Salam
Selamat tengahari...ada yang bercuti ke arini?? Saya masih bekerja tapi tak sampai petang rasenya hihi. Ada beberapa urusan nak diselesaikan. So, saya prepare short entry aje la yek. Sempat gak tu...
Pagi ni budak-budak (alya, aisyah & afiya) ikut papa derang settle kan buku-buku dan yuran. Dah last day baru nak pegi membeli hihi. Minggu lepas pegi tapi timing tak kena, ramai nau. Tu yang balik dulu. Saya memang tak suke berebut. Esok nak hantar aisyah kembali ke asrama, mujur dia dah siap packing. Good! Tak sesia mama membebel ari-ari 😅 Cume ada la beberapa keperluan nak dibeli. Arini la selesaikan tu.
Semalam Hadif atok tolong hantarkan balik. Sebenarnya tak kisah pon lambat sikit. Dia register masuk 7hb. Tapi cikgu lambat sangat bagitau tarikh, tu tak sempat nak update atok. Bile bagitau semalam, atok pon dah otw ke Bangi. Biase sebelum cuti sekolah lagi cikgu dah bagi memo untuk registration tahun depan. Tertunggu-tunggu juga. Takpe la tu, mungkin belum buat meeting kot masa tu. Lagipun, banyak pembaharuan yang nak kena dibuat untuk persekolahan tahun depan kann. Yang penting kita cuba dulu ikut 😁
Alang-alang atok nenek naik ke Bangi, kita laju-laju la plan celebrate besday nenek. Buat simple celebration je, buat happy-happy kan. Untuk kita-kita ajeeee 😃 Semoga nenek dipanjangkan usia, diberi kesihatan yang baik dan dirahmati Allah. Comot-comot je semua haha. Semua amik gambau cover-cover, maklum ler ada yang baju tak sesuai hahaha..baju duk umah kata kan. Patut ada plan nak buat family day sekali aritu, sempena besday nenek tapi dah memasing ada hal. Kite postpone la dulu. Insyaallah tahun depan.
Ok, kakak nak balik dah. Keja yang nak dibuat pon dah selesai. Lepas ni coti panjang sikit. Minggu depan baru masuk keja. Ehh keja lagi??? Aritu kan saya bagitau Datin tak accept notis saya, dia minta saya sabar jap tunggu adlise sampai bulan dua. Saya pon bukan ada buat keja lain, sementara ni kalau diperlukan saya datang la. Mebi on off, sampai la datin dapat keputusan muktamad. Doa kan aje la yang baik-baik kan.
Baik la...Selamat tahun baru semua!! Jumpe tahun depan, insyaallah.
Salam
Dah kembali cerah cuaca diluar sana. Suke betul saya melihat awan kepuk-kepuk tu. Subhanallah indah sungguh ciptaan Nya.
Saya memang dari dulu suke ambil gamba awan, terutama yang kebiru-biruan camgini. Tu ari saya pi utara, masyaaallah cantek betul awan nya. Jalan ke Perlis tu kiri kanan hijau dengan sawah padi, tengok langit pulak kebiruan subhanaallah...terkesima saya dibuatnya. Jalan nya pulak lurus je. Macam perjalanan hidup kite, kesudahan nya kita tak pasti kan. Kena jalan terus dan hadap je apa berlaku dihadapannya. Eh...kan dah kesitu pulak hihi
Alang-alang tercerita ke utara tu, saya bukak la sikit dulu pasal percutian keluarga kali ni. Percutian biase-biase aje, tengok sambil layan lagu FattahAmin 😎 Boleh teka kan mana nya tu hihi.
Kembali pada cerita yang sedekad tu. Macam Slam dulu konsert dua dekad kannn. Haaa...tetibe pulak hahaha. Sebenarnya ni haa nak bagitahu, macam tak percaya pulak dah sepuluh tahun saya memblogging. Nak mula dulu, terasa macam tak konfiden. Posting pertama saya dulu, kelakar dan comel nau rasenya ahahaha. Dak Ita ex-staff saya la antara pendorong saya untuk menulis. Sudahnya dia pon rasenya dah tak menulis dah. Sabau je le...kemain bagi semangat.
Walaupun saya kurang mahir menulis dan bahasa yang saya gunakan pon bahasa pasar, gaya bercerita tapi dah beratus juga posting saya ek. Saya rase melalui pembacaan blog-blog lain dan usia juga adalah antara faktor yang mematangkan gaya penulisan saya. Kalau tengok balik posting-posting lama, memang kalakar, merapu merapan je lebih haha. Tunggang langgang. Semua benda nak diblogkan. Gian menulis masa tu hihi.
