau detail nengok la sendiri, citarasa kita kan tak sama.
Mungkin saya suke anda tidak :-)
Ok dah, nak stand by depan tb. Harap-harap tak terlolap hihi
Jom la join.

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

September 11, 2012

AdamMukhriz

Kemaruk Adam & Hawa pulak dahhh
Sume gara-gara adik ipar saya la nih, ari-ari duk post status FB pasal cite nih. Saje bikin panas, dah le saya tak subcribe channel Mustika tu. Nasib ada sumber lain, saya tengok kat Malaymovie, speed streamyx umah saya tak le laju sangat tapi ok lah dari tak de kan. Kena bebanyak sabar. Tengok pagi-pagi laju sikit hihihi.

Mula tergerak hati nak tengok ahad lepas, pasal dah takde mende nak buat. Piya tido, kekanak riang 3 orang tu tah buat apa tah kat bilik memasing. Nak klua hujan. Nak borak ngan cikasben, die sibuk nau ngan lappy die, sat-sat call staff die, sat-sat update bos die. Tanye sepatah, napa bang? Server down! Ok paham, maknanya tak leh diganggu. Tanye lelebih pon bukannya paham kan hihi. Makanya layan le cite nih. Tapi dalam cikasben saya busy-busy kat sebelah saya, sempat jugak die sekeh pale saya, Hah! Berangan! Jahat kan die! Jeles la tu! ahahahaha...

Nak cop nama Adam Mukhriz untuk future son buleh tak? Eh! :-P


February 1, 2012

Demo loni tok supo dulu

Salam
Tah cemana weekend lepas tertengok drama nih, tros terjatuh cinta. Cite yang simple tapi mencuti hati. Jom pakat tengok rerama sambil blaja kecek kelate ^_*

September 28, 2011

Sekali lagi


Salam~
Korang dah tengok ke cerita tuh? Sekali lagi tu la..

Saya ni bukan la penkritik filem yang bertauliah namun apa yang saya rasakan tentang filen tu mungkin tak sama ngan korang. Saya memang agak kecewa dan terkilan sangat bila tengok cerita tu dan yang paling saya tak puas ati adalah motif cerita tu. Arman (Sam) tu bukan la berpenyakit autistik. Dia lahir sempurna. Pembedahan tumor (kalo tak silap) yang jadikkan dia cacat gitu. Kekadang tak paham mengapa pangarah atau penerbit tak mengambil kira pasal sensitiviti atau paling tidak membuatt sedikit kajian mengenai autistik tu. Ni kes nak kaut untung jek. Malas saya nak komen memang tiada bintang langsung. Kalo sakit otomatik tu kena la kot ngan watak tu. Ishh..macamana orang lain nak tau keadaan seorang autistik yang sebenarnya kalo dah cerita pon main belasah jek. Asal cacat autistik..Tuan producer sila la buat kajian dulu ok. Paling tidak cuba tengok dan contohi cerita korea marathon tu...cerita tu memang betul-betul menggambarkan autistik yang sebenar. Maaf lah saya memang kecewa sekali :((

April 23, 2009

Dunkin Donuts

Enjoy this commercial break....i love it...not the donut or coffee but the model..boleh gitu??

P/s: Anybody know the background song...help..help...been searching for it quite long time.




video source: credit to hoonfami

April 17, 2009

Boys over Flower

Just finish watching the final episode of this Korean drama @ mysoju.com. One of hit and famous drama this year. Fully recommended to all viewers (klasifikasi tayangan 'U'). Currently I'm in the stage of second round wacthing @ KBS World (Channel 303-astro) haha...because of JunPyo ^_^

October 29, 2008

Vivah

Secara tak sengaja malam isnin lalu saya menonton cerita hindustan, memang dahulunya menjadi kegemaran saya. Cerita yang simple tapi menarik. Dua insan ditemukan oleh 'match maker' telah membibitkan rasa cinta. Apa yang buat saya terharu walaupun saya tahu ia sekadar cerita ialah keikhlasan seorang lelaki yang sanggup berkahwin dengan kekasihnya walau pun kekasihnya itu telah mengalami kebakaran yang mengerikan. Sehari sebelum perkahwinan kekasihnya terlibat dalam kebakaran dan kesan dari kebakaran itu telah mencacatkan kecantikan anggota badannya. Saya terfikir adakah lelaki begitu di dunia ini. Saya tahu ada tapi berapa ramai? Walaupun cerita hindustan terkenal dengan kedogenggannya namun cerita ini benar-benar menyentuh hati saya.

