August 30, 2014

Kek Cekelat Apiya

Salam, dah lama dah sebenarnya kejadian ini. Oleh kerana mama terlalu rajin hapdet tu yang tertinggal nak publish entri ni ekeke. Penat-penat ngambik gambau bagai tak share kan. Frust bebudak tu kang. Dah posing abih maut dah dak apiya tu.


Apiya memang sangat suke kek cekelat. Daripada asek membeli pe kate kite terai test buat sendirik kan. Makan pon puas. Resepi tiru mana ntah dalam tenet ni gak. Gugel jek. Segalanya diujung jari kata kann hihi. Nampak pon macam senang. Apiya pon mampu menggodak..


Walaupun comot-comot kek-nya tapi rasa alhamdulillah sodappp hihi..sape lagi nak puji kann. Gamba yang dah siap tak hambik lak kakak dia. Sejak dari ni apiya dah kemaruk nak buat kek. Tapi kena hold dulu pasal microwave tu ada masaklah sikit.

August 26, 2014

Budak Syaqir

‎Salam
Haiii auntie..uncle..saya dah pandai ni dahhh...
Ini la dia budak Syaqir yang semakin membesau dan mengada
Tak mau berenggang ngan mama...pehhh penat!
Selagi tak didokong, selagi tu la melalak sampai nak klua anak tekak
Nape le manja benau nak oiii..mama awak ni bukan le keja tido baring jek 
Walaupun dah 4 bulan ada budak kecik, rasanya sistem badan masih tidak stabil
Arini demam macam ada baki-baki lagi ditambah dengan tekak yang sakit
Yang kuat melalak dak syaqir, yang dapat sakit tekak mama dia :P
Adoiyaiii dah tak kua sogre dah mak ni uolls..
Selseme memang tak penah baik, itu trade mark hihihi

Sent from my BlackBerry 10 smartphone

August 20, 2014

AidilFitri 2014 | 1 syawal

Salam..masih mood raya lagi tak korang?? Dah nak ujung-ujung raya dah pon. Orang lain sume dah hapdet cite rayakan, saya ni baru hegeh-hegeh. Dalam 2 minggu ni kesihatan tak stabil la, demam on off. Maklum la dah semakin berusia, antibodi kurang dah sob sob sob.

Tahun ni turn raya kampong saya dulu, AlorGajah Melaka. Balik kampong ari sabtu walaupun dah setat cuti jemahat. Nurseri syaqir yang cuti awal, itu yang mama terbabit cuti awal. Gamba pre-raya tak de pasal tak balik tolong masak-masak umah atok macam yang sudah-sudah. Masak umah mak aje, itu pon takat rendang daging jek. Lomang beli ngan kawan sekolah lama, sempat menjejak kasih dua tiga ari sebelum raya. Petang hari raya tu baru la masak-masak, pasal malamnya jemput close-close family datang. Ala-ala open house la. Sempena raya dan anniversary mak abah dan saya jugak. Kebetulan macam cantek jek angka anniversary tu. Mak ngan abah 28hb Julai ke 41 tahun, saya lak 29 julai ke 14 tahun. Kena pulak tahun ni 2014. Sume main-main ngan angka 14 kann. Jom layan sikit gamba raya yang ada. Jumpa lagi..

Syaqir tunjuk baju raya dia 
Kami, dah bertujuh
Haji Mohamad & Co
Cap ibuu dan anak..ehh abg hadif tertinggal
Hadek beradekkk