August 29, 2012

Drive Me Cra2y

Abaikan je title yang ntah ape-ape tu. Padahal nak cite pasal keterlupaan nak renew lesen je pon. Tah cane boleh lupe tah. Besenya saya memang sangat alert bab-bab ni. Maklumla saya orangnya yang selalu ikot peratoran. :-P

Saya teringat pon bila cik bos suruh renewkan roadtax keta die. Otomatik teringat kat lesen sendiri tapi ada kaitan ke lesen ngan rodtax. Ntah la tapi memang tetibe saya teringat taim tu. Sekali tengok memang confirmlah dah sebulan mati kikiki. Semalam tengahari baru pi renew. Mamat kat konter tu siap tanye umor saya brape. Aikk..pelik gak saya. Apakah kaitannye? Adakah saya ni nampak mude? Hahaha perasan! Rupenya, sebab dia tengok saya duk gune no ic lama. Tue le kire tu kan hiks. Jadinya tukar la no ic baru kat lesen tu dan siap tukar gambar jugak. Dah la gambar passport tu muke tak sememeh. Dah takde gambar lain bagi je la yang tu. Muko gilo bulat, cuba tengok yang belah kiri tu. Lain kan! Yang tu taim umur 21 taon. Mude belia! Pesen tudung pon tak senonoh ahahaha. 


Oh ye, sekarang Cikasben beri kepercayaan pada saya drive keta hitam dia tu. Wah! Terharunya! Konon la, padahal dia nak save minyak keta. Dia bawak keta anak gajah saya tu, sejak kena transfer keja kat WangsaMaju. Bijak bijak...


Eratkan Jalinan | Pra-syawal

Ok, mari cite pasal raya. Kemain lagi letak titilekan. Kengkonon nak tiru astro hihi.

Baiklah, seperti yang sedia termaklum tahun ini saya menyambut raye di rumah mak saya (eh penah ke bitau sebelum nih) kat Kg Kelemak, Alor Gajah Melaka. Hah detail tu! Sape orang logajah angkat tangan! Hihihi. Kami balik kampung ari jemaat pagi. Dalam kul 9 kot ke awal lagi. Tu pon dua kali kena pusing balik, memule beg susu piya tinggal pastu rantai emas kanak-kanak pulak..eceh raye kan. Jalan memang clear sangat, maklum la awal lagi kan. Ikotkan awal dah sampai tapi kami siap singgah eh mana plak singgah, menyimpang ke Jasko AEON Melaka beli hadiah raye abah ngan mak. Tak sempat nak beli kat KL. Ye la tu, padahal memang saje nak pegi. Sebelum zohor dah tiba umah mak, sempat la cikasben pi solat jemaat ngan abah. 

Next day-nya, hari mantai kata orang kampung saya. Eh tetibe melompat cite. Alah semalam tu, kat umah mak bese-bese je le. Borak-borak, tido, golek-golek tu je le kejanya. Umah mak pon dah siap kemas sume. Sabtu, lepas zohor, kami balik umah nenek kat Kg Air Lanjut, Alor Gajah Melaka jugak. Memang tradisi kami petang raye kumpul umah nenek. Masak-masak sana. Sume makcik pakcik pon ada sama. Meriah le. Lepas berbuka baru balik semule umah mak. Petang tu memasing mula la menunjuk skil masak. Saya amik tender basuh pinggan ngan kupas bawang je, tak pandai masak katakan kikiki. Pastu siap curi-curi tulang pi tengok hindustan ngan kazen. Ngelatkan! Buat-buat le nak tidokan piya, memang dasar pemalas hiks. Ok, jom tengok gambau lauk pauk dari chep-chep kehormat. 