Tapi selama mana lagi blog ni bertahan saya pon tak pasti. Insyaallah saya akan cuba teruskan untuk saya sendiri dan anak-anak. Mereka pon rajin selongkau cite derang lama-lama 😆 Banyak-banyak terima kasih pada yang sudi membaca coretan saya ni. Ok c u. Baiii
Ni masa birthday yang ke-60
Nota kaki: Semalam birthday mak saya yang ke-62. Semoga mak dikurniakan kesihatan yan baik, panjang umur, berbahagia selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah. Aminnn...Love u mak 😗😗
Salam
Kehujanan pagi ni di daerah saya. Sejokk...kalau dapat sambong tido memang osem sangat hahaha. Tapi arini dah masuk keje huhu.Sedap nau bercoti 4 ari, sampai terbabas akak pagi nih. Tapi as usual akak wat lek wat pis jek. Maklum la kat opis ni pon dah sunyi sepi. Tinggal dua orang je. Ni la muke nye hihi. Akceli gambau ni antau kat geng-geng lama. Saje kasik derang flying kiss 😗 tu yang terjadi nye gaya gedik tu...Biasenya akak serius je ecehhhh ahahahaha
Kami dua ni dah rotate mai opis. Lagi pun hujung-hujung tahun ni memang musim cuti. Pengasuh cuti, kenduri kawen, pi family vacation, nak pi sekolah anak beli buku la kan. Camgini ler jadiknya. Disebabkan kesunyian dan kesorangan arini, ditambah lak ngan kerinduan pada kengkawan lama kite up la cite ni. Lepas ni ntah bile ler dapat jumpe dan bergosip ngan korang huhu...Ohh lupa lak, sebenarnya ada lagi sorang staff, Nor. Dia coti sebulan pasal anak-anak takde sape nak tengok kan. Jenuh caik gambau ngan Nor, ada gak seketul hihi. Ni pon gambau lama, masa program bantuan sekolah. Selain bekerja di kamuja ni, saya pon ada tolong-tolong datin dalam hal-hal persatuan dia. Ecewah...dah geng-geng mak datin hakak ni ekekeke.
Ni gambau paling complete semasa semua masih bersama
Reunion yang ni cume untuk ex-staff kamuja yang letest je. Kalau combine yang lama-lama, ramai lagi. Ni yang bersama dari tahun 2015 onward je. Memang serius terasa bile derang sume dah tak keja sini. Kalau tak pepagi dah penuh depan saya ni, semua breakfast dlm bilik ni. Meriah! La ni makan sensorang, makan pon tak selera..ahahaha tipu semata. Makan tetap la makan kan, Bak kata omputeh, life goes on.
Dah lama sebenarnya nak buat reunion ni tapi asek plan jek, tak jugak jadi-jadi. Kebetulan kali ni kena ngan ari raya so kitorang decide sekalikan ler mejlis nye. Ala bukan ramai mana pon. Gegirl- gegirl ajek hihi. Sebelum tu memang saya dah ada buat makan-makan raya tapi ramai lak yang tak leh datang, Time tu geng boboi dah datang hihi. Buat ari jumaat. Asalnya nak mintak derang bawak potluck tapi pikir-pikir menyusahkan aje. Saya masak aje la. Simple-simple pon takpe la kan. Ada jugak la derang bawak, snek-snek. Alhamdulillah...Tengok muke pon tak semengah...lekit-lekit.
Projek masak-memasak saya ni opkos la dibantu oleh somi tercenta ekekeke..Menu of the day, sup tulang, lontong, rendang ayam, spagetti bologonese (hentam je eja) dan kuih muih. Meriah dah tu kan. Siangnya saya masih keja, mintak permission balik awal. Ada yang boleh masak awal, dah disiapkan malam sebelumnya, macam rebus ketupat dan rendang.
