Salam...
Kakak terdengar lagu Alhamdulillah kat radio tadi. Sampai opis teros repeat dengar lagi kat utube. Terkesan sungguh kakak tau 😢
Bukan ler pes taim dengau, banyak kali dah sebelum ni tapi ni ari pulak mai emosi nya tu huhu

Antara bait liriknya yang akak dok pegang,
Walau genggamannya kuat tapi bukan milik kita, akan terlepas jua, 
tak ada yang lebih baik tak ada yang lebih cantik beroleh keredhaan nya

Kita sering lupa bahawa:-

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.


Bersabar. Berusaha. Berdoa. Bertawakal dan Bersyukur....Insyaallah