‎Salam. Lama dah rangka-rangka entri ni, baru ni ari sempat perabihkan. Punya la lama peram. Nak update ari-ari biase payah sikit, so kena la tunggu wiken, pinjam papa Syaqirnye lappy. Alah akceli boleh je gune tepon tapi susah nak edit-edit gambau.


Ni kali nak cite pasal Syaqir kena prolonged jaundice. Apa tu ek? Penah dengar tak? Saya pon kot tak kena kat Syaqir pon tak amik kesah gak. Kalau takat jaundice tu biase laa kan. Normal bagi setiap baby baru lahir dapat jaundice atau lebih terkenal disebut kuning. Proses mematangkan hati derang. Cume ada yang tinggi ngan tak jek. Ikut experience anak-anak yang lain, semua memang kena jaundice tapi yang biase-biase jek, seminggu dah hilang dah. Hadif je lama sikit dan admitted yang lenlain hanya monitor amik darah je.

Penuh buku pasal check jaundice

Syaqir detect jaundice dari hari ketiga lagi, ada misi mai umah cek. Dia kata dah nampak kuning sikit-sikit so pi la check darah. Taim tu ari ahad Klinik Kesihatan tak bukak, kena la pi spital kajang. Dah tinggi gak bacaannya, 13.3 mg/dl. Above 15 mg/dl baru admitted, kena follow up cek lepas dua hari. Petua? Hai laa memacam dicuba, pantang orang suruh itu ini sume buat. Minum susu kambing, halwa kundur, anggur hitam, sengkuang cina...mandi ngan air inai la, ubat seisei sume lahhh tapi gitu gakkk. Ntah ye ke tak le petua tu sume, kebetulan je kot. Ikut doktor, bagi baby kerap nyusu aje, kuning tu akan keluar ikut kencing berak dia.

Lepas check kali ke-5 bacaan still tak turun sangat, takat 11.0 mg/dl je. Itu yang kena refer spital serdang, prolonged jaundice. Dipanggil gitu pasal jaundice dia berlarutan selepas 2 minggu kelahiran. Kena check bebetul sebab takut efek hati. Kat serdang tu banyak gak la darah dia kena amik, sampai lebam tangan dia, macam kat gamba atas tu. Kena amik air kencing sekali. Tak sampai ati nak nengok, memang saya duk luar pon. Melalak kemain kuekk! Rasa nak masuk je pujuk dia tapi kalau gitu sampai ke sudah tak selesaikan. Kuatkan je la ati tsk tsk tsk. Kata doktor kalau result tak ok, dalam 24 jam derang cal tuk admitted ke hape. Kalau takde, datang tuk appointment akan datang jek review result. Tunggu-tunggu takde pon cal..lega la sikit kannn, maknanya ok la result tu.  Lepas dua minggu follow up, jumpe doktor. Alhamdulillah result dia ok, takde efek hati. Kategori breastfeed jaundice jek, doktor kat spital serdang pon dah discharge Syaqir, tak yah datang dah. Fuhh lega.

(D) for discharge :))