Atas: Acar Rempah (nenek masak), 
Kiri: Rendang Daging Hijau-podeh gilo (makngah masak)
Dan kanan sekali Sambal Tempoyak (busu masak)


Atas kiri: Kari itik (mak masak),
Atas kanan: Rendang Ayam Pencen (nenek & makngah masak), 
Bawah: Cikasben menuntut ilmu masak dari mak ahahaha
Cikasben chep Sup Gearbox (tak de lak gambau, lupe snap)


Atas: Adik saya tolong godek-godek lauk je,
Bawah: Nenek saya sedang buat pemantauan dan aktiviti memasak

August 28, 2012

Penyembuh Rindu

Mengantok la pulak, dah lama tak buat keje-keje part-time nih. Dah setahon kot tinggalkan. Saya pon sesuke je tolong kawan, buat audit ngan kire tax. Kebetulan kawan saya tu company secretary. Buat untuk klient die. Alang-alang saya ada sikit ilmu pasal tu, saya tolong la. Simple-simple je. Kalau yang sesusah takmo le saya. Mane le sempat kan.

Eh..melalut pulak. Pasal mata dah layu sangat kena le kasik charge dulu. Apa lagi gugel lagu filem magika lah. Hahaha....kan saya sedang musim gile magika. Saya suke sangat lagu nih sebab terasa macam sesuatu aje hik hik. Some love stories live forever! Mohabbatein la pulak kann :P

Ok la dah ilang ngantok, sambung sikit lagi keje pastu boleh turu (tido).


August 27, 2012

Hitam Itu Menawan

HITAM adalah lambang Gaya, Mutu, Keunggulan.
Eh..tetibe plak. Tak de dah pepel ke? Mana boleh tak de, pepel masih melekat di hati. Dan hitam pon adalah antara kategori kesukaan saya jugak! Cerita apakah disebalik ini. Tengok gambau je dah bleh paham kot :P

August 26, 2012

Magik Magika

Alahai..abis dah coti ek. Terasa cam magik plak kan. Kan best kalau bole buat magik tambah cuti..kalau la bolehkan! Baju sebeban tak berlipat, nak gosok lagi. Cuti-cuti memang syok tapi balik dari cuti tu yang tak brape best. Seminggu tinggal umah dah macam hape dah. Kat luar dengan daun-daun kering, dalam plak habuk. Fuh..sempot mak. Kalau la ada kuase magik kan senang. Kelip-kelip mata je siap.

Sebenarnya saya cite pasal magik-magik ni sebab tu ari taim raya asek le tengok cite magika. Memule kat tb3 pastu kat astero plak. Semalam pagi pon ada ulang lagi. Dan tetibe saya tersuke plak cite ngarot tu."Kau buat kusenyum tertawa dengan gurau senda manja, andainya kembali bersedih sudilah memberiku Senyummu lagi" ehh hahaha

Ok lah nanti sesenang saya update lagi. Sekarang mau kumpul tenaga nak menggosok baju plak. Tenaga pagi tadi dah abis kemas umah. Jempotlah datang umah saya, saya takdenya buat open-open house. Eberidey open. Tapi korang jangan nak seperais kan saya. Nak mai kena inpom dulu. Takot-takot korang pulak yang seperais kang tengok umah saya. Adlise bagi le saya buat magik dulu kikiki

Ini versi umah yang dah di tacap :P


Tunjuk satu gambau ghaye saya, taim ni dah nak balik bangi dah.

August 17, 2012

Salam AidilFitri

Gambar recycle saje. 

Eh dah cuti dah laa...
Selamat balik kampung, selamat sampai ke destinasi yang dituju, selamat berjumpa keluarge tersayang, selamat bergembire dan selamat makan. Jejaga makan ye, kang lepas cuti tros naik 2 kelo. Hihihi

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, mohon ampun maaf zahir dan batin. Kalau terserempak dengan saya taim jenjalan raya tego-lah, maklum la saya ni selalu sibok ngan kerenah anak-anak takot tak perasan.

Baiklah, jumpe korang lagi. Saya baru nak kumpul tenaga nak packing-packing. Hati-hati dijalanan yek, ingat lah akan insan-insan yang tersayang yang menanti kepulangan kalian (pesanan untuk diri sendiri jugak).

