Sudah dua hari saya berulang ke tempat kerjaan saya yang pertama dulu, firma audit. Kebetulannya ada urusan berkaitan audit akaun dan hari berikutnya kena angkut dokumen. Nak pindahkan company secretary. Wah..hongeh mak nak..hahaha. 

Padahal dulu hari-hari duk mengulang tak terasa pape plak. Steady jek. Tapi kali ni baru 2 kali pi, dia punya letih haii la..tak terkabar. Siap lenguh-lenguh kaki. Jaraknya masih sama je dengan dulu, begitu jugak dengan keretanya. Masih lagi yang comel dan manual itu. Ye lah betol la tu..faktor usia kot yang menyumbang kehongehan saya ini hihihi

Ok back to tempat lama nih. 1st job saya selepas graduate. Memang seronok kerja sini. Saya teringat dulu memula kerja satu hapa pon tak tau. Dah la saya bukan pure accounting graduate. Tetibe plak bleh join audit firm. Asalnya incik bos bagi saya buat simple-simple account dan admin office je. Dekat 3 bulan camtu dia tros suruh a.k.a paksa saya ikot senior-senior pi audit visit. Dari situ le asalnya saya mula didedahkan dengan kerjaan pengauditan ini. Tinggal tros admin. Pastu up lagi ke bahagian taxation pulak. Kendian secretary company. Hah..hambik ko sume incik bos suh saya blaja tau. Time tu memang main redah je la. Banyak kena blaja balik. Rasa nak balik studi kat U tukar kursus hahaha. Tapi saya memang sesangat berterima kasih pada incik bos yang memberi peluang dan kepercayaan pada saya buat sume menda nih. Kalau tak kerana beliau makanya saya tidaklah berada ditahap saya sekarang ini. Terima kasih tak terhingga buat Encik Basri dan Encik Alauddin. Jugak rerakan AA yang lain. Saya memang sayang sangat-sangat dengan AA dan team audit lama saya dulu. Mereka pon sume dah bawak haluan sendiri. Yang tinggal hanya kak ana je, staff paling senior kat AA. Saya resigned pon atas sebab dah pindah rumah dan jauh dengan anak-anak. Kalau tak mungkin la saya setia lagi kot kat sana hihihi. Dari bujang sampai anak dah 3 saya kat sana tau. Haa bayangkan setia ke tak :-)


Inilah tunggak AA suatu ketika dahulu. Sekarang tinggal kenangan saje. Eh..lelaki berkopiah itu bukan incik bos tau. Tapi penampilannya lebih kurang, incik bos saya mai ofis fesyen ala-ala ustaz Don tau..comel kann!
Tapi walaupun gitu incik bos saya amat sempoi, professional dan berdedikasi. Saya memang amat selesa bekerja dengan mereka itu (geng tabligh). Boleh dikatakan setiap hari saya boleh dapat tazkirah pendek dari incik bos. Sesekali kami buat kuliah jumaat dan saya amat merindui yang itu lebih dari segala memori kerja saya disana. Memang rindu sesangat, jauh benar bezanya dengan sekarang ni.