About

Saturday, October 13, 2012

Biskut Lemak Lemau

Hari ini dari pagi sampai petang ujan anjing kucing. Apalagi, keje bergolek-golek je ngan dak piya sesambil layan novel. Lapau makan patu tido. Keje-keje umah dah beres. Tinggal nak iron baju. Paling malas! Ini nak kena amik mood dulu. Tapi esok, ada mood ke takde kena buat jugak lahh hahaha.

Besenye kalau tak balik kampung, kitaorang klua takat beli barang-barang dapo je. Sesekali adalah bawak anak-anak pi taman lari-lari anak. Ujan-ujan nih nak klua, memang termalas. Nak balik kampung, dah dekat sangat nak raye aji. Kang raya nak balik lagi, lagipun last week mak abah saya baru datang sini. Itu yang  saya memerap dalam umah je. Anak-anak pon nak periksa minggu depan, konon boleh le monitor mereka buat revision. Konon je! Blaja sejam mainnye berjam-jam hahahaha.

Macam wiken lepas, asben saya keje. Maka terpaksa le membawak kekanak riang berlibur. Bawak makan Kedai Upin Ipin. Ayam goreng, goreng pakai minyak recycle. Nasik ayam, ayamnya terlebih bakar, hitam. Tak best! Bebudak ni seronok la, dapat-dapat dak piya. Bising tunjuk gambar upin sana sini. Lepas tu derang nak pi main taman kat tasik cempaka tu. Aduhai anak, tengah-tengah panas tu. Nak hitamkan kulit ke hape. Terbakau nak oii. Tapi mama korang ni layan kan aje, asal gumbira. Beruntung korang kan hihihihi. Sebab tu derang tak kesah pon papa keje taim wiken. Pasal mama-kan ada. Kemain le korang dapat buli mama.






2 comments:

  1. X tahu pun wujudnya kedai budak2 katun ni.....

    ReplyDelete
  2. ada kak
    berdepan glomac
    belakang klia holding
    :)

    ReplyDelete