Keja kemas mengemas rumah pulak, kerahan tenaga anak-anak. Minggu tu kena pulak turn Aisyah balik, tak pasal-pasal kena paksa jugak ahahaha. Mahap ler...paham-paham je la kan. Umah saya ni kemas time ada tetamu nak datang aje. Ari-ari biase, serabut! Kalau tetibe emergency orang datang hadap aje la hahaha. Saya ni kan ada sesikit termasuk dalam kategori perfectionist so tak kire la sape pon datang kalau umah tak berkemas, rase tak tentu arah. Kalau boleh elak, rase nak elak dari bagi derang datang. Gitu sekali ek..sabau je le. Padahal yang datang pon bukan sape-sape pon. Biasenya mak dan sedara mara jek 😆
Alhamdulillah...akhirnya bertemu gak kite semua. Majlis pon berjalan lancar. Makanan pon settle. Terima kasih sebab sama-sama hadir memeriahkan reunion kita nih. Ada rezeki kita buat lagi. Tak cukup rasenya masa kite menyembang. Cerita setahun mana boleh abih dalan sejam dua kan. Riuh memasing nak bercerita 😂 Natasya je takde pasal dia nun jauh di utara. Kebetulan dia pon takde kelapangan untuk turun ke Bangi ni. Takpe la Tasya, kami makan kan untuk tasya. Semoga sehat hendaknya semua adik-adik ku. Apa jua yang berlaku dalam hidup kalian, harungi la dengan tabah. Insyaallah ada hikmah disebaliknya. All the best! I love and miss u all 😍😗
Salam
Sambung cerite terobek la yek. Bukan apa walaupun dah lama semua cerita ni tapi saya saje nak simpan kat blog, buat kenangan. Biase dedulu saya suke amik masa lunch untuk update blog tapi semenjak dua menjak ni kalau tak balik umah saya layan tengok drama hihi. Tak sempat nak tengok masa kat umah. So marathon ler kat opis hihi. Aritu tengok cite Isteri Bukan Untuk Disewa. Suke pulak tengok gandingan fattah ngan tiz. Fattah tu sejak dah kawen makin ensem plak kannn hahahaha. Dah abih dah cite tu layan pulak Lelaki Kiriman Tuhan. Ada Remy Ishak 😍 hahahaha. Cite ni lama nau nak tunggu abih kan. Seminggu sekali je..haduiii tak menyabau nak tahu kesudahan nya.
Hokay dah..sementara tunggu masa nak balik tengahari ni saya sambung cite cherating ni kasik abih. Ari kedua, pepagi lepas sarapan kami berjalan kaki ke pantai. Syok ooo pagi-pagi duk tepi pantai. Nyaman!! Cume pagi-pagi air nya surut. Jauh sikit ler berjalan nak sampai ke air hihi
Laut belah-belah pantai timur ni memang cantek sikit banding belah selat melaka tu. Air pon bersih jugak la. Ombak pon boleh tahan besar. Kekadang kite pi laut bukan nak mandi sangat pon, dapat main-main air, lepak-lepak tepi tu pon dah ok. Tu saya ler. orang lain tak tahu pulak.
Settle mandi mandi, singgah jugak ler kejap kat pool. Nak hilang kan lekit mandi air laut hihi. Sempat je ek. Lepas dah salin cantik-cantik, mula ler perjalanan mencarik tempat best untuk di lawati. Kami tuju ke Zoo Kemaman dulu. Tak jauh pon dari tempat kami menginap. Maklum ler bawak anak-anak kecik. Zoo la tempat paling best pada derang. Kalau ikut maknya nak soping jek hahaha
Kalau tengok kat map dan gambau-gambau hasil google, memang nampak menarik. Tapi sedikit kecewa la bile masuk sana. Yang ada hanya la rumah burung jek. Haiwan lain dah mati bak kata syaqir. Kesian dia. Berhajat nau dia nak tengok rimau singa hahahaha. Mungkin ye kot, haiwan dah takde. Ke derang tengah buat buat proses membaik pulih. Masa saya pegi ni memang hampeh! Nijam tak tahu ler. Tak gugel lak keadaannya sekarang.
Kalau ikut kan lime menet je cukup takat nak tengok burung-burung tu tapi sebab adik yang bawak tram tu tinggalkan kitorang lama kat situ. Sejam! Terpaksa ler jalan selow-selow dan tengok satu-satu burung yang ada situ hahaha. Pandai dia ek! Nak jalan kaki keluar jauh nau. Tunggu je la dia datang. Di sebabkan Syaqir tak puas tengok hewan, kami pi la jugak kat Taman Teruntum. Sana ada mini zoo. Paling-paling ada la jugak, beruang, ulau, buaya, ostrich, monyet. Berbaloi! Free pulak tu.
