About

Thursday, May 17, 2012

Lama sangat ponteng


Dah beberapa hari tak hapdet. Gila busy I taw. Nak auto-publish pon tak sempat. Line stremyx kat umah pon dok buat hal je 3-4 ari nih. Makanya tido awal je le tetiap malam. Nasib baik i cuti arini boleh le hapdet. Lagi satu adalah sebab keinginan merapatkan jurang pencapaian. Kerjaan harus settle sebelom coti sekolah. Ada plan besau punya coti nih, Insyaallah. Doakan eyh korang.
Semua kerjaan yang berASAP sangat tu telah hampir diseleseikan. Alhamdulillah!
Account sedang di audit, dokumen ISO sedang di'review' oleh puan bos. Phew~ lap peluh ngan urut dada sket. Tinggal setaon lagi akaun yang 'almost' complete jugak. Tinggal nak di 'touch-up' aje. Assa! Aja aja fighting mimi hehehe.

Ok back to the real story!


Dek kerana kesibukan kerjaan dengan urusan rumahtangga, secara tak langsungnya saya telah memontengkan hadif dari temujanji dengan tuan doktor. Dan terpaksa saya sambung semula atas sebab kelakuan Hadif yang agak membimbangkan saya sejak akhir-akhir. Dia suka sangat mengacau kengkawan dia tanpa sebab. Dah beberapa kali jugak kena panggil dengan penyelia. Yang saya pasti, hadif paling tak boleh ditegur, direnung atau dimarahi. Otomatik je dia akan pukul sesape je yang ada di sebelah dia. Tanda protes kena marah. Di rumah pon begitu jugak. Selalunya adik-adik la jadi mangsa. Dah brapa kali jugak saya pesan dengan cikgu tapi cikgu dia pon bukan sorang. Ada jugak le yang terlepas.

Hasil dari perbincangan dengan tuan doktor, hadif dinasihatkan amik ritalin (ubat penenang) balik. Kebetulannya ketika itu, dia memang tersangatlah 'restless'. Memang begitu pon selalu cume pada saya, saya masih boleh kontrol. Kat sekolah pon cikgu dah mula komplen hadif dah kurang fokus, sebab tu saya setuju je bagi balik. Tak pe cuba la balik untuk tempoh 2 bulan ni. Tengok respon Hadif cane.


Gaya hadif yang tak reti duk diam, brapa kali dah suruh duduk leklok tu. 



Published with Blogger-droid v2.0.4

5 comments:

  1. dia memang terlalu aktif ker..sampai kena makan ubat ni..

    ReplyDelete
  2. #iizza
    Ahah..memang!
    Anak saya ni Autisme dan ADHD (Attention deficit hyperactivity disorder)
    Tp untuk sementara saje.
    Nak kasik dia fokus, sy bg pon time sekolah je. Kat rumah tak
    :)

    ReplyDelete
  3. owhh ya ker.. mesti penat nak layan kan..apa-apa elok sentiasa jumpa untuk tahu perkembangan dia dari masa kesemasa..:)

    anak bujang sy dulu pn ligat juga..sampai kepala pernah berjahit 2 kali la..mujur la dh besar ni mahu diam..:)

    ReplyDelete
  4. *jumpa doctor..
    (tercicir lak doctornya..^_^)

    ReplyDelete
  5. #iizza
    Pada saya yang dah biasa, ok je
    Tapi kalau orang lain tengok sure pelik sebab asik jumping and running je hiks
    So far tak de cedera pape lagi..alhamdulillah!

    ReplyDelete