About

Tuesday, September 27, 2011

Malang tak berbau

Memang betul sangat la perumpamaan itu..
Kesian afiya, sekali lagi dapat kecederaan, minggu lepas kat pasir gudang dapat tanda di dahi. Minggu ni baru parut lama tu nak hilang tambah plak lagi.
Sabtu lepas kami pi beraya rumah mak cik. Nak dijadikan cerita piya naik kereta dulu ikot kakak-kakak dia dan duduk belakang. Kebetulannya dah malam, mama plak duk syok lagi menyembang ngan makcik kat parking lot tu. Tiba-tiba dengar sura piya nanes jek dan dah tergolek kat jalan. Mama pon apa lagi tros lari dukung piya. Abangnya tak perasan piya duk menyandar kat pintu kereta dia nak masuk keta main bukak je pintu. Nak marah pon tak guna benda dah jadik. Lama jugak nak menenangkan piya. Dalam gelap tak nampak la lukanya kat mana. Dia duk pegang-pegang kepala. Sampai rumah mak cik kat Shah Alam baru la telek-telek luka, dettolkan dan sapu ubat. Mujur tak pape. Esoknya baru piya demam, may be sebab terkejut. Bawak pi klinik alhamdulillah tak de yang serius. Demam pon semalam dah ok cume parut ada lagi. Semoga afiya terus kuat sekuat namamu. Amin


No comments:

Post a Comment