July 24, 2014

Raya Raya


‎Salam, huii lama kita tinggalkan blog. Apa nak buat, terpaksa korbankan masa memblog sementara, demi nak bercuti panjang raya nih. Ini pon cuik-cuik masa, taip laju-laju. Esok dah setat coti, kang tak sempat lak nak wish raya-raya kat kengkawan blog kann ^_^

Semput kite 2-3 hari ni. Rasa macam tak cukup je keja 8 jam sari tu, sume nak buat. Tak menang tangan. Ekonten katanya..memang bizi le taim-taim ni kan. Nak balik lewat memang tak la. Kang nangih lak baby Syaqir. Cane persiapan raya korang? Saya takde apa sangat pon, layankan budak-budak jek. Ye la raya-raya ni budak-budak le yang happy kan, kita mak pak besa-besa jek. Kalau di ikut hati, macam sedih je nak beraya. Mana taknye, bumi gaza masih meletop sana sini, misteri kehilangan MH370 tak selesai lagi, kita diduga pula dengan nahas MH17. Allahuakbar..memang tak terkata. Semoga Allah ampunkan kita semua, lindungi kita dari segala musibah dan marilah sesama kita amik ikhtibar atas apa yang berlaku. Hasbunallahwani'mal wakeel.

Taon ni kami beraya bertujuh, so gambau tak leh le recycle tepek taon lepas punye. Tunggu raya kita update lain na, latest family pikcarrr hahaha. Akhirkata, Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf atas kekasaran bahasa..kosong kosong yek. Save journey and take care...

July 9, 2014

Ada Mata, Ada Muka

Salam, dah lama tak cite pasal apiya kann. Sejak ada baby, hilang cite dia padahal kat umah apiya masih an apple of everyone eyes. Ngan mama pon dia masih rapat macam dulu, tido pon sekali lagi. Dia memang sayang sangat adik dia, keja cium je adik dia tu, lemas nengok. Kang kalau ditego majuk, adik pon redho jek :)


Dia paling pantang bila orang lain pegang adik dia, cepat-cepat suh kita amik balik. Haishh takot nau orang amik adik dia. Bukan kata orang, kakak-kakak nak cium atau memain ngan syaqir pon dia tak bagi..macam adik dia sorang kann haha. Kesukaan dia lah kalau cakap dengan istilah-istilah yang orang tak paham, bila mama dah selalu dengar dan perati apa yang dia selalu sebut baru la boleh catch up. Asal syaqir nangih je dia selalu panggil saya, mama cepat, syaqir ada mata. Saya pon pelik gak memula, apa yang ada mata tu. Beberapa kali baru la tahu maknanya adik dia tu dah bangun dari tido. Agaknya pada dia adik selalu sangat tido, pejam mata bila bukak je ada mata le jadiknya. Sekarang kan adik dah pandai senyum dan gelak-gelak bila diagah, ini pulak ada muka kata piya. Tak tahu le cemana leh wujud perkataan ada muka tu. Suke-suke dia aje. Mujur le mama dah paham. Nah...mama belanja satu gambar adik apiya yang ada mata dan ada muka ^_^"

July 8, 2014

Jumpa Aaron Aziz dan Zizan Razak???

Salam...hamboii! Tu dia.. kemain title. Tak mengalah. Jangan la nak kagum sangat ye korang. Bukan jumpe orang betul, jumpa patong aje ekekeke. Kejadian sabtu baru ni, lepas soping barang-barang dapo kat Bangi Gateway, kitaorang singgah le Jakel. Kebetulan baru bukak. Bersebelahan ngan Bangunan Bangi Utama atau lebih dikenali dengan Warta Bangi. Dekat-dekat opis saya le tu, haa tu yang tahu tu. Rasenya sementara je ni, sempena nak raya. Takde le besau nau, hanya ada pakaian siap, especially baju melayu dan baju kurung. Karpet Mujibur pon ada kih kih. 

Mama siap pegang bahu aaron lagi tau kikiki

Misti pelik je orang nengok kitaorang bergambau ngan patung kikiki. Saje le sesuka! Plan nak carik baju melayu abang hadif, anak bujang saya tu tapi saiz besau-besau lak. Paling kecik XS pon tak muat, geloboh. Takde rezeki la abang hadif nak pakai baju melayu aaron aziz atau zizan. Tak kesah pon sebenarnya, pasal ni buat tambahan jek, rase cam berkenan lak tengok baju melayu aaron ngan zizan ni. Cantek-cantek kaler dia ^_^

Hamboi piya kemain peluk abang zizan dia :P

July 3, 2014

Outing Day

‎Salam, selamat berpuasa semua!
Alhamdulillah dalam 4 ari pose ni, cuaca tak la panas sangat kan. Allah permudahkan...syukur. Moga seterusnya la gini. Puasa kali ni memang agak huru hara sikit la saya. Ye lah biase takde anak kecik, mana nak layan baby mana nak masak untuk berbuka lagi kan. Mujur la anak dara dah boleh harap, takat masak nasik, goreng sayo simple-simple dah pas dah. Main dish kalau sempat saya masak tapi dalam 4 ari pose ni memang tak sempat laa. Mujur le ada incik suami membantu, kalau tak...saya nyanyi le..patah sayap ku patah, tak mampu terbang lagi...wahh gitew ekekeke. Pengaruh drama!

Sebelum puase tu ari, kitaorang klua jalan. Maklum le, sejak pantang sampai la abih pantang kite memang tak kluar-klua umah, paling jauh pon balik kampung kejap dulu tu. Tu pon naik keta turun keta masuk umah. Kulit pon dah terasa cerah ekekeke. Itu yang sesaje bawak Syaqir klua jalan-jalan sabtu lepas, biar nampak sikit Syaqir dengan dunia luar, selain dari umah dan nurseri dia :)

Macam muka terkejut je dak syaqir 

Lagipun dah lama budak-budak ni tak klua sama mama dia kan. Selama ni klua ngan papa jek, bile mama ikut eksaited terlebih mereka. Syaqir pon memberi kerjasama, tak nangih. Nanti bole le mama bawak soping lagi ek hihi. Sempat le belanja derang keni rogers merangkap celebrate besday abang hadif. Besday dia 23hb Jun, ari sekolah. Malamnye pon tak klua, ada baby tak leh dah klua malam-malam. Banyak nau pantang larang mama dia ek...

Ahli rombongan kepenatan hihi