About

Monday, May 21, 2012

I Believe I Can Fly


Yes! Now everyone can fly...
Motip nak mengarut la nih. Congratt to cutie Hafiz AwanNano@Mania, yeayy lompat bintang *tuing tuing*. Menang setengah juta!!! Kebil-kebil mata sekejap. Bak seribu piz hehehe. Rasa bergenang air mata, meremang bulu roma dengar suara Hafiz nyanyi. Superb! Siap berdebar tunggu result, nak Hafiz menang tapi tak undi, apakah?? Hahahaha..

Ok next, pagi tadi saya buat kepertama kalinya join 'parent class' kelolaan Makmal Autisme Malaysia. Sebelum ni penah join secara tak rasmi melalui Dr Hasnah kat centre lama dulu, Aspec. Yang tu kecil-kecilan je. Takat 3-4 orang parent je. Ini kira yang agak besarlah. 'Terpaksa' mintak jasa baik Mrhubby tolong jaga piya. Sebabnya topik kali ni memang amat saya nanti-nantikan, Kemahiran Sosial. Insyaallah nanti 'kalau' berkesempatan saya share dengan korang. Tapi jangan harap sangat lah sebab saya ni memang suke buat-buat lupa *sigh*.

Registration

Sharing moment 

Masa rehat, sempat watup ngan bff :-P

Kami

Picture credit to: Austime Malaysia FB Group

No comments:

Post a Comment