Lepas letih-letih round Taman tu, rushing balik pasal nak kejaukan masa. Nak pi Mangrove Tour plak. Tiket kul 4 petang. Sempat gak ler sampai. Tak penah pon sebelum ni buat aktiviti ni tu yang Alya teruja nak cuba. Tiket boleh tahan mahal. Sorang RM70 kalau x silap. Budak tak ingat berapa, kurang sikit je pon. Kire ler sendiri kalau dah bertujuh tu berapa huhu. Sebelum ni penah gak ler naik sampan tengok kelip-kelip kat kuala selangor. Tapi ni lain. Kali ni kita menyusuri sungai apa ntah namanya hihi..mahap lupa. Tu ler lama nau simpan cerite ni. Saya sebenaunya tak berani sangat pon..hahaha. Nampak je macam adventurer tapi kalau bab-bab melibat kan air memang penakut sikit. Ke sebab saya tak pandai berenang.
Ikutkan sungai ni ok la. Sepanjang tu ada la tengok pokok-pokok bakau, beberapa binatang kecil atas pokok yang dapat dilihat. Selalunya ular la. Tapi yang jenis kurang bahaya la. Ular-ular tu tido jek. Tapi takut jugak tetibe terjatuh atas kite ke kann hihi.
So far enjoy la. Sesuatu yang baru kan. Syaqir tu nampak je berani tapi sebenarnya sepanjang jalan tu duk atas riba dan peluk saya jek. Laju pulak brader tu bawak bot kan. Mana tak takut huhu.
Dekat dua jam jugak la duk dalam bot tu. Sengal montot hahahaha. Naik ke darat, terus balik hotel rehat. Makan-makan area hotel jugak. Terasa takde mood lak nak pi JJCM. Ngantok oii haha. Papa derang pon penat. Esok nye budak-budak ni pi mandi kolam aje dan pastu packing balik Bangi. Gitu je ler, percutian biase-biase kami tahun lepas. Tahun ni pon biase-biase jugak haha. Belum lagi boleh nak pi jejauh dan luar biase 😁
Petang ni nak bawak hadif terapi lagi. Last session! Atok dia antaukan balik Bangi semata-mata nak pi terapi tu. Abih tu kang balik kampung balik hihi. Gitu ker rutin dia sepanjang coti, berkepit ngan atok. Ok jumpa lagi nanti, untuk kisah terobek selanjutnya. Hurmm ada lagi ke ek hihi. Kena selongkau gambau dulu la kot. Kalau ada gambau menarik ade ler kisah yang nak diceritakan hahaha. Ok..till then. Baiii
Salam
Lambat pulak terobek sis kali ni yek. Sis demam tu ari uolls. Lepas tu sis pergi menghalimunan kan diri seketika hihi. Biase ler ujung-ujung tahun kan. Pi holiday ler konon nya. Nanti sis hapdet. Percutian biase-biase aje uolss. Sis sedang menikmati saat-saat terakhir di ofis. Walaupun boss kata dia belum officially accept notis saya. Tak tahu pulak saya cemana situasinya tu kalau majikan tak terima ek. Selama ni tak penah pulak tak terima. Ke memang ada hak majikan untuk buat cenggitu. So apa yang saya kena buat pulak eh? Pening! Kalau sesapa tahu leh tak PM saya.
Sebelum tu, minggu sebelum pi holiday, saya balik kampung sat, balik segamat. Kazen belah asben kawen. Cuti sekolah dan kenduri kawen berpisah tiada. Mujur masa tu syaqir dah baik demam. Afiya masa ni baru nak setat demam. Anak dara dah sesaiz ngan mama dia. Baju pon bole pinjam-pinjam dah hihi. Minggu sebelum tu kami pi kolopilah umah kak ani a.k.a ibuhani. Kenalan lama dari blogging. Now kak ani pon dah stop blogging. Tapi kami still keep in touch kt FB ngan IG. Anak dia, Nana yang kawen. Settle dah ketiga-tiga anak dara dia. Cepat betul masa berlalu. Masa kenal-kenal kak ani, Nana masih bersekolah lagi. Makin ler terasa dah berusia huhu.
Ok let's sambung terobek. Panjang lak intro. Mahu berkajang-kajang posting ni kang haha. Harap tabah membaca. Ni antara terobek holiday la gak. Taon lepas. Takde proper plan pon. Last minit decide after en suami balik dari Singapore. Mostly tempat dah full book la kan. Tu yang terpilih sini. Pilihan nya antara Pangkor ngan Cherating. Tapi sebab gerak dari kampung, asben pilih Cherating. Padahal dulu dah penah sampai tapi masa tu syaqir lom ada. So packing-packing pergi ler kami berehat-rehat. Gerak dari melaka, pasalnya jemput Hadif dulu. Dia kalau coti-coti sekolah memang duduk umah atok dia. Kalau tak hantar kan atok dia datang jemput hihi. Cucu kesayangan ler ni hihi.
