About

Monday, November 10, 2014

AlHusainy In Action

Masa awal-awal pandai merangkak

Salam, wahh pak arab mana la nih ye. Ni antara nama-nama yang selalu dipanggil oleh makcik dia. Alhusainy lah..muhammad syaqir la..alsyaqirin pon ada. Ikut suke le kan...yang penting bermaksud baik. Sebelum ni kan saya dah bagitahu yang dak syaqir ni agak laju progress dia banding dari abang kakak dia. Start enam bulan dia dah leh merangkak, duduk baru seminggu ni pandai. Pelajaran baru nak berdiri pulak. Semuanye dia nak kejar buat. Tak menyabau ek hihi.

Pagi bangun kemain awal, jadik alarm kat mama. Pastu merayau satu bilik. Mama pon kekadang dalam pada duk perati dia pon terlolap gak kadang haha. Dah le dia bangun tiap sejam nak susu. Mana le tak ngantok manjang mama.

Baju ni nenek yang belikan masa hangat world cup dulu, banyak-banyak negara nenek pilih Brazil, Neymar lak tu. Pandai nenek pilih kann hihi...

2 comments:

  1. alo alo alo, tomeynya dia, geram aunty tengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin ligat aksinya sekarang farah :)

      Delete