About

Tuesday, October 29, 2013

Graduasi

Salam semua...
Arini keje OK? Wiken korang cemana? Best tak? Saya? Keje ok ok jek. Wiken? Best la jugak. Sabtu pon off kan maka dapat la saya bertidoran berlamaan bersedikitan hihi. Sempat jugak kite spring cleaning rumah. Maklum la kite ni takde bibik. Harapkan wiken je la nak kemas sana sini. Teringat kamis lepas incik bos tanya, "Mimi, kamu takde bibik rumah kamu sepah tak?" Hadoiii! Soklan dia...terdiam kejap. "Sepah la jugak cik, tapi takde le terok sangat" Taim ni puan bos tibe-tibe bekap...."awak bagitahu la, saya keje kena masuk on taim, balik pon lambat, lain la puan boleh masuk ikut suke." Punca akan perbualan ini adalah bibik derang coti, makanya puan bos cerite le dia penat. Incik bos pon bagitahu la yang dia pon kena kemas umah..oloh oloh oloh....nak mintak kesian le tew kih kih kih. Orang dah biase ade bibik, gitu le. Saya layankan aje borak-borak derang...walaupunnnnn (jahat ek) :P

The stage dan perasmian
Dah dah.. itu selingan jekk...cerita sebenarnya pasal graduasi. Wiken ni majoriti U ada majlis konvokesyen kann..saya pon tak ketinggalan jugak attend konvo. Konvo anak bujang kite, Hadif. Dia dah tamat era persekolahan peringkat rendah. Tahun depan menengah. Masih dalam aliran khas integrasi. Pada yang tak tahu, anak bujang saya ni mild autisme. Dia tak amik UPSR. Nanti peringkat menengah, dia akan terus masuk aliran vocational. Ikut-kan dia boleh je stay lagi kat sekolah rendah. Ada 2 tahun talian hayat. Tapi kami decide, proceed terus ke sekolah menengah. Ternyata kami buat pilihan yag tepat, according to advisor dari PPD, dia galakkan kita amik talian hayat tu taim menengah. Lagipun pada saya, dalam 2 tahun kalau dia stay kat sekolah rendah pon, belum tentu dia mampu amik UPSR. Kita as a parent lebih tahu kemampuan anak kite. Ohh terover panjang plak explain :)

Perarakkan masuk para graduan
Majlis tu buatnye kat UKM, saje je kan nak menyesakkan sana. Dah le jem. Tapi takde le buat kat dewan besau tu, kat Danau Kelab Golf UKM. Temanya hijau pink (macam wane belon tu). Tapi tak kose le mama nak beria ikut tema. Pakai jek baju yang ala-ala hijau. Turquoise benaunya, alya pon komplen..ni bukan ijau la mama. Alah hentam je la kak, malas mama nak beli baju baru semata tuk majlis nih. Mama pakai ape pon gojes puiiii perasan ekekekeke. 

Anak amik sijil, papa dapat lucky draw
Tahun ni ada 30 orang student grad dari SK Jln Enam Bangi. Comel-comel semua. Memacam performance derang buat. Tabik spring kat cikgu-cikgu mereka yang majoriti pompuan. Terima kasih cikgu atas khidmat kalian, jasa kalian memang tidak terbalas. Enam tahun menghabiskan masa mengajar Hadif tak dapat saya lupakan dan sangat saya hargai. Thanks a million!! Beberapa kali saya kesat air mata menyaksikan anak-anak ini. Dengar ucapan pengerusi pon sedih...apa la mama hadif nih. Tengok tu amik gamba pegang tisu. Sesungguhnya mereka anugerah Allah yang sangat istimewa. Am proud having him! 
*terpanjang pulak entri hihi

Happy faces

7 comments:

  1. Tahniah. Dah besar anak bujang puan mimi

    ReplyDelete
  2. mama dia pon dah tua cik ana
    :)

    ReplyDelete
  3. Centado7:38 AM

    tahniah hadif!

    ReplyDelete
  4. tahniah hadiff..nama dia pon cantik..:)

    tahniah jugak kat mama hadif..mesti kena byk bersabar kan..:)

    ReplyDelete
  5. Tahniah hadif..muka gembira bergraduasi nih :)

    ReplyDelete
  6. @centado
    @mama_ka0ri
    @adrianna
    @Bunda

    Hadif kata, tq aunties and uncle
    :D

    ReplyDelete