Sampai agak awal la gak. Tengahari. Kali ni dah terrer sikit bab-bab jalan. Kali pertama pegi dulu manjang sesat. Kali ni macam smooth jek perjalanan. Dan macam dulu gak, ni ler tempat pertama kami tuju hihi. Sementara nak tunggu check in hotel. Itenari semua Alya yang buat. So ikut la plan dia. Memang sejak dah ada asisstant ni mama rilek sikit. Dia yang mencarik tempat semua.
Kat sini takde ler nampak apa yang berubah pon. Masih sama mcm taon 2013. Anak-anak penyu masih banyak. Penyu besau memang takde la kan. Semuanya dilepaskan balik ke laut. Itu kan habibat asal penyu-penyu tu. Kat sini cuma pusat pembiakan aje. Dah agak besau dia dilepaskan. So memang takde ler peluang nengok penyu dewasa. Gambau je banyak kalau nak tengok hihi.
Kemain teruja ler dak syaqir tu. Tak tentu arah dia. Memang suke benau dia pegi tempat-tempat binatang ni. Sama lak kesukaannya ngan abang. Nak stay lelema sini pon bukan ada apa sangat. Singgah ler laut kat belakang pusat ni. Private beach untuk penghuni Clubmed. Ada je tempat yang tak berpagar. Dapat ler kami santai-santai jap sesambil makan ice-cream 😂
Posing berangan misti ler ada kan...mengambil angin di tengahari panas lit lit. Merenung masa depan konon. Masa ni pon memang dah setat dilema-dilema hihi...
Bile dah terasa perit muka kena panas. Pi jalan carik tempat canting batik. Teringin bebudak ni nak menerai. Bukan ler berbakat nau pon hihi. Jalan-jalan tepi pantai tu ada ler sebuah dua kedai yang kasik peluang belajar. Amik yang kecik sudah, kang lama lak nak tunggu. Panas benau nya mama dia nih haha.
Papa dia pon tak mo kalah, nak tunjuk gak skil nya tu hihi. Ni ler hasil keja mereka bertiga. Ok la kan untuk beginner. Masih tersimpan elok lagi hingga ke ari ni. Mama malas nak tunjuk bakat. Kang tak caya lak derang tengok ahahaha. Poyo! Padahal, tangan pon pengkau 😂
Lepas tu, terus ler pi cek in hotel. Tak sabau nak bersejuk-sejuk dalam bilik hihi. Last minit punya hal, dapat ler bilik kat Residence Inn Ok la bilik nye. Besau dan selesa untuk kami yang ramai ni. Tak silap masa booking tu amik bilik biase-biase jek. Sekali tak tahu la apa masalah, derang ganti bilik ni, Executive Deluxe. Wah....Untung ler kann. Rezeki jangan ditolak hihi. Tapi nak ke bilik ni takde lif pulak. Jenuh ler mengangkut beg.
Rehat-rehat kejap, syaqir sejak sampai dah tak keruan nak berkubang dalam pool hahaha. Kat sini masa tu panas sangat. Pukul 6 pon matahari bahang lagi. Tepi laut agaknya kot. Macam biase mama memang tak masuk ler. Berenang pon bukan reti. Duk jaga syaqir je tepi kolam. Yang lain semua berendam. Laut pulak tak dekat sangat ngan hotel. Kena jalan kaki jugak dalam 1-2 km macam tu. So tak kesana la petang ni tunggu esok je. Dah mandi manda tu perot lapau. Makan kat gerai-gerai tepi hotel je malam nya. Tak larat nak mencari jauh-jauh. Tak sabau nak landing ateh tilam empok 😛
Ok la, saya stop jap. Nanti esok lusa sambung yek. Masa pon dah time ni. Nak balik dah. Coti sekolah ni tak jem, cepat la sampai umah. Syaqir pon tak pi umah ticer dia. Duduk ngan kakak kat umah. Lagi ler senang mama. Tak yah nak memusing ke Sek 4 sana. Sesambil ni duk mikir gak apa nak masak malam ni hihi...mak mak gini ler kan. Orait...gerak lu. Baiii 🙋