Ehem, sempena bulan kelahiran saya, saje la nak kopipes perwatakan si september. Ada yang kena tapi ada yang tak. Saje jek nak membangga-banggakan diri (ahaks). Tapi jangan percaya sangat, kot ada persamaan ia adalah kebetulan semata.

Sangat bersopan santun & bertolak ansur>>>sket betol
Sangat cermat, teliti & teratur.
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik>>>tak kot
Pendiam tapi pandai bercakap>>>>paling tak dipercayai orang ;p
Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
Sangat sensitif yang tidak diketahui>>>sangat betol
Orang yang banyak berfikir.
Daya pentaakulan yang baik.
Otak bijak & mudah belajar.
Suka mencari maklumat.
Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Pandai mendorong diri sendiri.
Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia.
Suka sukan, hiburan & melancong.
Kurang menunjukkan perasaannya.
Terluka hatinya sangat lama disimpan>>>Betol jugak
Terlalu memilih pasangan.
Sukakan benda yang luas.

Saya juge lahir di bulan ramadhan..10 ramadhan 1395H

Ramadhan
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri.Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.