August 16, 2012

Raya | Dah Siap Dah

Dah dekat nak raya cani, baru le terasa ada mood nak cite pasal persiapan raya. Walaupun persiapannya bese-bese je. Kan saya ada sedikit problem awal-awal pose tu ari. Jadiknya ia macam efek tros pada mood raya kami. Apapon, Syukur, Alhamdulillah! Nampaknya dah ok sume masaklah. Baru le kami kembali senyum ^_^


Akceli saya tak beria bukan tak seronok ke hape, sebabnya saya dah siap awal-awal lagi. Baju kekanak kan dah beli taim Sogo member sale dulu, termasuk le baju omputeh papa. Baju tradisional awal-awal dah antau kat mak. Untungkan mak pandai jait. Anak dia??? Ya hampunn langsung zero. Takat sembat/kelim baju kat tangan dan jait butang pandai le. Hampeh kan! Baju Melayu papa ngan Hadif pon awal pose lagi dah siap.

Macam saya sendiri, saya tak kisah sangat pasal baju saya banyak. Melampau kan! Saya ni pesen suke beli kain, pastu mak saya pon kalau jenjalan jumpe kain cantek, mesti cal tanya nak ke tak. Saya pon ok je manjang dan saya amat berpuas hati dengan pilihan mak saya. Kadang tu saya rasa mak pilih lagi cantik dari saya. Semua kain tu simpan umah mak, free-free mak jahit. Sampai saya pon tak ingat ada baju baru. Bile nak raya tengok-tengok dah ada 2-3 pasang mak dah jahit. Kire jadik le baju raya kan. Cikasben pon selalu komplen baju saya banyak, tak muat lemari, sampai kena tumpang kat tempat baju die hehehe mahap lah le. Dah baju lelama pon muat lagikan, takkan nak buang. Almaklum la saiz menten :P


Kalau wiken kami pi jalan-jalan soping pon takat beli barang-barang dapor je. Tapi suke tengok orang soping memang happening sangat. Kami pon cenggitu gak taon-taon lepas. Taon ni je cam cool. Seronok gak cani. Prepare awal, then bulan pose fokus pose je. Tak de kelam kelibut nak soping ke hape.

Taon ni tema ala-ala timur tengah. Ecewah! Abaya ni saya tempah khas dari kawan kat Riyadh. Kemainkan! Saje je le, tukau-tukau trend, asek baju kurung je. Tunggu raye le nak tengok eyh.

August 15, 2012

Poligami | Anda Sediakah?

Heran kan? Orang sibok cite pasal raya, saya cite poligami. Buang tebiat ke hape? Hihihi....

Saje je saya nak kongsikan pendapat seorang sahabat, Aliya, yang sangat optimis pasal isu ini. Hebatkan tulisan dia. Korang rasa, korang bersediakah?
Saya sendiri? Hurmm..ntah la. Susah nak jawap, sat rasa macam boleh, sat rasa ragu-ragu. Tapikan hati saya memang selalu sangat terdetik pasal isu ni. Tak pasti kenapa-kenapa. Mungkin sebab saya selalu rasa saya bukan yang terbaik. Dan jujurnya saya rasa hati saya boleh terima dan bersedia, insyaAllah.

Ok..ok..ini adalah tiada kaitan apa-apa ye, sekadar berkongsi dan membuka minda kita yang adakalanya sempit pasal isu ini. Jangan salah tafsir plak ye :-)

Tetibe gambar ni plak..motif? 

ALLAH YANG PILIH, NAK SALAHKAN JUGA?

