Salam Jumaat semua.... 
Dah semakin sunyi sepi blog saya ni kan...kekadang dah terlupa ada blog hihi. Mintak sori la kengkawan...seriously sekarang memang tak sempat sangat nak hapdet. Masa begitu mencemburui saya ecehhhh..macam bizi benau ek. Maklum le tu ari kan bercutian kemain lama, banyak le keje-keje tertunggak. Pastu ditambah dengan schedule harian yang sudah bertukar...maka memang la tak sempat nak bercerita macam dedulu. Ni ari sempat saya jengah blog sesambil kunyah biskot pasal dah bosan ngadap keje, ye ye saya keje yek ari ni. Kampeni tak amik cuti thaipusam ni...

Pepagi alam saya dah keluar umah anta anak bujang skolah. Kang lambat jem, dia pon kena ada kat skolah sebelum 7.20 pagi. Haaa kelam kabut la mama pagi-pagi, siapkan piya skali. Takkan nak patah-patah balik pulak. Sekali jalan la. Yang anak dara berdua tu, papa derang antau. Biase lepas anta Hadif baru pusing balik anta piya. Tu pon amik masa lama pasal jem kat roundabout seksyen 4 tambahan tu. Sampai opis ngam-ngam kul 8. Minum-minum, borak-borak, keja-keja dah tengah ari. Klua amik Hadif, balik opis keja lagi sampai petang. Takde dah rest taim lunch. Taon ni tak yah tunggu anak dara dua orang tu. Mereka berdua naik van skolah. Persediaan awal sebelum mama derang bersalin kang. So sharp 5.30 petang boleh dah berangkat pulang, amik piya skali.

Abang kawasan balik skolah...dah selekeh!

Sampai umah, buat keja-keja suri umah pulak , masak, makan dan segalanye lah. Bajet supermom hihi. Pukul 9.00 malam mata dah nak terkatup tapi blom boleh katup lagi. Kadang amek selelap dua lelap dulu sebelum sesiapkan keperluan hari esok. Esoknya sambung balik cerita yang sama. Wiken la taim nak rehat puas-puas...tido banyak-banyak. Penat gile rase...taim ni selalu jek terasa nak cecepat bersalin nak cuti panjang haha...