Plot
Poonam (Amrita Rao) is an upper middle class girl who lives in the small town of Madhupur. After the demise of her parents, when she was very young, her Chacha (Alok Nath) fulfilled the void of a father in her life. But her Chachi (Seema Biswas) was unable to accept Poonam as her own child as ...
Read the full story

Movie Details
Genre: Family / Drama
Language: Hindi
Running Time : 2 hrs. 39 mins.
Release Status and date: Released on Nov 10, 2006
Website: http://rajshriproductions.com/vivah/index.htm


October 25, 2008

9 end 2 out

Jom jom layan cite korea lagi. Dah berjaya tengok separuh cerita dah, sedang berusaha menamatkan je. Bole tahan gak cite ni, kelakar. Adui la tak sabar nak habiskan tapi masa begitu mencemburui saya. Pulak tu broad band slow sangat lagi la tergendala.
Nak review sikit pasal cerita ni, kisah sahabat baik yang usia dah menjangkau 30-an namun masih mencari-cari pasangan hidup. Dalam tidak mereka sedari rupanya masing-masing selama ini menaruh hati sesama sendiri tetapi dipendamkan sahaja. Kisah cinta mereka dikaitkan dengan permainan baseball. Bertambah kelakar apabila mereka menjadi teman serumah. Agak pelik la kan lelaki housematenye perempuan tapi dah cite korea kan lantak la. Meh la tengok..saje tak nak review lebih-lebih nak promote kat korang.

June 10, 2008

Cite Korea

Semenjak dua menjak ni aku ketagihan menonton cite korea..bukan semenjak rasenya tapi hobi ni dah makan tahun dah cume pada masa tu aku tak berkesempatan. Maklum la mase tu anak-anak kecik lagi ditambah dengan masalah hadif tu yang tergendala aktiviti aku tu..hehehe la ni anak dah besa dh bole urus diri dan yang penting sejak sekolah ni dieorang dah dilatih tido awal so aku ape lagi hehehe melayan la cite-cite korea yang telah aku pendamkan..banyak jugak la cite-cite yang aku dah tengok...bermula dari winter sonata sebagai pembuka tirai, sambung autumn in my heart, all about eve, hotelier..dan macam-macam lagi la hingga la yang terbaru aku tengok 'Three Dad One Mom'. Cite kalakar tapi syok tuk dilayan. sume tu aku online jek tak mampu aku nak membeli CD ke DVD banyak barang-barang len yang lebih berpekdah aku beli..dh ade yang pree buat pe nak susak ek...
Walaupun aku tau cite korea ni kebanyakkan endingnya akan boring atau ala-ala andaian sendirik tapi aku tengok jugak sebabnya aku pon tak pasti..mungkin sebab jalan cerita kut ke pelakon..hehehe salah satu faktor utama la tu dan satu lagi yang aku peratikan orang-orang korea ni suke sangat nak gi 'study abroad' kalo time frust or cinta tak kesampaian, kelakar tul..yang pelik tu camne lak die leh gi blaja kat ober the sea tu kalo english pon tonggang langgang...ceh macam la english aku power...koman-koman aku pon leh jugak speaking london time diperlukan..tapi orang-orang korea ni yang bestnya dieorang mengutamakan bahasa ibunda mereka yang mana aku rase bagus sesangat tak macam kite orang malaysia ni buat-buat terrer..kalo cakap mesti nak rojak-rojak sket baru la nampak klass gitu..ye ke...alamak cakap orang aku pon kadang pon sama dengan jek dari ape yang aku komen tu..hahaha...dah terbawak-bawak budaya tu..lagi satu yang aku agak kurang berkenan dieorang tu suke sangat pukul-pukul kepala terutama mak bapak or adik beradik...hish paling aku pantang main kepala....Teladan dari cite-cite ade jugak cume anggapla ia sebagai hiburan semata...jangan sampai terbawak-bawak dalam kehidupan kite dah la...yang baik jadikan teladan yang tak baik jadik kan sempadan...