"Alhamdulillah kerana saya diberi ujian poligami!Ia telah mematangkan saya dan menunjukkan kepada saya kebesaran dan kasih sayang Allah," tulis wanita Inggeris dalam ruangan komen blog kawannya.
Saya terus membaca. Subhanallah, betapa mulia hatinya, dan betapa besar ujian yang diberikan kepadanya oleh Yang Maha Berkuasa.
Terasa diri ini kerdil jika dibandingkan dengan dirinya yang dia yang juga merupakan saudara baru Islam, melalui perkahwinannya dengan seorang lelaki bangsa lain. Sudah beberapa minggu saya mengikuti ruangan bicara dalam blog yang menarik itu.
Ya, POLIGAMI.
Satu perkataan yang digeruni para isteri yang beragama Islam, terutamanya di Malaysia bumi bertuah ini.
Dan isu ini insyaAllah, akan saya kupas sebaik mungkin dalam pos kali ini.

Selanjutnya baca sini la ye: Musings of Mualaf


August 14, 2012

Sudah Mahu Cuti

Cuti dari kerjaan yek. Bukan coti puasa. Hihihi
Setakat ari ini alhamdulillah, saya masih berjaya puasa penuh dan harap-harap dapat abiskan penuh jugak. Sedang berdoa banyak-banyak nih. Walaupon the biggest sign suda klua. Spotlite kat batang hidung. Cikbos pon siap perli, hang dah tua pon ada jerawat ka? Cis sungguh jahat tau. Malu ai. Ada mata pandang sudaaa la kann.

Tapi bab-bab ni memang susahlah nak jangka, cikbulan ken kam enitaim without word. Tak abih-abih without word, sebut pon jadi le, maklum le bulan puasa kena coti dari tengok mamat-mamat korea yang ensem tak hengat tu hik hik. Semalam puan bos dah enaun pasal coti ghaye. Huiii lamenya! Force leave plak tu. Tengkiu puan bos. Kena tolak annual leave pon tak pe le asal coti. Tak menyabar rasenya. Tak sabar nak coti melebihi raya sebenarnya. Dah malas kuase seratos nak keja.


Semalam jugak 1st taim bukak pose kat luar. Banyak kali jugak anak-anak duk ajak tapi malas. Memacam alasan mengelak. Gi sekali ngan staff KCSB without incikbos. Kite-kite aje. Meriahlah kan reramai. Nasib le bebudak opis tu ajak kalau tak, tak de le nak bukak pose kat lua. Ini malam rumah incik bos pulak tapi jemputan solo saje. Maka kena urut-urut cakau gimau kat cikpapa, pasal nak mintak tolong jage kekanak di ghumah wakakakaka


Walaupun berjaya mengurangkan 2 inci namun pipiku masih macam tertelan kuih pau. Tak pe le ada le terasa cam lisa suriani sikit kan. Ade hati nak sama ngan lisa yang gojes tu. Keh keh..perasan nak mamp##

August 11, 2012

Bingkisan Sabtu


Bingkisan la sangat kan. Mungkinkah ini bingkisan terakhir ramadhan saya kali ini? Errr..mungkin tidak! Hee~

Salam sabtu sume
Alhamdulillah, insyaallah arini dah masok ari ke-22 kita berpuasa. Sekejap je rasakan dan ramadhan kali ni akan saya ingati sentiase kerana punya banyak kenangan yang tak penah saya alami selama ini.

Malam kemarin pak mertua cal mengadu sakit. Memang dah lama dia sakit. Bayangkan apakah perasaan saya dan cikasben ketika itu. Dah le awal pagi dalam pukul 2 camtu. Dalam hati memang teringin sangat nak jenguk dia namun kami hanya mampu menelan keinginan itu. Banyak hal yang tak mengizinkan kami pulang. Tears the words heart can't say. Harap pak mertua bersabar menempuh dugaan dan masih bertahan, insyaallah kami pulang di hari raya nanti.

Oklah, takmo pikiaq lagi. Lupakan seketika. Harini ada misi yang perlu saya selesaikan. Misi nak mengosongkan tray ini. Hari lain tak sempat. Tugasan santai gini memang sangat sesuai untuk ari ini iaitu sabtu kann. Meh tolong saya meh..nanti saya belanja eskem BaskinRobin satu sekop. Tak yah sesusah berator pepanjang ngeh ngeh


Sekian...

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile